Ahad, 13 Disember 2020

Pengkhianatan Abad Ini..!


Menurut yang ampunya cerita...

Episod talam pelbagai muka: Zahid khianat UMNO demi Anwar?

Pada 9 Disember 2020 Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin, Hadi Awang menandatangani satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN menolak Anwar dan DAP; pada 10 Disember Zahid dikatakan bertemu Anwar kononnya untuk mengangkat Anwar menjadi PM ke-9.

(EKSKLUSIF)

Oleh Cuit Zaini Hassan

BENARKAH Isnin 14 Disember 2020, Anwar Ibrahim akan memanggil sekali lagi sidang akhbar tergempar untuk mengumumkan beliau sudah ada jumlah?

Anwar bukan gila seperti ramai orang kata. Beliau benar-benar tekad, ini kalilah. Beliau masih mahu menjadi Perdana Menteri walau apa pun terjadi.

Zahid Hamidi, Presiden UMNO pula terlalu gelabah, mahu menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Beliau kena menyokong Anwar, walau apa pun terjadi.

Najib pun sama.

Persetankan persefahaman yang ditandatangani antara Muhyiddin Yassin, Hadi Awang dan Zahid pada 9 Disember 2020 lalu. Bagi Zahid dan Najib untuk selamatkan diri, pengkhianatan tidak menjadi hal.

Persefahaman itu difahamkan mengenai kerjasama politik untuk kemelut Perak, tetapi dengan understanding satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN akan dibuat di peringkat nasional dengan teras tanpa Anwar tanpa DAP.

Bagi Zahid tiada erti talam pelbagai muka. Pengkhianatan tidak berkesudahan.

BebasNews difahamkan pada malam Khamis 10 Disember 2020, dua malam lepas, iaitu sehari selepas Persefahaman Politik BN-PN ditandatangani, hadir beberapa orang di sebuah rumah agam di Jalan U-Thant membincangkan satu rancangan besar, grand design bagi mengangkat Anwar sebagai PM Malaysia Ke-9!

Antara yang hadir kononnya, seorang kerabat Pahang, Najib, Zahid dan Anwar.

Difahamkan dalam pertemuan itu, Anwar maklum yang beliau sudah mempunyai Surat Akuan Sumpah (SD) daripada beberapa Ahli Parlimen PH yang menyokongnya menjadi PM.

Namun, Anwar memaklumkan jumlah SD belum mencukupi dan beliau memerlukan tambahan terutama daripada UMNO dan BN.

Najib kononnya memberitahu beliau sudah ada beberapa SD yang sudah ditandatangani oleh MP UMNO/BN iaitu: Najib, Zahid, Tajudin Rahman, Shahar Abdullah Paya Besar, Nizar Parit, Nazri Aziz, Bung Mukhtar, Ahmad Maslan, Richard Riot, Jazlan Machang, Mohamad Alamin (Kimanis) dan Mazlee Malik (keluar Pejuang dan kini calon Bebas sokong Anwar).

Kenyataan Najib itu kononnya disahkan oleh Zahid.

Mereka juga kononnya memberitahu boleh mendapatkan dalam 10 ke 15 lagi SD daripada MP UMNO/BN.

Dalam pertemuan itu, mereka juga dikatakan meminta Anwar supaya mendapatkan lagi sokongan tambahan terutamanya daripada MP Parti Warisan ataupun PBB di Sarawak.

BebasNews diberitahu kononnya Anwar melalui seorang runnernya sedang membuat kerja di Sabah untuk mendapatkan tandatangan SD itu.

Dalam pertemuan itu, kerabat Pahang itu pula kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan antara mereka dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hari Khamis 17 Disember 2020 sebelum YDPA berangkat ke UAE pada 18 atau 19 Disember 2020.

Namun BebasNews dimaklumkan, jika dokumentasi SD yg mencukupi dapat dibuat dalam sehari dua ini, kerabat itu kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan itu pada hari Isnin 14 Disember 2020.

Anwar menyatakan dia akan mengatur untuk membuat satu sidang media pada hari Isnin 14 Disember untuk mengumumkan (sekali lagi) dia mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik menjadi PM.

Lebih menarik lagi dalam pertemuan itu, kononnya disebut perancangan mereka apabila Anwar menjadi PM dan membentuk kerajaan iaitu:

Anwar akan menjadi PM, Najib akan dilantik sebagai Menteri Mentor; Zahid sebagai TPM 1; Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin pula akan dilantik sebagai TPM-2 mewakili Sabah/Sarawak.

Malah, kononnya lagi, kesemua kes-kes mahkamah berkaitan Najib, Zahid, kes-kes melibatkan 1MDB dan pimpinan UMNO dan BN akan dibatalkan.

Mereka juga kononnya bersetuju sebaik menjadi PM Anwar akan dengan serta-merta menamatkan perkhidmatan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Hakim Negara, Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Risikan ATM dan membuat lantikan baru.

Antara nama disebut akan menggantikan Peguam Negara adalah Tan Sri Dzulkifly Ahmad.

