Sabtu, 5 Disember 2020

PANAS ~ Udah Jerombab Yop...Ater..!


Telah diperingatkan di dalam posting terdahulu meniti-berhati-hati. bahawa apa jua tindakan akan segera memberikan kesan. Lebih lagi dalam kerapuhan kerajaan PN hari ini tentu ia bakal mengundang apa jua suasana. Hakikatnya pagi semalam MB Perak udah jerombab yop. Undi percaya udah jadi undi bencana. 48 dari 59 ADUN menolak memberikan kepercayaan mereka kepada MB.

Itu dahsyatnya pemimpin PAS, dia boleh buat patuwa ikut selera.

Pagi ini 3 pemimpin parti akan mengadap Paduka Tuanku Sultan Perak Raja Nazrin di istana. Apa hasilnya kita nantikan bersama.

Cuma musykilnya ialah kenyataan Nazri yang mengakui akan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Peja sejak 2 bulan lepas. Marah kerana Peja tidak berunding dengan UMNO untuk melantik Supolnya selain perlantikan politik di dalam negeri yang menimbulkan rasa tidak senang kepimpinan UMNO katanya.

Namun begitu tindakan semalam dan seruan Nazri akan perlunya wujud kerjasama UMNO dan PKR serta Amanah apakah tidak bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO sendiri.

Bukan kah selama ini UMNO la yang menempelak PKR bahawa perjuangan mereka hanya berkiblatkan Anwar Aljuburi. UMNO lah yang bercerita seantero dunia bahawa PKR itu Anwar dan Anwar itu PKR. Perjuangan hanya untuk peribadi sorang manusia  sonsang dengan dunia di luar tabie. Sementara Amanah pula ialah Biro Melayu di dalam DAP. Amanah ditubuhkan oleh DAP untuk memecahkan PAS. Mat Sabun@laki Normah hanya budak suruhan Guan Eng yang setia dan taat menjilat kaki. Bukan kah itu nyanyian demi nyanyian yang di kumandangkan oleh pemimpin UMNO termasuk Nazri.

Lebih heran bin ajaib Perak ialah negeri Presiden parti. Baru seminggu lebih bermesyuarat di PWTC, antara lain ialah mengisi kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. ADUN Rungkup YB Shahrul adalah timbalan kepada Zahid di bahagian sendiri. Takkan Zahid tak tahu atau tak ambil peduli atau memang sudah tidak di perlukan lagi?


Kelakarya pula apabila Mad Maslan mengeluarkan surat di atas tu. Nak kekal kerajaan PN macam mana kalau mereka di Perak kata di Perak lain, di Pusat lain. Udah mike buang MB habis la semua EXCO hilang kerusi. Itu undang undang Tubuh Negeri. Udah MB dan EXCO tidak mendapat mandat tentu lah berubah tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Rakyat dari semalam turut sama melontarkan soalan apakah sebenarnya permainan pemimpin UMNO ni? Di Pusat selama 2 minggu ni bukan main bersilat di Parlimen untuk mengekalkan kerajaan PN yang tentunya menyelamatkan Perdana Menteri tapi di negeri buat kira kira sendiri.

PAS pulak macam berlari nampak hantu di malam hari, bukan main cepat berikrar janji, lembut gigi dari gusi. Itu pun UMNO nak cium mulut dan main geli geli? 

PAS tak pernah dapat jadi Menteri. PAS tak pernah rasa nikmat sebegini. Takkan la lebai PAS nak lepas jawatan yang dulu dia kata duniawi duniawi, nak kena pelangkung dengan bini..! abis...MN ada  ke lagi???

Itu PAS satu hal, tapi pemimpin UMNO yang banyak hal ni apa pulak ceritanya? Ahli UMNO dah mula bersuara nyaring apabila melihat kerenah pemimpin UMNO yang berkepentingan diri merosakkan parti dengan berbuat sesuka hati.

Rupanya gerak kerja Aljuburi tak berhenti lagi. Patut lah banyak pertemuan di buat sana sini. Pemimpin UMNO yang menyokong Anwar pun dah semakin berisi dan mula berani. Perjumpaan di Publika dengan kepimpinan Pemuda hari tu pun terbukti bahawa gerakan untuk menaikkan Anwar ALjuburi sebagai PM sedang giat di atur dan di susun rapi. Itu sebab mereka perlukan BNBBC sebagai kuda tunggangan dan alat untuk berkumpul bagi menutup jejak supaya tak disedari.

