Jumaat, 18 April 2014

Apabila PM@Peliwat Malang Hilang Selera Meliwat..!


Kenapa pulak Anwar Aljuburi tetiba hilang selera…~

PUTRAJAYA: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan. 

Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar). 


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Bali Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan. 

Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan. 

"Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata hakim berkenaan. 

Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar. 

Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara. 
Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. 

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya. 

"Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu. 

Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu. 

Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya. 

Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu. 

Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu. 

Mengenai isu pengesahan identiti "Lelaki Y", mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting. - BERNAMA 


Asyik nafi nafi nafi..!!!

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. 


Juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya. 
Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah. 

Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan. 

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan. - BERNAMA 

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Kebodohan Anwar terserlah,dan pengikut dia lagilah nampak bodohnya.

    BalasPadam
  2. Memang bodoh dan taksub,...Anwar amat suci bagi mereka, buat maksiat depan mata mereka pun mereka tak tetap kata dia tak salah apa lagilah keputusan mahkamah. Kalau hati dan hitam dan mata dan dikaburkan dengan hasad dengki dan benci kebenaran bagaimana pun tetap tak diterima.

    BalasPadam
  3. Anwar adalah SEGALAnya bagi penyokong PKR...tiada ANWAR tak bernafaslah mereka...

    BalasPadam
  4. Dengan alasan penghakiman mahkamah rayuan 2014 ditambah lagi dengan alasan penghakiman rayuan 2004 beserta dengan desakan mendiang karpal singh diparlimen dan juga gelaran yang pernah diberikan oleh mat syabu sebelum tahun 1998. Dengan ini memang sudah SAH bahawasanya ANWAR IBRAHIM adalah SEORANG PELIWAT TEGAR.

    Sesiapa yang menyokongnya sudah pasti termasuk dalam manusia yang sanggup bersubahat dengan PELIWAT TEGAR tersebut. Tempatnya sudah pasti adalah NERAKA. Full stop....

    BalasPadam
  5. Habis tu.....takkan takde tindakan pada hakim yg melepaskan dulu dgn mudah, walhal bukti video, bukti ahli kimia dan bukti dna dah kuat. Rakyat nak tahu....

    BalasPadam
  6. Kuasa ALLAH mengatasi segala cubaan licik Anuar dan pasokan lawyer. Semoga Anuar berjaya masuk penjara, mungkin mahkamah persekutuan akan tambah tempoh penjara dari 5 kepada 10 tahun kerana menghina mahkamah.

    BalasPadam
  7. Aku x kesah la samada penjara 10thn ke 20thn ke.... tp yg aku kesian dgn pentaksub anwar ni....

    Kenapa ya setelah di berikan semua bukti pentaksub anwar masih keras hati???

    Aku npk ada 2 sbb saja....samada bodo atau x dpt hidayah Allah swt....

    Kalau bodo... mmg selayaknya lahhh...

    Tp kalo x dpt hidayah Allah swt.... amat malang sekali...

    Meliwat ni bukan kerja main2... di dlm al quran diulang2 kisah meliwat ini sebagai pengajaran pd umat manusia...

    Kaum nabi lut dikirim hujan batu dan diterbalikkan sebelum subuh....

    Sepatutnya org islam jadi sensitif dan selidik betul2 sebelom menyokong anwar....

    Jgn ikut org politik....mereka ada mcm2 kepentingan....agenda dan muslihat...

    mcm pas... mereka ada agenda yg lebih besar... hudud umpamanya... terus beri tekanan agar kjjan bertindak segera dan disamping dpt menjaga dap utk kemaslahatan umat islam dan negara keseluruhannya...

    byk strategi dan muslihat politik disitu....jd jgn diikut...

    Tp kita org islam patutnya kene tolak anwar mentah2...




    BalasPadam
  8. Inilah hasil daripada solat hajat mega yang pernah dianjurkan PAS sebelum ini. Solat hajat tersebut bertujuan untuk membela Anwar yang kononnya telah difitnah dan dizalimi. Walhal, Anwarlah yang telah menzalimi dirinya sendiri kerana enggan membela diri sendiri. Beliau juga terlalu mengharapkan mahkamah untuk membebaskan beliau atas alasan teknikal dengan bantuan peguam yang pandai putarbelit. Fakta yang harus diakui ialah Anwar tak pernah bersumpah mubahalah atau sumpah laknat dan tak pernah memberikan dna secara sukarela kepada mahkamah. Anwar juga tidak pernah menjawab secara berfakta tuduhan serius oleh Nallakaruppan, Ummi Hafilda dan Dato Eskay.

    BalasPadam