Jumaat, 16 November 2012

hARAKah Takde Maruah - Pemuda PAS..!


Muktamar Pas: Harakah kurang kredibiliti - Perwakilan

KOTA BHARU 15 Nov. - Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini meluluskan usul mendesak Pas Pusat menstrukturkan semula sidang editorial lidah rasmi parti itu, Harakah bagi ia dapat menterjemahkan aspirasi parti.

Dewan Pemuda Pas juga mendesak supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah supaya selari dengan dasar parti itu.

Usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad itu diluluskan dengan majoriti besar oleh para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Kamaruzzaman berkata, usul itu dibawa selepas pihaknya menyedari bahawa mutu pemberitaan dalam Harakah semakin merosot dan kurang kredibiliti.

"Kita juga menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhannya," katanya. - UTUSAN


Kepada kuda belang hamPAS yang selama ini menjadikan hARAKah sebagai quran mereka dalam menyuluh dan memandu mereka ke longkang rentikan lah keimanan anda kepada suratkhabar pemfitnah dan pembohong nombor wahid dalam negara ni...

Puak ni percaya ke yang bawa usul ni datang dari puak mereka sendiri? atau ulasan mudah ialah ini semua kerja UMNO jugak..!!! Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Tuduhan PAS terhadap Utusan Melayu sblm ni, dh terpantul ke diri sendiri...

    BalasPadam