Selasa, 15 Disember 2020

Angan Angan-Berangan-Beragan..!


Semua orang ada angan angan. Malah boleh berangan apa pun kerana ianya percuma. Itu sebab ada orang biasa yang berangan nak jadi Puteri Raja. sila. Tak de masaalah. Ada ramai orang yang berangan nak menjadi Putera Raja pun boleh...sila. Juga takde masaalah. Selagi ianya sekadar di dalam benak dan tidak melanggar undang undang takde siapa yang boleh menyekat angan angan tersebut.

Namun, angan angan yang di susuli dengan tindakan akan bertukar kepada cita cita. Di usahakannya. Contoh cita cita nak beli cincin, rantai, beg dan jam tangan yang harganya berjuta juta ringgit. Maka di usahakan dengan menabung sejak kecil.

Itu sebab apabila terbongkar kisah duit dan segala macam barang kemas yang bernilai jutaan ringgit di sita, ramai juga yang membela dengan berkata ianya hasil dari tabungan sejak kecil.

Cita cita mahu berkahwin dengan pemimpin, seterusnya cita cita menjadi wanita pertama atau FLOM pasti sesuatu yang di impikan oleh setiap wanita. Jadi, jika ada yang tak dapat merasa nikmat tersebut jangan pula hasad dan dengki dengan keberhasilan angan angan dan cita cita orang lain. Rezeki dia murahhhh...tak gitu?


Ada juga yang berangan mahu berkawan dengan Raja Arab, kerana berkawan dengan Raja Arab akan menjadikan orang tersebut kaya raya. Berangan bahawa akan mendapat derma dari Raja Arab berbilion bilion. Berangan untuk menjadi perompak dan pencuri pun tak salah. Kerana di Malaysia hari ini orang yang di dapati bersalah di mahkamah pun ramai yang masih memuja muji, mencium dan menjilat tapak kaki. Jadi jangan dengki. Itu rezeki.


Tak kurang juga yang berangan nak menjadi Raja di dalam negeri. Kalau tidak masakan boleh menolak apabila dipanggil mengadap Raja Negeri? Tentu ketika itu akal dan budi mereka sedang berangan merasakan bahawa mereka lah Raja di mata, mereka lah sultan di hati. Rupanya apabila tersedar dari lamunan angan angan baru lah mengerti jauhnya beza langit dan bumi. Baru nak faham kuasa Sultan di dalam negeri. Tapi apalah sangat Titah Sultan mahu pun Baginda Agung bagi mereka yang berangan nak memerintah negeri. Itu sebab bagi mereka Titah Agung dan Sultan yang panjang lebar mengenai kerosakan budaya politik hari ini semuanya boleh ditolak ke tepi. Sebab? Berangan nak jadi Perdana Menteri tetap beraja dan bertahta di hati.   

Berangan nak jadi Perdana Menteri di Malaysia hari ini sudah sampai ke tahap ngeri. Sudah tidak ada adab budaya malah dah takde makna SD. SD boleh dibuat sesuka hati. Sebab apabila beg mari penuh berisi hilang lah hak dan timbul lah kehendak hati. 

Baik yang menjadi calon PM paling lama atau yang dah jadi PM tapi nak jadi lagi. Berlagu lunak kerana nak menyelamatkan negara dan rakyatnya yang tak reti reti. Rakyat yang termakan hasutan dan dedak yang di hidang selama ini. Konon mereka sahaja lah  penyelamat dan hero yang negara cari. Tak boleh tidak mesti di angkat dan di jadikan penyuluh jalan yang berduri agar rakyat dan negara keluar dari kesusahan dan cengkaman hidup hari ini.

Kepada Allah kita berserah. Allah jua lah yang membimbing dan menyelamatkan rakyat dan negara dari segala musibah. Kita tengok apa yang akan berlaku di pentas kuasa petang ini. Manusia merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allah lah yang terbaik dan pasti berlaku.

Apa yang kita gundah dan susah hati? Lu Fikir La Sendiri..!

15 ulasan:

  1. Tak disangka sama sekali begini jadi nya politik Malaysia hari ini.Ingatkan pangkah Tun untuk jadi PM,Malaysia akan bertambah maju dan aman.Nyahkan najib dan BN dari persada kuasa rakyat akan jadi semakin gembira.Tapi rupa nya bahana yang dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda dah dapat apa yang anda mahukan. Anda sepatutnya puas dan gembira. Tak sepatutnya rasa tak sangka macam bahana yang dapat.

      Haaaa!!.. sekarang... tepuk !!!

      Padam
    2. Awal2 lagi Allahyarham P.Ramlee dah ingatkan dlm salah satu dialog filemnya "Muka dia pun muka penipu, yang kau percaya jugak kenapa?, Bahalol !".

