Rabu, 16 April 2014

Serangan Keatas Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia..!


Malaysia negara kita..! Islam diangkat sebagai agama Persekutuan..! Mazhab kita mazhab Shafie dengan berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah..! Jelas..!!!

Jaga jaga dengan puak ajaran sesat@syiah atau apa jua namanya seperti puak yang sedang cuba mewahabikan taqlid dan tindakan kita dalam beragama..! 

Ramai hari ini merasakan diri mereka alim dan berilmu dengan menampilkan cara berpakaian dan watak yang dilihat warak sedangkan mereka ini lah yang disebutkan sebagai ulama suq atau ulama jahat..! sesat lagi menyesatkan..!
Dunia akhir zaman, cabaran untuk menjaga dan memelihara akidah semakin kuat. Ianya menuntut kita cekal, berilmu, berani dan bijaksana dalam mendepani kerenah yang sengaja mereka timbulkan.

Di akhir zaman ini segala yang kita buat akan dipandang serong..! kebaikan dilihat sesuatu yang pelik lagi menakutkan sementara kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang biasa serta perlu dijadikan ikutan. Itu lah kehendak mereka dalam agenda menghancurkan akidah Umat Islam.

Dalam konteks kita Malaysia, sejak Barisan Nasional hilang sokongan 2/3 di Parlimen pada 2008 terurai dan terburai pelbagai isi perut. Segala dendam kesumat dan ketidakpuasan diluahkan baik dari dalam Parlimen hingga la ke tengah jalan.

Tulisan Jawi dihinakan, Masjid dicemarkan, Azan dipersoalkan malah kalimah Allah juga turut cuba dibuat mainan..!
Puak kapir bertindak dan bergerak dari luar, puak yang mengaku Islam menggasak dari dalam. Maka atas nama hak asasi dan kebebasan mereka bergabung dan terus mendesak. 

Liberal, tolak ansur, hormat menghormati, Malaysia negara majmuk terus menjadi zikir ampuh untuk menegakkan benang basah mereka.

Itu sebab apabila ada onar dan ketidakpuasan yang dilontarkan oleh puak kapir maka ianya akan disambut mesra oleh puak yang mengaku Islam untuk menghalalkan kebiadapan dan kekurangajaran mereka.

Soalnya apakah kita tidak pernah bertolak ansur? tidak menghormati hak dan kebebasan orang lain? tidak memahami akan struktur pembentukan negara yang terdiri dari pelbagai kaum?
Kalau kita tidak memahaminya pasti ianya tidak akan kita maktubkan didalam Perlembagaan..! kalau kita tidak menyedarinya tentu tiada agama selain Islam yang dibenarkan..! kalau kita tidak menghormatinya tentu bangsa lain dan agama anutan mereka tidak akan berjaya dan menyala dalam merasai nikmat  hidup bernegara..!

Hubaya hubaya umat Islam..! kita diserang dari luar dan dalam..! Musuh bukan sahaja kapir tapi yang berserban dan berjanggut juga merupakan sekutu kuat mereka untuk merobek akidah kita..!

Biar dia bekas Menteri, biar dia bekas Mufti, biar dia bekas somebody..! tapi kalau memang tiada lagi taufik dari Ilahi akhirnya kesesatan lah yang pasti..!

Berdoalah kita semahunya, minta apa jua..! tapi jangan lupa berdoa minta keampunan, minta taufik hidayah dan minta kasihan belas dari Allah.

Kerana hanya dengan keampunan Allah serta mendapat taufik hidayah dan menerima kasihan belas Allah sahaja la kekuatan yang boleh kita sandarkan dalam mendepani cabaran puak sesat lagi menyesatkan ini…

Kepada Allah Berserah…! Allah Karim…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Benar sekali ulasan tuan. Mmg ASWAJA diketahui sgt bertolak ansur dan moderate, tidak bermudah mudah menghukum sesat sesuatu golongan apatah lg mengkafirkannya. Setiap kemusykilan berkaitan agama diserahkan kpd ilmuan ilmuan yg paling arif dlm bidangnya yg dihimpunkan dlm Majlis Fatwa. Itulah yg telah berjln sejak zaman berzaman. Walau kita bukan yg terbaik dan bukan juga yg paling sempurna, tp tidaklah kita bermusuhan sesama agama dan dgn yg tidak seagama pun kita cukup bertolenrasi dan telahpun menikmati keamanan dan kemakmuran hingga kini.
    Dgn pendedahan umat kpd ideologi ideologi lama (yg sebenarnya telah pun diselesaikan oleh ulama' ulama' ASWAJA kita bahasannya dan dijelaskan kekeliruan, kesilapan dan kesesatannya) dan cubaan kononnya penafsiran semula dan kononnya sikap terbuka, lahirlah semula firqah firqah dgn aliran pemikiran yg asing bg kita sebelum ini, hingga muncul semula sesat menyesatkan bahkan ke tahap kafir mengkafirkan.
    Pendidikan agama berasaskan pegangan ASWAJA seharusnya diperluas ke seluruh negara, agar semua umat Islam di M'sia memahami pegangan asas ASWAJA, mudah mudahan selamat dr kesesatan dan hidup lbh berharmoni di dunia dan selamat di Akhirat.
    Manusia mmg berbeza, tp tidak sepatutnya hingga bersengketa. Kita hanya boleh memberi pendpt tp tak boleh kita paksakan org lain utk menerima pendpt dan pendirian kita.

    BalasPadam