Puak penjilat Anwar Aljuburi dari semalam berkata bahawa Perak sebagai permulaan sebelum ke Putrajaya. Mereka berkata begitu kerana mereka tahu ada pemimpin UMNO yang sedang melacurkan diri sekaligus melelong parti untuk kepentingan sesama sendiri.

UMNO ni parti keramat, lahirnya untuk menyelamat bangsa dari dijajah agar tidak terus merempat, arah tuju nya jelas bermatlamat, meninggikan syiar memartabat umat, membangun bangsa supaya terus terhormat, hidup bernegara, makmur, aman dan selamat.

Siapa jua yang mengkhianati perjuangan suci, tak pernah sekali berjaya jauh sekali diberkati, sejarahnya ramai pun yang dah masuk ke kandang besi, menangis merintih dah tak berlagu lagi. Kenapa? kerana angkara durjana dek perbuatan sendiri..!

Lu Fikir La Sendiri..!

24 ulasan:

  1. Pemimpin Umno dan haloba kuasa.. terpisah tiada... buat PAS dan Bersatu harap kenali Umno dgn lbh mendalam lg.

    BalasPadam
  2. UMNO pun dah pandai ikut rentak atok.

    UMNO tetap nak bersama PN.

    UMNO akan kata Bukan Salah UMNO.. ini salah MB Perak... macam kata atok atok dolu..

    Buku penipu pembelit atok dah sampai kulit buku terakhir.

    Ilmu penipu pembelit atok UMNO dah khatam sumanya.

    BalasPadam
  3. Pengalaman mengurus dan mentadbir sangatlah penting kepada sesebuah kerajaan.Kerajaan tanpa Umno sebagai dominasi nya memang haru biru kerana parti yang memegang kuasa apabila menang pilihan raya tapi lemah dalam menguruskan kemenangan yang diberi akan membawa negara ke jurang yang merbahaya.

    BalasPadam
  4. Bersatu, umno atau pas sama saja. Semua melayu al Korupsi.

    BalasPadam
  5. Dendam Politik? Mari saya ceritakan apa itu ‘Dendam Politik DAP’ – Bossku

    Bossku tak faham kenapa ada yang tuduh UMNO gabung dengan DAP padahal UMNO adalah satu-satunya parti dalam kerajaan pemerintah hari ini yang tidak pernah ada sejarah berpakat dengan DAP.

    Yang paling kuat diserang DAP tiap-tiap hari, UMNO dan Najib.

    Yang paling kuat menyerang DAP tiap-hari pula, UMNO dan Najib.

    Yang paling kuat u-turn dulu kata DAP rasis dan jilat kahak balik kata DAP okey ialah Tun Mahathir

    Tapi UMNO dan Najib pula dituduh bergabung dengan DAP?

    Undi hari ini adalah keputusan UMNO Perak. Jika seorang dari geng PH tak undi pun dan berkecuali, MB Perak juga akan kalah dari segi jumlah undi dari ADUN-ADUN UMNO.

    Tapi tidak mungkin ADUN-ADUN PH akan berkecuali dan tidak mungkin mereka akan undi sokong pada Peja – tak kira siapa atau parti apa yang usulkan undi percaya.

    Najib Razak

    BalasPadam
  6. Game di Perak adalah game yang selalu dimainkan oleh Tun masa berkuasa. Sekarang UMNO guna game atok umtuk tengok sapa yang kr longkang. Yg pasti PejWang yg belom didaftarkan akan masuk longkang jamban terlebih awal.

    Atok ini semua ajaran atok.

    Lu fikir lah sendiri.

    BalasPadam
  7. Adakah ini "tanda tanda besar" akan runtuhnya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin@Tun di Pusat???

    PAS seawalnya telah menyatakan tidak akan menyertai Kerajaan yang bakal dibentuk nanti.

    Tetapi adakah parti Bersatu juga akan mengikut jejak PAS untuk tidak bersama UMNO membentuk Kerajaan baru Perak???

    Walaupun UMNO memiliki kerusi terbanyak di DUN Perak namun untuk membentuk Kerajaan, UMNO masih kekurangan kerusi. Apa solusinya?

    Adakah AMANAH ,PKR mahupun DAP akan "menghulur" kerusi mereka bagi mencukupkan korum bagi membentuk Kerajaan???

    kikikiki

    Disinilah ketulusan serta keikhlasan Bersatu @ PPBM dan PAS akan teruji dengan janji yang didendang terhadap UMNO.