      Padam
    3. Nasib baik la perasuah negara dah kena kick dari pm. Kalau tak rakyat tukang tengok lakibini shoping joli katak Pakai duit rompak. Kihkih

      Padam
    4. Jangan lupa kes Altantuya dan Ziana Zain

      Padam
  2. INI SEMUA SERAMPANG EMPAT MATA MAHATHIR – HALANG ANWAR, SEKAT KU LI, BENAM NAJIB DAN KEKALKAN MUHYIDDIN KUDA PAPAN NYA

    Bersama Tengku Razaleigh Hamzah kesian KuLi dah tua bangka kena main dng si renta, bekas musuh politiknya, Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai “Harimau Taik Kucing Asia”

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada muannas Najib jadi PM lebih baik Muhyiddin Yassin

      Padam
  3. Yang lagi gila ialah apabila dah tua2 nak mampos pun masih bernafsu besar nak jadi PM kali ke entah berapa. Malang sekali ada juga kambing tua yang keliur ikut sama angan2 si Tua, berharap kalau2 ada rezeki dilantik jadi PM. Yang dah disabitkan kesalahan, yang menunggu untuk dibicarakan, yang menggeletar menunggu bila tuduhan dikenakan pun sama2 tumpang sampan berharap kalau2 tengkuk2 mereka terlepas kalau mimpi yang disokong menjadi kenyataan !!

    BalasPadam
  4. 22 tahun daah jadi pm yg kaya melayu kroni jek..yg melayu lain miskin pasal malas tak mahu niaga arak st.miguel tak mahu berlesbian lgbt pasal tu tak maju..bermisai berjanggut pasal tu tak moden..kannn

    BalasPadam
  5. Apa lagi yg belum puas hati.

    Kuasa? Dah 22 tahun 22 bulan bermaharajalela hingga bodoh jadinya orang melayu.
    Kumpul harta karun ? Dah bertimbun sampai anggaran ada USD 45 Bil.
    Memfitnah, Menipu, Menghina, Menghasut, Membelit ? Jangan cakaplah, dia lah Champion.
    Percaya padanya dan jatuhkan pemerintahan Umno/BN ? Jatuhkan dah berjaya. Nak bunuh Umno/BN tak berjaya. Sebaliknya parti yg dia tubuhkan terajang dia balik.

    Anak dah jadi PM ? Perjuangan anak bebaskan LGBT ? Haaaa... ni belum lagi berjaya.
    So kepada penyembah2, tolong lah. Kalau parti PejWANG dah daftar nanti, sila lah daftar sebagai ahli PejWANG. Kalau fitnah, menipu, membatu api, mentohmah telah terbukti menghasilkan kejayaan, tolonglah sambung, sambut dan sampai-menyampaikan, semoga bahagia sebelum meninggalkan dunia nanti.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergadoh la ko dgn atok. Kasi hantam dia cukup2. Kalau boleh sampai pru15 nanti parti atok dan gengnya balun. Turun jalanraya protes atok ramai2. Kalau boleh tiap minggu turun.

      Jangan ganggu TSmy dan PN sudah. Dia kekal PM yang rakyat suka. Tahniah juga kepada DSazmin ,DSHamzah, d taki. Pemikir hebat PN.

      Padam
    2. Muhyiddin berpakat dengan Tun M bodoh betul kau ni,, tak tahu tengok permainan politik

      Padam
  6. Bossku bijak mengenakan Tun. Walaun Tun Mahathit sedaya upaya membatu api adu domba untuk mrngenakan Bossku minta nyawa pada DAP dan PKR.

    Tuduhan fitnah jijik bossku bersekongkol dengan DAP seperti kes MB Perak tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya sejarah membuktikan Tun yang terhegeh hegeh menjilat balik kahak tentang DAP dulu dan sekarang sanggup jadi barua DAP.

    Undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat hari ini boleh menjadi pertembungan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pemimpin Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

    “Anwar berulang kali mendakwa dia memiliki sokongan yang ‘kuat, utuh (baca 'aleutoh') dan meyakinkan’ di Dewan Rakyat.

    "Muhyiddin yang merupakan perdana menteri atau Anwar yang ingin jadi perdana menteri?

    “Di pihak Najib, disabitkan bersalah dan sedang merayu terhadap sabitan rasuah itu selain sejumlah lagi pendakwaan di mahkamah.

    Sejumlah kes berprofil tinggi yang diberikan keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri.

    “Rakyat sudah pun lihat belas kasihan (leniency) terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, yang dilepas tanpa dibebaskan, dan (bekas menteri wilayah) Tengku Adnan Mansor serta (anak tiri Najib) Riza Abdul Aziz yang turut diberikan DNAA.

    “Pastinya untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik.

    Ternyata game bossku menyebabkan Tun malu kesipuan seorang diri. Sekarang rakyat sudah tahu siapa yang terhegeh hegeh menjilat ludahnya dan siapa yang sanggup jadi barua DAP.

    Insyallah kes bossku rayuan akan disebut semula dan mahkamah akan membuat pertimbangan yang sewajarnya fitnah jijik kes SRC dan 1MDB nanti.

    Tunggu relex and chill... yg penting jangan fitnah jijik dan mendahului keputusan mahkamah..

    ahaksss..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Pelik Bin Ajaib sudah terbukti bersalah pun di katakan fitnah ‼️ Fitnah Wak Lu

      Padam
  7. banyak peringkat lagi di mahkamah sblom terbukti benar bersalah... rayuan ada satu lagi peringkat.... pi study lgi la bela atok kau tu

    BalasPadam