Jumaat, 22 Mac 2013

Taib Mahmud Pun Kena Badi 'TREND'...


TREND...atau bahasa mudahnya arus budaya yang dibentuk dan terbentuk...! Tapi gejala Gay dan Sex sonsang bukan TREND..! bukan budaya..! baik dibentuk dan terbentuk. Ianya merupakan perbuatan jijik lagi kotor yang bertentangan dengan ajaran agama, berlawanan dengan peradaban manusia yang  berakhlak serta menyalahi fitrah hidup kita sebagai manusia yang normal, berakal dan beradab.

Cuma TREND yang nak dibincangkan disini ialah seperti apa yang diperkatakan oleh Dato Hafarizam di bawah ni...!

Tindakan menyaman media atau blogger terutama oleh parti-parti pembangkang dianggap bertujuan meraih kepentingan politik semata-mata lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu, terdapat juga usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan kepada pihak berkuasa tidak kira Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi berkata, tindakan saman-menyaman berkemungkinan untuk menakut-nakutkan media mahupun blogger agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau memberitahu, saman-saman tersebut bersifat ‘memilih’ kerana tidak semua media atau blogger yang menyiarkan perkara sama yang disaman.

Mohd. Hafarizam memberi contoh kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung artikel ‘Tolak Anwar - Hasan’ apabila syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan atas kenyataan akhbar yang dikeluarkannya itu. - UTUSAN ONLINE



Itu TREND saman untuk menutup mulut...tapi bagaimana pulak dengan mulut celupar Tian Chua yang sudah diheret ke Mahkamah tetap juga mengata dan mengutuk akan perjuangan suci para anggota keselamatan yang berjuang menentang lanun pengganas di Lahad Datu. Yang itu kita tunggu tindakan AG...apa dia nak buat..!

Lagi satu TREND yang dibawa oleh Anwar ialah TREND fitnah terancang..! fitnah dengan membawa bukti palsu. Macam yang dihidangkan dalam fitnah CM Sarawak yang terbaru. Itu budaya Anwar hari ini.

Isu utama bukan soal Taib..! soalnya ialah kerusi Parlimen Sarawak. Sarawak ada 28 kerusi. Macam Sabah ada 26 kerusi. Isu nya ialah bagaimana mahu membawa fitnah ini dekat dan masuk ke kepala rakyat diambang pilihanraya. Sabah sudah Anwar cuba menghidangkan Lanun Lahad Datu namun Anwar dan juaknya GAGAL. Namun misi Sarawak tetap diteruskan...

Kenapa pulak sekarang? kenapa pulak tetiba ada suku sakat Taib yang muncul sekarang? Cerita fitnah pembangkang berkenaan kekayaan melampau Taib telah bermula sejak sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2010 lagi, namun ianya ditolak oleh rakyat Sarawak dan selepas PRN Sarawak ianya slow dan mula merangkak hilang.

Kini..dajjal datang lagi, semakin hampir kepada PRU maka semakin kuat kayuhan Anwar dan juak juaknya menyerang! Anwar tahu bahawa Taib dan keluarganya tidak akan mampu menjawab tuduhan liarnya itu. Menjawab sesuatu yang tidak wujud buat apa..!

Tapi itu lah TREND yang Anwar dan barisan haiwan peliharaannya lakukan. Isunya ialah isu politik! Percaya la selepas PRU 13 ni nanti Anwar takkan ambil peduli pun masaalah hidup rakyat Sarawak. Dah lepas PRU, takde harga lagi rakyat Sarawak kepada Anwar.

Akhirnya Taib dan Kerajaan Barisan Nasional jugak la yang tetap dengan urusan mereka untuk mempastikan negeri dan rakyat Sarawak terus maju dan membangun. Itu kerja hakiki Taib dan Kerajaan Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.

Yang jelas Anwar akan tenggelam dengan apa jua TREND yang dibawa kerana rakyat kita masih kuat berpegang kepada agama dan budaya Timur yang menyanjung tinggi nilai nilai murni bermasyarakat.

Rakyat tetap menolak apa jua TREND yang negatif, sonsang, jijik, kotor, fitnah dan tidak bertamadun kerana keamanan dan kemakmuran hidup telah pun kita semua kecapi dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempastikannya kekal hingga ke anak cucu cicit kita nanti...InsyaAllah.

Baca juga pendedahan the unspinners.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Jgn biarkan meka ini masuk sabah dan sarawak..gunakan kuasa di bawah perkara 20...

    BalasPadam
  2. Dah terkantoi terok pasal moral dia , kini Dajjal mula menggerakkn tentera dia menyebarkan dakyah 'isu moral itu hak pribadi'....cer tgk kat mana2 yg ramai penyokong kjaan atau atas pagar, akan menyelit sekor dua tentera Dajjal cuba menyucuk jarum 'why not'.."isu moral hak pribadi...mslh kronisme dan nepotisme lagi besar"....

    Semoga yg nipis iman trtama anak2 muda xakan terpengaroh...sbb isu ini mmprjuangkn kebebasan asasi manusia yg dah tergelincir akidah....

    BalasPadam