— BebasNews /sumber/
Selama ini beberapa kali MP Parit YB Nizar menafikan penglibatan beliau. Namun dalam politik seni seribu satu kemungkinan tidak menyebabkan seseorang itu bersih dan suci hanya dengan penafian. 
Nama lain seperti Aziz mamak MP Baling yang merupakan sekutu rapat bossLu, Hassan Ariffin MP Rompin dikatakan masih bersahabat baik dengan Anwar Aljub serta Tg KuLi Gua Musang yang mengambil sikap memulaukan pengundian Bajet kali ini juga di katakan akan menyumbang kepada kekurangan undi di pihak PN.
Namun nama seperti Shahar MP Paya Besar, Alamin MP Kimanis, Nizar, Bung Mokhtar masih kuat di perdebatkan sehingga kini sama ada  sudah bertukar arah, mengalih kasih sayang kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Apapun kita tunggu Isnin sama ada benar berlaku PC yang di katakan akan di lakukan oleh Aljub atau selewat lewatnya selasa apabila RUU Perbekalan 2021 & Anggaran Perbelanjaan 2021 (Bajet) akan dibacakan bagi kali ke 3 akan diluluskan atau sebaliknya.
Namun begitu ramai MP yang terlibat dengan kuarantin baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Tentu ia boleh menyebabkan Muhyiddin berpeluh dingin dengan keadaan mutakhir ini. Apa pun kita percaya semua pihak sedang mengatur langkah untuk mengekalkan kuasa masing masing. Menjaga kepentingan diri dan puak sendiri.
Soal rakyat dan negara?
Lu Fikir La Sendiri..!


13 ulasan:

  1. UMNO say No to DAP & Anwar

    tapi atok kata DAP okey...

    fakta link kat bawah ni haahhh..!!

    https://ismaweb.net/2020/05/19/berubah-pendirian-terhadap-dap-tun-m-bacul1/


    kikikiki.. orang lain salah atok buat tak salah...

    kepala bana lahh..

    #sukasakatatok

    BalasPadam
  2. Laaa...sana sini "Kononnya". Banyak sangat pengunaan perkataan "Kononnya".

    Nak memfitnah tak boleh sebab kerja2 fitnah ni hak milik Atok Kau.

    Maka paling selamat guna perkataan "Kononnya".

    Yang jelas usaha menghasut memburukkan imej pemimpin2 Umno makin hebat sebab pemimpin2 Umno tak hirau difitnah, tak gentar diugut dan tak mudah dibeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok perkataan konon nya tukar pada kontot nya

      amacam ok tak


      kikikiki..

      Padam
    2. Ntahnya..benda ntah betui or tak..tapi melompatnya kalah ungka..cit!

      Padam
  3. Umno jugak dicari. Umno jugak dimaki.

    BalasPadam
  4. Sekiranya Allah berkehendak Anwar jadi PM Malaysia...maka Anwar akan tetap jadi PM Malaysia. Jangan persalahkan sesiapa, jangan salahkan Umno.

    So pada waktu itu, sama2 lah kita siapkan popcorn ker, super ring ker.

    Kalau Anwar cepat, dapatlah kita saksikan Atoq Kau and the Gang busy turun naik. Kalau Anwar lambat, mungkin Atok Kau dah cabut lari balik kampung Kerala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Allah dah tetapkan bahawa seorang yang kaki liwat atau kaki memasukkan kotey nye ke jubur lelaki untuk jadi pm..apa boleh buat. Tunggu la isnin nanti.

      Padam
    2. ...namun TUSUKAN Haziq Aziz 4 Point tetap jadi PUJAAAANNNNN...kalau kalau kalau Allah swt...

      Padam
  5. Apa pun cerita disebalik SD SD ni ramai yang yakin dan percaya pru 15 ini adalah pertandingan tiga penjuru.Sebab ramai yang percaya BN akan kembali memegang kuasa.

    Pengalaman 22 bulan PH memerintah disambung pulak PN menghasilkan Malaysia haru biru.Sebab nya pucuk pimpinan PN yang memerintah hari ini adalah orang yang sama dalam PH hari itu.Mereka bukan membina negara tapi banyak yang merosakan.Terbukti kalimah popular"ini kali lah" sebelum pru 14 benar-benar membuahkan pengalaman yang perit kepada rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  6. Buang je makhluk2 melayu yang kakirompak , meliwat dari setiap parti. Maka akan wujud gabungan melayu islam raya. Bila kaki rasuah dia akan jadi kaki talam dua muka macam jawa sekor tu. Kahkahkah. Bila kaki jubur dia akan jadi penipu..mcm mana dia tipu bini dia..camtu jugak dia tipu rakyat.kahkahkah

    BalasPadam
  7. Dah melompat macam beruk ni napa admin oii?..

    BalasPadam
  8. Rupa nya susah nak tadbir negara ni tidak semudah bersyarah diatas pentas,apa lagi semudah keyboard warrior.Gila pada kuasa habis cara dilakukan untuk mendapatkan nya.Tapi bila orang bagi kuasa rupa nya macam kera mendapat bunga.Akhir nya rakyat yang menanggung.

    BalasPadam
  9. Astro Awani ni kroni atok punya company. Maka kroni atok pun mula terkinja kinja buat fitnah jijik sambil membatu api melaga lagakan sebabnya mudah jer. PejWang dan boboi dah dilupakan oleh rakyat.. maka nasib legasi haprak ini terumbang ambing utk dilupuskan

    Laporan yang mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh sokongan daripada 10 ahli parlimen Umno kini dinafikan sumber dalaman Pakatan Harapan (PH).

    Memetik individu yang tidak dinamakan Awani berkata dakwaan Anwar mendapat sokongan daripada tokoh kanan Umno termasuk Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi juga palsu.

    "Kami menafikan laporan berita itu. Maklumat berkenaan juga adalah palsu," petik portal berita berkenaan.

    Terdahulu portal berkenaan - juga memetik sumber tidak didedahkan - yang mendakwa Anwar bakal mendapatkan perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mempersembahkan perakuan bersumpah (SD) yang diperolehinya

    BalasPadam