Isnin, 11 Mac 2013

Anwar Rakan Lama Yang Rapat - Misuari...!


Anwar tak payah nak tutup lobang jubor yang dah dia sodok..! macam mana tutup pun akhirnya terbongkar..! Anwar yang berbekalkan senjata 'u ulang i saman' hari ini terencat akal bila Misuari sendiri mengakui bertemu dengan Anwar di Jakarta beberapa bulan lalu...apa cerita?


Misuari membidas Presiden Filipina Benigno Aquino kerana mendakwa pihak luar mungkin terlibat dalam pencerobohan itu dengan memberitahu tidak ada bukti mengenai dakwaan tersebut.
Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.
Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil memberitahu tiada perkara lain dibincangkan.
"Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah," katanya.
Bekas pemimpin pemberontak itu ditahan di Sabah pada 2001 dan diserahkan kembali ke Filipina atas permintaan negaranya.
Kawan lama beb...sebab tu cepat dia ulas kes Anwar liwat bapak sepol...!

Sementara itu pihak Polis mengatakan...
Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.
Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.
Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.
Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi.
Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.
Dalang apa cerita?
Lu Fikir La Sendiri!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan