Rabu, 6 November 2013

Bantah Pun Cuak Ke?


Malaysia bantah..! Tapi…


Macam tak pasti jer..!

Sedangkan…
Baru-baru ini, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden mendedahkan bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet.
Snowden mendedahkan risikan itu dijalankan di bawah operasi 'STATEROOM' yang turut membabitkan Britain dan Kanada.
WASHINGTON 5 Nov. - White House dan pemimpin jawatankuasa perisikan di Kongres menolak rayuan pengampunan daripada bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara (NSA), Edward Snowden.

Penasihat White House, Dan Pfeiffer berkata, Snowden sudah melanggar undang-undang Amerika Syarikat (AS).

"Dia harus pulang ke AS untuk dibicarakan," kata Pfeiffer, sambil menambah kata, tiada tawaran pengampunan dibincangkan terhadap bekas penganalisis sistem itu yang kini menjadi buruan dan mendapat perlindungan di Rusia.

Snowden membuat rayuan itu di dalam suratnya yang diberikan kepada ahli politik Jerman sebelum disiarkan kepada umum pada Jumaat lalu, meminta beliau diberi pengampunan atas dakwaan membocorkan maklumat sulit mengenai NSA kepada media.

"Bercakap benar bukan satu jenayah," kata Snowden dalam surat tersebut.

Sementara itu, Jawatankuasa Perisikan Senat itu berkata, jika benar Snowden mempunyai maklumat itu, beliau sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada jawatankuasa itu terlebih dahulu secara peribadi.

"Tetapi perkara itu tidak berlaku dan sekarang dia sudah melakukan satu perkara yang merugikan negara, saya rasa tiada pengampunan akan diberikan," kata Senator Dianne Feinstein daripada Parti Demokrat.

Malah negara negara terbabit pun telah bertindak sama memanggil duta Amerika untuk mengemukakan bantahan dan mendapatkan perincian berhubung perkara diatas..!
Dalam mempertahankan negara bukan sahaja mesti tegas dan berani..! malah mesti DILIHAT tegas dan berani..!
Nampak tak? Macam cuak jer..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan