Rabu, 16 Disember 2020

Anwar Mohon Masuk Penjara..?

 

Alhamdulilah...urusan kerajaan dalam mempastikan kehidupan rakyat terjaga dan terbela di samping pelbagai pembangunan yang di rancang akan dapat dilaksana dengan kelulusan Bajet 2021 semalam.

Jelas bahawa, ketaatan kepada Titah SPB YDPA juga dapat dibuktikan sekali gus menjaga maruah Institusi Beraja. 

Anwar kalah dan Muhyiddin kekal PM. Cukup dulu buat masa ini. Buat kerja bantu rakyat dan bangunkan negara. 

Lepas ni masuk PRU bergasak la. Rakyat muak dengan politik sempit yang hanya berkisar kepada siapa yang layak bergelar PM. Tunggu PRU, kita saksikan siapa sebenarnya yang layak dan benar benar rakyat mahukan.

Ujian keyakinan: Muhyiddin berjaya, mampukah Anwar?

Pada 23 September, presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa bahawa dia telah memperoleh sokongan ahli parlimen yang "kuat dan meyakinkan".

Ramai yang dilihat tidak yakin dengan dakwaan itu, memandangkan barisan pembangkang sendiri berpecah, yang seterusnya menimbulkan spekulasi bahawa Anwar harus bergantung pada sokongan beberapa ahli parlimen Umno sekiranya dakwaannya benar.

Dalam situasi ini, tumpuan orang ramai terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 adalah apakah Anwar akan menggunakan Parlimen sebagai pentas untuk akhirnya membuktikan sokongan yang dimilikinya, seperti yang dilakukan di Perak.

Terdapat ketegangan ketika Anwar, sebagai pemimpin pembangkang, memerintahkan ahli parlimen Pakatan Harapan untuk tidak melakukan undi belah bahagi di peringkat dasar, menyebabkan banyak anggota parlimen dikecam.

Ketika undian peringkat jawatankuasa pula, beberapa anggota parlimen kerajaan tidak hadir, yang menimbulkan spekulasi kemungkinan mereka akan beralih sokongan.

Ketika RUU itu dibawa ke bacaan ketiga dan terakhir hari ini, 111 daripada 220 ahli parlimen, atau 50.45 peratus menyokong.

Di pihak pembangkang, 108 anggota parlimen membantah. Ini adalah jumlah undi tertinggi dimiliki pembangkan sepanjang pembentangan Belanjawan 2021.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) tidak hadir semasa pengundian.

Kini, setelah Belanjawan PN berjaya melepasi undian, kredibiliti Anwar mula dipersoal kemungkinan akan menyebabkan pembangkang mempertikai sama ada dia masih layak memimpin barisan pembangkang.

Ujian keyakinan pada Anwar

Setelah memerintahkan anggota parlimen pembangkang untuk tidak menyokong undi belah bahagi di peringkat awal, ahli parlimen yang marah berdepan dengan Anwar. 

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan secara sukarela menawarkan diri untuk mengundurkan diri sebagai ketua pembangkang jika dia tidak dapat membuktikan majoriti.

Tarikh akhir untuk Anwar membuktikan majoriti tamat dua minggu lalu. Namun, tidak jelas apakah tawaran meletakkan jawatan itu dianggap serius.

Mereka yang tidak tahu mengenai tawaran peletakan jawatan Anwar dalam pertemuan itu mengatakan bahawa beberapa ahli parlimen telah berusaha meyakinkannya sebaliknya.

Jawatan ketua pembangkang dianggap penting. Ia dinyatakan dalam Aturan Mesyuarat 4A. Parlimen memberi pejabat dan kakitangan untuk ketua pembangkang, yang tugasnya adalah untuk menyelaraskan pembangkang bagi agar dapat menyediakan semak dan imbang yang mencukupi.

Walaupun kebanyakan tidak menyangka Anwar akan berjaya membuktikan majoriti, dakwaannya yang dibuat secara terbuka - masing-masing pada 23 September dan 13 Oktober - telah menimbulkan keraguan sama ada Anwar mempunyai kredibiliti untuk memegang jawatan ketua pembangkang.

