Rabu, 13 Mac 2013

Mindef Jawab Dakwaan Tapir@Ghafir..!



Nasib baik la si Ghafir@Tapir ni tak jadi Panglima Angkatan Tentera...Kalau tak mungkin dah jahanam ATM hari ni. Sebab tu kalau difikir balik memang benar lah kita semua perlu beriman kepada Qada dan Qadar...!

Kementerian Pertahanan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat.

Ghafir membuat dakwaan itu ketika berucap pada Forum T anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di Jalan Maharajalela di sini semalam.
Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada Utusan Online berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal. Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima. Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar. Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.


3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain. Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan. Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. KEHKEHKEH GAFAIR KAFIR BLEY MAKAN TERUS KETAS BORANG MASUK PKR TU BROO..KLU PKR ADE JENERAL BINGAI CAMNI BAGUS GAK...SENANG KITA NAK ATUR STRATEGI HUHUHUHU

    BalasPadam
  2. nampak sangat masa tempoh perkhidmatannya dulu, dia tak pernah buat kerja. ngampu ja kuat. bila tak dapat ":projek"..maka sanggup lari

    BalasPadam
  3. MACAM GENERAL GILA TALAK EK.....

    BalasPadam