    Menyokong atau sebaliknya???

    Percaturan akhir ini sangat menarik untuk di ikuti.

    Kalau sebelum ini hanya BN dan UMNO diuji akan kesetiaaanya, tetapi ,kini, PAS dan PPBM Mahyuddin@Atok pula sedang diuji akan keluhuran niatnya pula.

    Paku dulang paku serpih ngata orang kau yg lebih.

    Tunggu keikhlasan kerajaan Muhyiddin@ Atok bertindak..

    Nampak gaya lagi cepat ke laut dalam Parti PejWang kali ini!!

    lu fikir lah sendiri..!!

    kikikiki..

    BalasPadam
  8. Hari ini agensi antarabangsa Fitch telah menurunkan penarafan Malaysia dari A ke B.Kesan negetif nya sangat besar kepada Malaysia apabila ramai pelabur asing akan memulaukan Malaysia.Oleh itu pertumbuhan ekonomi menjadi sukar untuk berkembang.

    Bukan itu saja kos bagi pinjaman luar Malaysia juga akan meningkat apabila interes akan dikenakan lebih tinggi kerana taraf B dianggap sebagai negara berrisiko.Ini lah bahana nya dari keputusan pru 14 apabila parti yang bukan ahli dalam pentadbiran diberi kuasa oleh pengundi untuk mentadbir negara.

    Keadaan akan menjadi lebih parah jika tindakan Fitch ini akan diikuti sama oleh dua lagi agensi penarafan iaitu Moody dan Standard and Poor.Jika mereka melakukan tindakan yang sama taraf Malaysia seolah-olah akan menjadi sama dengan negara-negara Afrika.

    Akhirnya usaha gigih kerajaan dulu-dulu untuk menaikkan status kehidupan rakyat dan negara telah menjadi sia-sia disebabkan silapnya tangan yang memangkah.

    BalasPadam
  9. Yang menarik nya sebaik keputusan pru 14 Najib terus dihalang dari meninggalkan Malaysia.Passport nya pun lalu dirampas.Wow bukan main ganas atok.Tapi hari ini bukan setakat Najib yang tak boleh keluar bahkan hampir semua orang pun tak boleh lagi keluar....Atok apa lah lagi.Mungkin ini bukan berkait sumpah laknat Najib kot tapi kebetulan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar..kena syukur. Lepas ni tak boleh keluar area sg buloh pulak. Bini dia sekali. Berkait sumpah laknat jugak ni. Sabar. Kahkahkah

      Padam
  10. Memang patut CEO KWSP lantikan PH@Tun dilucut jawatan

    I-Sinar : Bukan syarat tapi kriteria sahaja – CEO KWSP

    Satu soalan dari moderator yang menarik perhatian Bossku. Bunyinya lebih kurang macam ni:

    Moderator: Kenapa perlu ada syarat nak keluar akaun 1? Sedangkan duit itu adalah duit ahli yang mencarum?

    Jawapan CEO KWSP: Mana ada syarat..Itu KRITERIA saja. Bukan syarat..!!

    Kriteria dan syarat ada beza ke..!? Ceciter..!?

    Makan gaji buto CEO yg ada pertalian Daim ni

    BalasPadam
  11. Johor: Pihak kerajaan akan tewas jika 2 Adun berkecuali atau tidak hadir atau
    boikot boleh berlaku di sidang DUN Johor esok

    Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor kini kembali hangat diperkatakan selepas apa yang berlaku semalam di Dun Perak yang telah melakukan pengundian percaya kepada Menteri Besar (MB) di Perak.

    Mengulas perkara itu, Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain telah menggambarkan bahawa sidang Dun di Johor Ahad ini berkemungkinan boleh berlaku boikot di kalangan Adun kerajaan.

    Jelasnya, Dun Johor yang mempunyai majoriti yang terlalu tipis itu adalah ruang dan peluang kepada mana-mana pihak untuk menunjukkan sikap menentang selepas apa yang berlaku di Perak.

    BalasPadam
  12. Takut ke jawatan Menteri hilang dari genggaman kot Annuar Musa nih.!!

    Yang hilang kuasa adalah Bersatu .

    Adakah parti BN yang lingkup di Perak?

    Yang dapat nyawa UMNO' bukannya BN , tetapi kenapa pulak Setiausaha BN yang kepanasan dan bukannya Setiausaha UMNO?