Ahli Parlimen boleh memilih pemimpin pembangkang baru jika mereka mahu, sebelum parlimen ditangguhkan pada hari Khamis.

Kegagalan Anwar membuktikan majoriti juga mungkin menyebabkan dia dicabar sebagai presiden PKR ketika pemilihan parti itu diadakan tahun depan.

Pada 2018, Anwar memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding walaupun kubu lawan yang diketuai oleh timbalannya ketika itu, Mohamed Azmin Ali menyapu sebahagian besar jawatan.

Sesiapa yang dilantik sebagai presiden PKR berikutnya akan mempunyai kawalan ke atas blok kedua terbesar di bangku pembangkang dan akan diberi nama sebagai calon perdana menteri ketika pilihan raya akan datang.

PKR ketika ini tidak kekurangan calon pengganti, seperti naib presiden Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung Saifuddin Nasution.

Muhyiddin selamat

Bagi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kemenangannya dalam meluluskan belanjawan hari ini, walaupun tipis, akan memberi sedikit ruang untuk bernafas, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

Ini kerana sebarang percubaan untuk menyingkirkannya, paling tidak pada tahun berikutnya, tidak lagi dapat dilakukan melalui Dewan Rakyat.

Parlimen tidak perlu bersidang hingga April, dan ketika itu terjadi, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun telah menjelaskan bahawa dia tidak akan membiarkan usul undi percaya Muhyiddin dibentangkan jika tidak disokong oleh kerajaan.

Ini bermakna satu-satunya cara untuk mengalahkan Muhyiddin di Dewan Rakyat adalah melalui undi belanjawan dan yang berikutnya, paling awal, adalah pada Oktober 2021.

Belanjawan tersebut dianggap sebagai undi keyakinan kerana kerajaan tidak akan dapat berfungsi jika peruntukannya tidak dipersetujui.

Setelah berbulan-bulan berusaha menangkis ancaman Anwar untuk menyingkirkannya sebagai perdana menteri, tumpuan kini kembali pada Anwar sama ada dia akan mampu melepasi ujian keyakinan daripada pembangkang.

Namun, Muhyiddin belum sepenuhnya boleh menarik nafas lega. Dengan hanya 111 ahli parlimen yang menyokongnya, dengan hanya dua ahli parlimen beralih sokongan, sudah cukup menjatuhkan kerajaan.

Gerakan politik seperti itu perlu mempunyai akuan bersumpah dan mampu meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong.

Pada masa itu, pilihan raya umum mungkin telah diadakan.

Muhyiddin telah menyatakan bahawa dia merancang untuk mengadakan pilihan raya umum segera setelah pandemik Covid-19 reda dan penduduk Malaysia diharapkan akan diberi vaksin seawal Februari tahun depan.

sumber

Bagi mempastikan Aljub tak terus gila. Bagi menghindarkan rakyat negara ni dari terus sakit kepala melihat politik berebut kuasa sesama mereka, maka adalah lebih elok sementara menunggu PRU15 Aljub mohon berehat di tempat lama. 

Tempat yang dia selesa, dan pastinya bukan sahaja Aljub malah negara juga aman dengan ketiadaannya di persada politik negara.

Mana? Lu Fikir La Sendiri..!

11 ulasan:

  1. Dari dolu lagi gua dah tulis jangan lantik pemimpin utama dari Utara... demi kuasa wang ringgit pemimpin utama sesebuah parti akan gadai semua prinsip jilat kahak....

    Ada pulau bagi kat Lee Kwan Yew dan Francis Light

    Ada akidah iman gadai dng pluralisma agama dan jafi barua COMANGO lisbo seksuality merdeka angkat plakad anak beranak lagi

    Terbaru Tun tunggu nak mati jadi barua DAP akhirnya . Jadi barua DAP bermakna jadi barua Lee Kwan Yew Singapork.. Tun kata DAP okey . Link kat bawah ni haah

    https://ismaweb.net/2020/05/19/berubah-pendirian-terhadap-dap-tun-m-bacul1/

    Walaupun Najib berhadapan kes mahkamah tak semudah itu bossku dimakan diumpan dibeli dan digula gulakan oleh DAP. Kes MB Perak macamana bossku mainkan Proksi Tun@Peja, DAP dan PKR.

