Ahad, 24 November 2013

Kim Swee Ganti Rajagobal..!

tinggal kenangan le pasukan bola ni...
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad memutuskan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tamat 31 Disember ini tidak disambung.
Datuk Kim Swee akan menggantikannya sebagai pengendali sementara sehingga skuad negara mendapat pengganti Rajagobal.
Rajagobal mengambilalih tugas sebagai jurulatih Harimau Malaya, daripada B.Sathianathnan pada 2009.
Nasib Rajagobal, 57 tahun seakan sudah tertulis apabila skuad negara gagal mencapai keputusan yang memberangsangkan selepas berjaya meraih pingat emas dalam Sukan SEA 2009 dan memenangi Piala Suzuki AFF pada 2010.
Pada ketika ini, Malaysia berada di tangga ketiga kelayakan Piala Asia dengan meraih emnpat mata daripada lima perlawanan.
Sekaligus secara menyukarkan skuad negara melangkah ke pusingan akhir di Australia sudah hampir tertutup.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ialah perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-9 Musim 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad. Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri). -Foto BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan