Selasa, 26 November 2013

Nak Bahas Pun Takut…!


Setiap usul yang hendak dibawa didalam mesyuarat yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) mestilah mempunyai 3 perkara asas iaitu ~ perkara yang dibawa mesti lah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan berkehendak untuk disegerakan.

Oleh yang demikian usul pengintipan keatas hak dan kedaulatan negara pastinya merupakan perkara khusus dan tertentu yang penting serta serius, pastinya merupakan perkara yang berkepentingan umum yang menyentuh sebuah negara dan ianya perlu disegerakan kerana kerajaan melalui Dewan Rakyat perlu menjelaskan pendirian, menyangkal dan membidas serta mengemukakan bantahan bagi diambil tindakan oleh pihak kerajaan.

Tapi ianya sudah diputuskan oleh Tan Sri Speaker dan ianya merupakan sesuatu yang muktamad..!

Sebenarnya semua dari kita boleh meneka dan menduga…apakah benar Speaker yang membuat keputusan atau pun kerajaan yang memberikan lorongan kepada penolakan usul tersebut..!

Nak bahas dan bidas pun takut..! nak berkokok didalam negara sendiri pun kecut..! Memang la kita tak boleh nak angkat senjata atau pun menyerang negara yang mengintip kedaulatan kita TAPI setidak tidaknya kalau diberikan ruang dan peluang tentu wakil kita di pihak Kerajaan dan pembangkang akan bersatu hati menentang sebarang pelanggaran hak dan mencabul kedaulatan wilayah tanah tumpah darah kita semua…!

Akai ada kaa..! Berapa sen telor satu raga sekarang ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) bagi mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura berhubung dakwaan pengintipan terhadap Malaysia yang boleh menjejaskan negara.
    
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu ditolak kerana beliau difahamkan Kementerian Luar telah mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut.
    
"Tindakan telah dibuat, dengan itu perkara ini tidak perlu disegerakan, saya menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini.
    
Keputusan Pandikar Amin itu bagaimanapun sukar diterima beberapa anggota pembangkang dan meminta Yang Dipertua memberi penjelasan lanjut mengenai perkembangan terkini isu itu.
    
"Nota bantahan telah diberikan dan kedutaan telah berikan nota itu kepada kerajaan mereka dan apakah jawapan kerajaan mereka, kalau sekadar beri nota bantahan dan mereka terima tetapi pengintipan terus dilakukan, tiada permohonan maaf, itu mencabul kedaulatan negara kita," kata Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).
    
Tian Chua (PKR-Batu) turut bangkit dan meminta Pandikar Amin agar mempertimbangkan keputusan beliau kerana sekiranya ia tidak dibahaskan, Dewan dilihat sebagai gagal memberi desakan kepada negara-negara berkenaan.
    
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula mahu pembangkang menerima keputusan Yang Dipertua kerana ia muktamad dan tidak perlu dirunding lagi.
    
Perbalahan itu kemudian dileraikan apabila Pandikar Amin berkata walaupun beliau menolak usul itu, tidak bermakna ia tidak mustahak dan meminta agar pihak kerajaan harus mengambil perhatian serius terhadap isu intipan itu.
    
"Ahli Yang Berhormat harus sedar, bila saya buat keputusan, ia muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat, bila saya benarkan usul itu dibaca di dalam majlis, lepas itu saya tolak, itu bermakna kerajaan harus ambil perhatian serius," katanya. - Bernama

Baca lanjut di justread-disini

1 ulasan:

  1. Betul tu.
    Dalam issue macam ni, baru boleh nampak Pembangkang dan BN boleh bersama dan bersatu. Nak buat Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ( MKPN ), buat apa. Lagi kelam-kabut ada la.

    Najib kata "bukan soal politik tetapi kita mahu mengambil perspektif jangka panjang untuk masa depan negara"
    Kata "program-program yang diatur juga perlu lebih bersifat neutral, bukan berkisar kepada agama dan kaum".

    Ini lah kesempatan paling elok untuk kita yang berbagai fahaman politik untuk bersatu.
    Boleh juga kita tengok siapa yang takut atau enggan mengutuk Sigapura atau pun Amerika.

    Pi buat MKPN atau NUCC dan lantik artis dan orang yang penyokong gadai kalimah Allah, buat apa.
    Banggang punya pemimpin.

    BalasPadam