    Oooh..mungkin Annuar Musa takut kot !!!

    Takut penyakit hilang sokongan dari UMNO kepada PN...takut jawatan Menteri hilang!!!

    Memang standard "die hard" punya macai Annuar Musa ni.

    Benih menetas dalam UMNO tetapi kiblat' tetap kat Muhyiddin.dan PN...

    Peergh...bahaya orang macam ni!!!

    Specis Kelantan ni..bahaya!!!..macam Tok Pa gak..mainnya.

    Gergaji dua mata..kiri kanan makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia takut bendera umno ada roket ganti keris. Mari kita umno dan dap bermaafan. Akhirnya berjaya kita jatuhkan PN diperak. PN tidak perjuangkan melayu islam. Umno dap pkr amanah yg lebih layak perjuangkan melayu cina.

      Padam
  13. Kalau UMNO dan DAP PKR bergabung dah lingkup kerajaan PN ni...!?

    Atok, Daim, Rafidah, Boboi Mokhzani Mirzan dab lama ke dalam...

    UMNO masih mantap dan tahu harga diri bukan macam Tun hingga jilat kahak DAP balik semula...

    Lu fikir lah sendiri

    BalasPadam
  14. Sabarrr n tunggu.. Umno + pH mungkin terjadi=masyarakat berbilang kaum bersatu padu

    BalasPadam
  15. Bayangkanlah umno + pH bergabung peringkat pusat.. Perhhh insyaallah Malaysia maju Jaya.. Tun kin bersara terus kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn tunggu lama. Minggu depan pun boleh kejasama. Akar umbi umno memang dah lama tunggu pkr dan dap. Presiden umno dn dsnr pun dah sign sokong pkr. Sebenarnya la kan..pkr dap ph ni bagus. Ph bijak. Insyaallah umno akan jadi kerajaan terunggul semula dgn adanya ph.

      Padam
    2. ayat batu api jenis memujuk.. boleh tahan power batu api nih.!!

      Padam
  16. Klu

    UMNO + DAP + PKR = Atok + Daim + Azmin + Sg Buloh.




    lu fikir sendiri

    BalasPadam
  17. Apakah UMNO Perak menunjukkan dia "main kayu tiga" dengan PH. Siapakah mentor umno Perak dalam isu.

    Nampakmya pemimpin Perak juga memiliki perangai yang ada persamaan dengan pemimpin utama dari Utara Semenanjung Malaya iaitu Negeri Kedah Lama.

    Ada pulau gadai, ada tanah jual ada akidah iman gadai dng COMANGO Pluralist Syiah. Semua nak digadai demi kuasa.

    Tak pelik kenyataan Anuar Musa yg telah di label oleh sebahagian umno sebagai agen PN tetapi ia datang dari timbalan Presiden umno Datuk Mat Hasan.

    Perak menghadapi krisis Menyeri Besar yang hilang keyakinan dari usul percaya sekutunya. Lebih menarik sekutu yg mengusulkan undi percaya itu sendiri tidak percaya termasuk pengusul dan penyokong usul. Kan lebih senang kalau di sebut usul tidak percaya.

    Kita tidak tahu apa "sembang belakang" antara umno dan PH. Wakil PH mengesahkan perbincangan itu beberapa kali.

    Apakah umno Perak menunjukkan dia "main kayu tiga" dengan PH. Siapakah mentor umno Perak dalam isu ini?

    PAS, UMNO dan PPBM pastinya perlu berbincang mencatur dan mengatur. Domino di Perak akan sampai seluruh negara.

    Agak terkejut dengan kenyataan beberapa pemimpin tinggi Umno bahawa move DUN Perak tidak di bincangkan di peringkat tertinggi.

    Membawa mana mana kompenan PH ke dalam kerajaan adalah mengembalikan kuasa kepada DAP melalui hidden hand seperti kerajaan Nizar dulu. Zaman Nizar Tanah Kaum Cina diberi hingga 999 tahun. Gadai terus namanya itu.

    Masa akan menentukan samada Umno yg sedang bergelut merebut kerusi MB hantar tiga pemimpin mereka mengkhianati harapan ummat islam dan bangsa melayu atau sebaliknya. Adakah pemimpin Perak ada ciri ciri pemimpin utama Utara Semenanjung Malaya.!?

    Fakta nya banyak Pemimpin Utara mengadai segala yang ada demi tamakkan kuasa.

    BalasPadam