Isnin, 11 Mac 2013

Cerita Menyayat Hati 6 Perwira Gugur Di Bunuh Kejam...!

ingat ancaman misuari ni...! berwaspada la selalu..Kepada Allah Berserah..!
Kejadian di perkampungan air, Lorong 5, Kampung 

Simunul masih lagi di ingatan kita kerana disitulah 

terkorbannya 6 nyawa perwira negara yang dibunuh 

dengan kejam oleh para pengganas lanun Sulu. 

Ramlee menunjukkan laluan yang digunakan polis sebelum kejadian serangan hendap.
Baca cerita ni...

SEMPORNA - Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang kami luahkan ketika meninjau lokasi yang mengorbankan enam wira negara di perkampungan air, Lorong 5, Kampung Simunul di sini, semalam.


Seminggu selepas kejadian, kesan darah, otak bersepai dan bekas tembakan masih jelas kelihatan umpama baru berlaku dalam tempoh 24 jam.


Kami mula masuk ke kampung terbabit, kira-kira jam 2 petang, ditemani Ketua Kampung, Ramlee Saraman, 56, dengan perasaan yang bercampur baur.


Kami melalui titi kayu usang sejauh 200 meter menuju ke lokasi serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata Sulu. Tidak dapat kami bayangkan suasana getir anggota polis ketika itu apabila diserang hendap oleh militan Sulu dari belakang.


Awalnya, kami menyusuri titi yang memuatkan seorang individu dan kami dapat membayangkan bagaimana keadaan sepasukan polis bergerak secara berkumpulan ditambah dalam keadaan gelap sebelum serangan hendap, kira-kira jam 7 malam.


Ramlee berkata, ketika dia berada di dalam pejabat ketua kampung dan mendengar bunyi tembakan berterusan dalam tempoh 30 minit.




Di persimpangan titi masih kelihatan kesan titisan darah wira negara, yang membawa maksud mereka lari menyelamatkan diri dan cuba berselindung daripada tembakan militan itu. Kemudiannya kami melihat dua kesan tembakan, mungkin dilepaskan oleh penceroboh dari arah depan dan belakang.

Melalui penerangan daripada Ramlee, penceroboh menyerang dari rumah di hadapan dan belakang ketika wira negara melalui titi tersebut.


Timbul persoalan, adakah polis diperangkap? Selepas serangan itu, melalui kesan tompokan darah, ada wira negara melarikan diri masuk ke rumah penduduk.


Dari situ mereka membuat tindakan pantas membuat serangan balas terhadap penceroboh. Kami juga ditunjukkan sebuah rumah, iaitu lokasi penemuan mayat Superintendan Ibrahim Lebar. Di situ kami sedekahkan surah Al-Fatihah kepada wira negara yang terkorban.



Tambah menyedihkan ketika Ramlee membawa kami ke sebuah rumah yang menyebabkan kami tidak mampu mengungkapkan sebarang perkataan lagi.


Di situ kami temui lencana polis yang tercabut dari uniform umpama gugurnya wira negara di medan perang. Berhampiran lencana itu ada kesan darah mengalir dan cebisan otak perajurit negara.


Kami difahamkan Ramlee, di situ tempat seorang anggota polis dibunuh kejam, namun kami tidak dapat memberitahu bentuk kekejaman tersebut bagi menghormati keluarga mangsa.


Lokasi tersebut ditinggalkan dengan pertanyaan, apakah penceroboh tidak mempunyai sedikit sifat perikemanusiaan walaupun terhadap mayat yang telah berjaya ditembak mereka?


Kami seterusnya menyusuri laluan yang juga mempunyai kesan darah. Tidak dapat dipastikan adakah itu darah wira kita atau  penceroboh. Ada juga kesan darah pada bekas makanan berhampiran lokasi yang membunuh seorang penceroboh.



Mayat itu ditemui terapung di air dan Ramlee memberitahu, dia dan penduduk kampung terpaksa menguruskan mayat tersebut kerana tidak tahan bau busuk selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Selain Ibrahim, wira negara yang terkorban adalah Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.


Selepas hampir sejam di lokasi serangan tersebut, kami terpaksa meninggalkan kawasan itu atas nasihat Ramlee.


Dia menjelaskan keluarga suspek yang ditahan dilihat tidak senang dengan kehadiran kami.


Bimbang akan keselamatan dan atas nasihat yang diberikan, kami meninggalkan lokasi itu dengan segera.


Biarpun hanya meluangkan sedikit masa di situ, kami dapat membayangkan perit getir yang dilalui oleh pejuang negara dalam memartabatkan kedaulatan tanah air.



sumber : mstar

Cerita dari anggota keselamatan yang terselamat pulak...


Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

sumber - blog celah gelegar.


Sedikit cebisan cerita yang dapat kita kongsi bersama, namun ancaman ini tetap wujud dan ada pada masa mendatang...sama sama kita berdoa agar ianya dapat dijauhkan..!

Al Fatihah kepada para pejuang negara...

Ancaman sebenar masih bebas lepas di Kuala Lumpur...kita mampu menolaknya dalam PRU yang akan datang...InsyaAllah..! Amin.

Lu Fikir La Sendiri!!


5 ulasan:

  1. APA PASAL KELUARGA SUSPEK NAK TUNJUK LAGAK PULAK?

    ADAKAN MEREKA SEMUA BERSUBAHAT?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat chek tanya lagu tuuu

      Keluarga suspek tu, cerita sikit saja

      Awat tak komen tang kekejaman yang telah dilakukan

      Padam
  2. UMNO BERI IC KEPADA SULU..

    Anwar Ibarahim atau najib?

    BalasPadam
  3. alfathihah buat wira negara kita.... muga roh mereka ditempatkan bersama hamba hamba nya yang beriman.... takziah kepada keluarga wira yg bukan berugama islam....

    BalasPadam
  4. UMNO TIDAK PILIH KASIH , ISLAM BERSAUDARA , TAUSUG KALAU NAK CARI REZEKI DI SABAH UMNO TIDAK MENGHALAU MEREKA, SEBAB TAUSUG TU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI.KE SABAH UNTUK CARI REZEKI. BUKAN MASALAH BERI IC TAPI MASALAH ADA PENGKHIANAT ,TALI BARUT YANG MENYEMARAKKAN API KEBENCIAN ANTARA TAUSUQ DENGAN KERAJAAN MALAYSIA.LIHAT MALAYSIA BANYAK MEMBANTU BOSNIA , PALESTINE , TAUSUQ SEMUANYA SEAGAMA. KALAU SABAH TIDAK MAJU ADAKAH TAUSUQ NAK KE SABAH.. SABAH MAJU ,BANYAK PERKERJAAN SEBAB KERAJAAN MALAYSIA YANG MENGURUSKAN SABAH. PERTAHANKAN SABAH BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA

    BalasPadam