    DAP pun bodo ingat bole makan bossku... tak mcm atok kau bodoh jadi barua DAP... Kat sini dah nnpk Najib berjaya malu kan Tun dan DAP

    Dari dulu dah pesan pemimpin utama parti dari Utara memang tak guna gadai prinsip demi kuasa.

    Inikah yang diterkinja kinjakan oleh walaun yang orang tua tu dikatakan berprinsip..!?

    Contoh depan bijik mata walaun Tun akhir hayat melutut jadi barua DAP@ Lee Kwan Yew.

    lu fikir lah sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa ingat lu sudah mabuk todi la bro...ataupun lupa makan ubat....lu takyah fikir lah....otak kat bontot

      Padam
  2. Syabas BN walaupun banyak perkara yang anda tidak senang dengan kerajaan PN tapi demi kelangsungan hidup rakya di masa yang amat kritikal ini anda-anda semua tetap menyokong budget.

    Sebagai parti yang sangat berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran anda sangat tahu akan kesan besarnya jika gagal dan hakikat ini telah diterjemahkan dalam pengundian budget semalam dengan anda menyokong nya.Saya berbangga dengan anda semua walaupun sebelum ini saya tidak pernah menyokong anda.

    BalasPadam
  3. Puak Otai Reformasi nak sedapkan ati macam macam depa ckp pasal Bajet 2021... fakta mme Bang Non ada nombor sapa kata tak ada nombor... cuma nombor tak cukup...

    masa pak lah jadi PM bang non kata ada nombor jugak sampai carik nombor ke Taiwan... tapi ada nombor jugak tapi nombor tak cukup..

    mcm atok sidang akhbar ari tu dng KuLi dia kata PN tumbang sbb dia ada nombor jugak.. cuma nombor tak cukup kikiki

    bodoo bodoo..

    kikikiki... haahh tepokkk utk diri sindri bagi nk sedapkan ati kau orang


    kikiki

    BalasPadam
  4. Hari ini nampak Umno/BN memang pegang pada prinsip dan boleh dipercayai.Itu sebagai mana mereke sebut diawal-awal penubuhan iaitu menyokong kerajaan PN sehingga pru 15.Walaupun berpeluang menumbangkan kerajaan tapi mereka tidak melakukan.

    Tapi walaupun begitu ada desas-desus mengatakan pembahagian kerusi untuk pru 15 hanya melibatkan mereka dengan Pas sahaja.Kalau ya memang itu lah yang terbaik.

    BalasPadam
  5. Pesanan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz kepada Melayu.

    Antara bait kata ringkas tapi penuh makna dari beliau yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan tauladan ;

    “Rajin bekerja, Rajin bercakap” – bagus

    “Rajin bekerja, malas bercakap” – kena buli

    “Malas bekerja, Rajin bercakap” – wayang cina

    “Malas bekerja, malas bercakap” – tak guna

    “Malas bekerja, suka mengadu” – lalat hijau

    “Malas bekerja, suka ponteng” – lebih baik berhenti

    “Malas bekerja, suka termenung" – lebih baik mati

    "Itu bukan salah saya, itu salah Najib" - Tun Mahathir

    Selamat tinggal permata negara. Hilangnya seorang ilmuan dan tokoh pendidikan negara.

    Hadirmu satu dalam sejuta, pergimu tiada pengganti.

    BalasPadam
  6. Pergi ke SOGO nak beli kasut
    SOGO tutup...kah kah kah

    Sampai SOGO nak tengok kasut
    Kasut tak ada... kah kah kah

    Gi Sidang Parlimen Bawak Nombor
    Nombor tak cukup..kah kah kah


    kikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bwk ke magnum 4D jer..
      Kah kah kah
      Mimpi basah bang non...

      Padam
  7. sama saja puak aornag siasah ni
    ada kuasa leka nak jaga hak bangsa
    nak jaga hak bm
    gagalll

    tengok nama tempat bangunan taman perumahan dll bnayak yang guna bahasa penjajah

    bnagga ngan bahasa penjajah kata dah puluhan tahun medeka
    macam cilako jugok

    BalasPadam