Jabatan Imigresen tak payah la nak mencarut dan mengarut dengan idea terbaru yang kononnya dapat menjejaki warga asing yang tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas visa yang mereka miliki. Hakikatnya jika dipasang pun alat peranti penjejak tersebut dan kalau tiada tindakan yang diambil oleh pihak Imigresen maka sistem yang ada hanya tinggal sistem..!
Jabatan Imigresen Malaysia dalam perancangan untuk melaksanakan
sistem pengesanan (tracking system) warga asing yang berada di negara
ini melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kebanyakan warga asing menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan menetap lebih daripada tempoh yang dibenarkan kerana mahu bekerja di negara ini.
Kebanyakkan mereka akan bekerja di restoran-restoran atau melakukan kerja-kerja haram seperti pelacuran dan sebagainya selepas tempoh had lawatan mereka berakhir.
Pelancong dan pelawat dari China dan India merupakan negara yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi datang ke Malaysia menggunakan visa atau pas lawatan sosial.
Menurut rekod, seramai 1.25 juta pelawat dari China dan 693,056 pelawat dari India berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas sahaja.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, 'tracking system' ini akan menggunakan data biometrik warga asing yang direkodkan sewaktu kemasukan mereka di pintu masuk utama negara.
Sistem ini akan dapat mengesan apa saja aktiviti warga atau pelancong asing yang menggunakan pasport dan cap jari.
Kelemahan Imigresen mengambil tindakan atas lambakan warga asing telah menyebabkan kerajaan menganjurkan program 6P..program 6P yang bertujuan menutup najis yang ditinggalkan oleh Imigresen juga dibuktikan gagal apabila KP Imigresen ni menyalak untuk mewujudkan tracking system pulak!
Yang jelas ada orang yang mengambil untung dalam apa jua program yang dicadangkan..yang duduk dalam imigresen tahu bagaimana mereka kenyang dengan urus niaga ini! buat 6P mereka juga untung sebab mereka juga yang proses! sekarang nak buat system baru..semuanya ada unsur untung beb..! Walhal masaalah utama lambakan warga asing tak pernah selesai!
P.Ramlee dah cakap lama dah..niaga orang lagi untung dari niaga unta!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan