Ahad, 17 Mac 2013

CERITA BENAR - LANUN PENGGANAS LEBIH KEJAM DARI KOMUNIS..!



Lanun pengganas yang datang menceroboh, menyerang dan membunuh anggota keselamatan negara merupakan pengganas kejam lebih dari komunis. Ini yang diceritakan oleh bekas komando VAT69 Sarjan Menjar (B) Salehuddin Omar kepada wartawan Metro...

Tidak kira lawan masih hidup atau sudah mati, barung ( sejenis parang ) iaitu senjata tradisional masyarakat Suluk Filipina perlu 'makan darah'. Tradisi ini menyebabkan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna yang disifatkan lebih kejam daripada komunis tergamak menetak dan memenggal kepala anggota keselamatan yang sudah meninggal dunia.

“Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.
“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.

Tindakan tidak berperikemanusiaan pengganas terbabit disifatkan lebih kejam dari komunis, didakwa dilakukan kerana terlalu taksub dengan kepercayaan kuno masyarakat itu kononnya barung berkenaan mempunyai kuasa mistik.

Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau Abdul Ali Erilis berkata, mengikut sejarah nenek moyang uang diceritakan bapa saudaranya yang berasal dari kepualauan Sulu, Pahlawan Suluk akan tetap membunuh mangsa menggunakan barung walaupiun musuh tidak bernyawa lagi.

'Perbuatan kejam, termasuk menyeksa sebelum membunuh lawan dilakukan kerana mewarisi sejarah perjuangan nenek moyang yang kononnya ia lambang 'pahlawan Suluk sejati'. Tindakan memenggal kepala musuh yang tidak bernyawa dilakukan sebagai bukti mereka pejuang kuat dan ganas dimata dunia.

YANG JELAS TINDAKAN MEREKA INI BUKAN TINDAKAN YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA ISLAM...TINDAKAN MEREKA TIDAK MELAMBANGKAN MEREKA SEBAGAI MANUSIA YANG SEJATI YANG DIPANDU OLEH AGAMA DENGAN PERADABAN MANUSIA.

TINDAKAN MEREKA HANYA MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA HANYA LAH BINATANG...!

BIAR ANGGOTA KESELAMATAN KITA PULAK JUMPA LANUN PENGGANAS NI...BIAR LANUN NI TAHU LANGIT TINGGI RENDAH..!

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan