Rabu, 26 Jun 2013

Azhar Idrus Calon PAS PRK DUN Kuala Besut?


Menarik dari sahabat blogger din turtle...layan..disini din turtle kata BN perlu berhempas pulas dalam PRK ini bagi mengelakkan keputusan kerusi BN 16 Pembangkang 16.

Kalau berlaku macam mana pulak tu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sementara itu..

Speaker maklum kekosongan esok : DUN Kuala Besut

azlan 

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Dr A Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

3 ulasan:

  1. tolong cari calon yang sihat walafiat. yg sakit serius sila tarik diri jika dicalonkan

    BalasPadam
  2. Ntah apa-apa la diorang ni. Lain kali calon BN diwajibkan buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan hanya yang sihat saja boleh jadi wakil rakyat. Orang yang ada sakit jantung berlubang, angin pus-pus, kencing masam hatta senggugut sekali pun tak dibenarkan bertanding.

    BalasPadam
  3. dh banyak kali ckp..dh byk kali bgtau...nk brtanding jd YB bdn kna sihat..kalo dh tau ade sakit kronik..xyah la brtanding..tarik la diri...tu pon x reti fikir...ape salahnye brkorban sket..jgn mnyusahkan rakyat untuk kuor ngundi 2x...mmg la hidup mati tu Allah tntukan...tgk contoh calon BN di Melaka tarik diri sebelum PRU sbb sakit buah pggang..kan bagus macam tu...brfikir bukan diri sendiri tp fikir untuk rakyat gak...

    BalasPadam