Rabu, 27 November 2013

Dewan Bisu..!


Hari ini Sidang Dewan Rakyat sekali lagi membuktikan bahawa mereka yang menjadi wakil kepada rakyat merupakan wakil wakil bisu yang hanya berkata dan berbahas diruang lingkup yang dibenarkan oleh kerajaan semata mata…!

Masa kerajaan tahu semua sebenarnya belum tamat dan semakin dibuktikan apabila semalam Dewan menolak membahaskan usul pengintipan keatas negara dan hari ini Dewan yang sama menolak untuk membahaskan usul para NGO biadap yang menggelarkan diri mereka comango..!

Soal rakyat kenapa ditolak? apakah kerajaan berpendapat Dewan yang Mulia yang diwakili oleh seluruh suara rakyat Malaysia itu tidak berhak untuk membahaskan usul penting terhadap sebuah persatuan yang cuba merosakkan Perlembagaan negara?

Apakah Dewan Rakyat tidak boleh bersuara, mendesak, membidas dan menyatakan bantahan majoriti rakyat yang menolak sebuah pertubuhan haram jadah yang mencabul roh dan semangat pembinaan negara Malaysia yang tercinta? 

Apakah tidak boleh Dewan Rakyat sebulat suara mencemuh dan menolak sebarang usaha mengganggu gugat keamanan dan kesetabilan sebuah negara aman, makmur dan merdeka?

Ini bukan masanya untuk kita bermain politik dan rasanya semua parti politik baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang tidak akan sesekali membenarkan sebarang asas pembinaan negara ini diancam dan terancam..! 

Kalau pembangkang nak berpolitik dan mempertahankan jugak budak budak Comango tu jelas la kepada rakyat Malaysia siapa yang boleh mempertahan serta diberikan amanah dan kepercayaan untuk menjaga kedaulatan negara tercinta ini..!

Apa masaalah?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bagi membincangkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) membawa laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva.
   
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul itu ditolak kerana beliau difahamkan kerajaan telah mengambil maklum dan meneliti semua cadangan yang dikemukakan kepada Malaysia semasa proses semakan daripada Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 28 Oktober lepas.
   
"Dalam hal ini kerajaan telah menjelaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan tuntutan persatuan atau mana-mana pihak yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia termasuk yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia.
   
"Perkara ini juga telah dibincang dengan panjang lebar dan dijawab oleh Kementerian Luar dan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 11 November lepas, dan dengan itu perkara ini tidak perlu lagi disegerakan.
   
"Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa usul ini ditolak di bawah perkara 18(2) Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan