Jumaat, 11 Disember 2020

Antara 2 Senyuman..!

 

Gambar petang semalam Khamis di Dewan Rakyat, selepas krisis di Perak selesai dengan acara angkat sumpah MB di sebelah pagi dan 5 orang EXCO di jam 2.30 petang.  Punca dan penyelesaiannya mudah kalau tidak berkepentingan diri dan sedia berunding dalam apa jua tindakan. Sila baca di sini.

Tentu ada isu 'menarik' yang dibincangkan sehingga masing masing tersenyum gembira. Mungkin lega kerana cubaan meng'kuda'kan parti akhirnya dapat di gagalkan.


Senyum pun kelat jer..Tambah pula sehingga semalam di Parlimen..

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi tiga kementerian selepas perbahasan peringkat jawatankuasa hari ini.

Belanjawan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia diluluskan jam 5 petang melalui undian belah bahagi.

Seramai 107 anggota parlimen mengundi untuk meluluskan perbelanjaan operasi kementerian itu berjumlah RM 1,197,464,900. 

Seramai 100 anggota parlimen lain menentang, manakala 13 lagi tidak hadir.

Dewan Rakyat juga meluluskan usul untuk memotong RM45 juta daripada peruntukan berjumlah RM85.5 juta buat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Belanjawan untuk Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia juga diluluskan awal hari ini melalui undian suara.

Kerajaan secara keseluruhan meluluskan perbelanjaan untuk 22 kementerian, manakala lima lagi akan dibahaskan ketika parlimen disambung semula Isnin. sumber

Kita tengok apa lagi game dua ekor ni minggu depan. Ada sesuatu katanya. Apa? Lu Fikir La Sendiri..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan