Selasa, 20 November 2012

Parlimen Berbalah! PM Bawa Usul Mengutuk Israel vs Anwar Bawa Usul Jaga Keselamatan Israel..!


Pagi ini selepas sessi Pertanyaan Jawab Lisan, Perdana Menteri akan mencadangkan suatu usul seperti berikut..

BAHAWA, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi 'Pillar of Defence' pada 14 Novenber 2012 ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara, laut dan darat.

BAHAWA, serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang undang antarabangsa, undang undang hak asasi manusia, undang undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang Orang Awam Dalam Masa Perang ;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza ; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakkemampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, untuk menghentikan dengan serta merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

DENGAN INI Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut :

1) Mengecam sekeras kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Berat;

2) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenteraannya ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

3) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu supaya mengadakan sessi tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu - "Uniting For Peace" - di bawah resolusi 377A (V) sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu gagal menjalankan tanggungjawabnya;

4) Menggesa pihak pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah di tetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan negara negara Berkecuali, Liga Arab dan negara negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip prinsip undang undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;

6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;

9) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin ; dan

10) Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Itu kata kita..! itu kata umat Islam yang sedih dan marah dengan nasib saudaran seagamanya di Palestin! Itu kata rakyat dunia yang mahukan keamanan! Itu suara dan desakan setiap insan yang waras dan bertanggungjawab!

Tapi binatang ternakan yahudi, Israel dan Zionis si Anwar Aljuburi kata...

I support all efforts to protect the security of the state of Israel – saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Negara Israel. 

Kata kunci yang perlu diterangkan:
  1. all efforts – segala usaha
  2. the state of Israel  – Negara Israel 
  3. Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Kenapa PAS tidak adakan Sembahyang hajat dan Doa hancurkan Israel....?...hahahaha. Oleh Mat Bond.

    BalasPadam
  2. Itu lah hambo tak fahem dgn puak2 nafsu besar ni.Dah hilang akal kot.Doa menyakitkan hati sesama Islam,apa dah jadi ni.Yg sialnya orang yg dianggap Icon Islam pun doa sama,apa ni???Nampak nya mu ni dah hilang akal.Lepas ni mu sembahayang taubatlah.Mu ni yg jadi begini kerana mu ada sifat riak,sebsb ada pengikut yg punyai nafsu besar tapi malas bekerja.Ingat,Allah tak suka manusia bersifat riak.Balasannya PRU13.Ketahuilah manusia riak hukumanNya.

    BalasPadam
  3. JANGAN-JANGAN FAHAMAN SYIAH DAH BERAKAR UMBI DALAM PAS. KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA... KATA PEPATAH MELAYU (ISLAM). KALAU PAS TUDUH UMNO MURTAD KERANA TOLAK ISLAM, NEGARA YANG MEMPUNYAI PENDUDUK ISLAM TERBESAR DIDUNIA (INDONESIA) BAGAIMANA? INDONESIA BERPEGANG KEPADA PANCA SILA. ISLAM BUKAN AGAMA ANUTAN REPUBLIK INDONESIA SEPERTI MALAYSIA (ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN)

    AHLI-AHLI PAS CUBA TELITI BAIK-BAIK PEGANGANGAN AGAMA PEMIMPIN PAS: SEAKAN-AKAN KAWARIJ ADA, SYAIAH PUN ADA. SETAHU KITA, HANYA PUAK SYIAH SAHAJA YANG MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT RASULLULLAH SAW. TEPOK DADA TANYA IMAN DAN DAN ILMU.

    BalasPadam