Selasa, 1 Disember 2020

Parlimen Budak vs Budak Parlimen

 

Parlimen seharusnya berjalan tenang hari ini, buktinya Rang Undang Undang Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara telah berjaya di luluskan dengan majoriti mudah.

Kedua dua pihak berbahas dengan santai walaupun serius dengan sindiran sinis namun tetap meletakkan kepentingan negara utama dengan pelbagai cadangan dan penambahbaikan.

Berbeza apabila giliran Kementerian Perusahan Perladangan & Komoditi digulung oleh Timbalan Menterinya. Biasalah MP akan di provoke terutama oleh Teresa Cock bekas Menterinya.

Namun Willie MP Puncak Borneo seakan tidak berupaya menangani pelbagai desakan yang di buat oleh pihak pembangkang. Emosi beliau terganggu apabila mula menggelar MP lain sebagai 'budak'. Ianya sekali berlaku apabila membenarkan MP Muar mencelah dengan membenarkan 'budak handsome' untuk membuat pencelahan.

Speakar sebenarnya pun bengang dengan kenyataan Willie namun mahu meredakan keadaan dengan mengatakan bahawa ianya adalah gurauan.

Ketidakpuasan hati dan kekecohan terus berlaku apabila Speaker menangguhkan dewan bagi tujuan undian belah bahagian dilakukan. Ketika itu di lihat MP Puncak Borneo menunjukkan isyarat yang di dakwa oleh MP PH sebagai lucah dan biadap. Kelihatan juga MP Parit Sulong Dato Noraini Ahmad menyabarkan MP 'budak' Puncak Borneo tersebut.

Apabila diminta oleh Speakar untuk menjelaskan keadaan, MP budak Puncak Borneo mengatakan bahawa beliau tidak melakukan isyarat tersebut dan sekiranya MP Pembangkang beranggapan sedemikian, maka beliau memohon maaf.

Senang..! Tak gitu? Itu lah standart Ahli Parlimen yang kita ada sekarang ini. Ketika ada undian, masa itu lah dia jumpa doktor sakit bahu, yang Mahkamah pun boleh tangguh kes apa?

Nak pilih lagi ke jenis macam ni? Gemok sangat dah lembu lembu ni..! Cukup la..!

Lu Fikir La Sendiri..!

4 ulasan:

  1. Kampung Kastam Bossku vs Kg Buah Pala Bang Non di Pulau Pinang. Jangan kata kami tak payong..!!

    fakta link kat bawah sanun

    Kg Kastam di Pulau Pinang Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berusaha menunaikan janji yang telah dibuat.

    Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia tetap ingat janji-janji yang diikrarkan kepada rakyat ketika menjawat jawatan perdana menteri sebelum inii. Dan selepas tidak lagi mempunyai kuasa sebagai perdana menteri, beliau tetap berusaha bersuara agar apa yang dijanjikan dapat ditunaikan kepada rakyat.

    Antara janjinya termasuk kepada 15 keluarga Kampung Kastam, Pulau Pinang yang diancam pengusiran daripada pihak pemaju.

    “Saya pernah memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan setiap ahli keluarga Kg Kastam akan dipenuhi dan terjamin. Saya tidak lupa. Saya cuba berusaha.

    “Alhamdulillah, dapat juga hari ini. Saya serahkan cek pampasan berjumlah RM70,000 kepada setiap 15 keluarga Kg Kastam. Semoga dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para penduduk. Najib janji, Najib akan tepati janji,” kata Bossku.

    Kampung Buah Pala - Aljub buat apa..!?

    Kg Buah Pala Anwar Ibrahim kata berikan saya 2 minggu, bukan 2 bolan atau 2 tahun, saya janji dalam masa 2 minggu masalah penduduk Kg Pala selesai.

    link video bawah ni haah tonton dan hadam

    https://youtu.be/FcN6XMU8UGw

    No wonder Bajet 2021 PN(5) vs PH(0) tak ada bilangan menipu membohong tak abis abis..!!

    BalasPadam
  2. Nasib baik la ada lagi Najib Razak...
    Kalau tidak, habisla semua rakyat Malaysia terus kena tipu dan kencing...
    Dari sblm pru 14 dan mungkin ke pru15..
    Dari konon negara yg dah bangkrap hingga konon hutang 1 trillion..
    Buat fitnah dan konspirasi sana sini....
    Harap dlm pru15 nnt , rakyat majoriti dah sedar....siapa perompak sebenar...
    Dan siapa penjahanam negara yg sebenar...


    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah dah putuskan. Dah tahu siapa perompak sebenar. Yang majoriti dah lama sedar, yang minoriti mash lagi dalam alam fantasi

      Padam
  3. Mahkamah rayuan akan putuskan insyallah tidak bersalah.. mcm bang non dulu mula x salah masuk peguam Shafie Abullah terbongkar hal 4cm punya citer dan didapati bersalah..

    insyallah semua akan nyata nnti

    BalasPadam