Jumaat, 15 Mac 2013

Dalang & Pengganas Akan Menyerang Apabila Parlimen Di Bubar...!


Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.


Pengganas Sulu yang dikepung pasukan keselamatan, kini terpaksa bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan bersembunyi di kawasan paya berhampiran kampung.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zain berkata, saki-baki kumpulan pengganas itu dikesan di lokasi berkenaan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk.

“Pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil bagi membolehkan mereka bergerak pantas," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.

Zulkifeli memberitahu, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas pada hari ini, bagaimanapun pihaknya masih melakukan operasi penggeledahan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk.

Lu Fikir La Sendiri!!!


3 ulasan:

  1. Ku memohon doa kepada Allah swt

    SELAMATKANLAH MALAYSIA
    JAUHILAH KEKACAUAN DAN KEGANASAN

    BalasPadam
  2. Rupa-rupanya ada rancangan untuk mengucar-kacirkan situasi selepas parlimen dibubar dan semasa di bawah kendalian kerajaan sementara oleh BN. Segala rancangan jahat telah dipatahkan berkat usaha kerajaan dan angkatan keselamatan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang menghairankan , kenapa mereka mereka ni tak mengikut saluran yang betul sekiranya ingin menuntut sabah dari MALAYSIA..? Pandangan saya mereka ni agaknya nak tunjuk samseng kot..tapi sayang sekali mereka ni hanya samseng tahi minyak je...kalau saya jadi jamalul kiram, saya amat malu sangat sangat tentera diraja saya tu gugur dengan begitu ramai sekali..jamalul kiram ni orang yang tak berhati perut sungguh sanggup dia memperjudikan nyawa orang dia sendiri..sememangnya dia tu nak orang orang dia tu mati la...tapi pengikut dia tu memang orang yang bodoh sekali...

      Padam