Isnin, 11 Mac 2013

Anwar, Tian Chua & Nurul Bantah..! Mahfoz Minta Panggil Sidang Tergempar...!


Puak puak pemimpin perusuh 28 April 2012 pasti tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh YAB PM pagi tadi. Yang jelas mereka tidak akan senang dengan segala kebajikan dan penambahbaikan yang dibuat oleh pihak Kerajaan terhadap penjawat awam terutama Polis DiRaja Malysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana rata rata keseluruhan pasukan keselamatan negara ini terdiri dari ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA.

Bangsa MELAYU DAN BUMIPUTERA yang menjadi tulang belakang dan menjadi majoriti rakyat yang BERANI MATI, IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMPERTAHAN KEDAULATAN NEGARA.

Bangsa Lain? Jawab sendiri....!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berkuatkuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya. BERNAMA
Terima kasih YAB PM...Sebenarnya YAB PM sudah pun mendengar cadangan ini semasa dibangkit kan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional tahun lepas..

22 oktober 2012
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini ditegur kerana didakwa tidak berlaku adil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung soal gaji dan kebajikan anggota penguat kuasa itu.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata pihak pasukan polis memohon kepada JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain.
Katanya malah, permohonan ini telah didengar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan Bajet 2013, baru-baru ini.
"Saya nak bagi contoh, lulusan Diploma, gaji akhirnya RM4,480 (polis), anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan SPRM, gajinya RM6,121.
"Bukan pihak polis marah kepada kedua-dua pasukan itu, cuma sebagai perbandingan, polis memohon keadilan, (dan) JPA tolonglah berlaku adil kepada mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, di sini hari ini.
Mohamad juga berkata, jika dilihat negara-negara lain, gaji anggota polis di negara terbabit adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
"Sebagai contoh, gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
"Jelas di situ bahawa mereka tidak mendapat layanan yang saksama daripada JPA, kenapa JPA sanggup bersifat kejam terhadap polis yang telah berjasa kira-kira 200 tahun kepada negara," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

    3 ulasan:

    1. Terima Kasih PM! Jasa PM terpahat dalam sejarah negara dan dikenang sehingga bila2...BarakaAllah fi ka PM!

      BalasPadam
    2. mana ada gaji polis dan atm naik...cuma diselaraskan saja...memang dari dulu kopral{SPM} gred 22, Sarjan{Diploma} gred 29, Insp{Degree} Gred 41, ASP naik pangkat Gred 44......JPA sentiasa membodohkan polis dan atm dari dulu hingga kini..sebab tu gaji polis dan atm kecik...OCPD berpangkat DSP bertanggungjawab menjaga satu daerah berbanding cikgu hanya satu kelas baru gred 48 sama dengan cikgu time base kerja 16 th. Sedangkan polis 16 tahun belum tentu dapat pangkat ASP apalagi DSP.......

      BalasPadam
    3. itu sebab la PM bagi naik le..mangkuk diatas tak faham...huhu...puak puaka ni dari atas ke bawah bodo piang..huhu

      BalasPadam