Isnin, 14 Disember 2020

Anwar/Najib ~ Siapa Tunggang Siapa..?

 

Anwar tunggang Najib - Najib kuda Anwar..! Hakikatnya rakyat dan negara ini tidak seharusnya terjerat dengan permainan politik sempit kedua dua mereka. Cukup la Anwar. Sudah la Najib.

Takkan nak tulis BIJAN/RAWNA baru faham? mungkin orang Kuala Nerang faham la kan..?

Dah terlalu banyak kerosakan yang mereka berdua ni buat. Banyak dah yang bukan bukan keduanya lakukan. Kedua duanya ada satu persamaan. Iaitu ada kuda belang. Ada pentaksub gila. Ada mahachai yang buta hati, buta akal pertimbangan hanya kerana ketaksuban yang maha melampau.

Kesannya rakyat dan negara rosak pun mereka tak peduli.


Waktu Najib memerintah dulu siapa yang tak tahu bagaimana berkuasanya Najib dan bini menentukan perjalanan kerajaan. Sekarang ni uruskan lah masaalah yang membelit leher keduanya, jangan di heret lagi rakyat dan negara ini ke kancah yang memalukan negara. Kita doakan kedua laki bini ni 'selamat' dan terus menikmati udara segar untuk dihirup. Jangan sebok dengan parti, rakyat dan negara.

Bagi Anwar Aljuburi, sebagai calon PM paling lama dalam dunia pasti tidak akan memberhentikan Aljub untuk terus menggasak, mendesak dan menggunakan apa jua peluang untuk mencapai cita citanya. Aljub tahu jika persidadangan dewan rakyat hari ini dan esok yang hanya berbaki 4 hari ini tidak dilakukan sesuatu pasti peluang malapnya akan terus kelam dan kusam. 

Matlamat mesti mengahalalkan cara, apa jua mesti di lakukan. Ingat tuhan sikit brother. Setakat ini tuhan tak restu lagi apa yang kamu rancangkan. Cuba fahamkan apa yang di tulis oleh Tun Hanif di bawah ni..ingat balik dan fikir fikir kan la.

Daripada: *Tun Hanif Omar* Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan

*1. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar_ luangkan lah sedikit masa membaca tulisan saya ini.*
*Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP 'forward'lah kepada mereka.*

*2. Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa ahli parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdan Menteri.* 

*Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.*
*Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.*

*3. Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwat nya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik.*

*"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."*

*Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010.* 

*4. Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat- sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar?*

*5. Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini.*
*Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? Sudah hilang pertimbangan agama ke?*

*6. Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri.* 

*Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?*
*Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik?* 
*Ingat lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia.*

*7. Saya juga telah berulang- ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk.* *Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?*

*Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang 'rakan-rakan' asing Anwar bertakhta di negara ini.*

*8. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai.* 
*Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu 'membakulsampahkan' ketuanan Melayu. Jangan LUPA!*

*9. Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.* 

*10. Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukan lah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Dajjal.*
*Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar.*

*11. Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu.*

*12. Insyallah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang, jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka- muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.*


Ini tulisan *Tun Hanif Omar*
Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan

Dua dua ekor ni akan terus berusaha, kita sebagai rakyat juga berusaha dan berdoa agar anasir jahat tidak terus membelenggu negara. Kita mahukan kerajaan yang stabil dan bertanggungjawab. InsyaAllah apabila PRU di adakan nanti rakyat akan memilih dengan bijaksana akan kerajaan yang seharusnya di angkat untuk mengemudi negara.

Kerajaan yang bersih dan ikhlas dalam menentukan hala tuju rakyat dan negara terus dipelihara dan berdaulat.

Siapa jua yang terpalit dengan kedua mereka ni perlu ditolak dan di humban jauh dari pesada koridor kuasa pemerintah. Jangan di beri peluang untuk mereka kembali menjajah. Sesungguhnya kita sebagai rakyat negara ini bermaruah dan merdeka. 

Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri..!

31 ulasan:

  1. Kalau hendak diceritakan akan keanihan yang berlaku ini, pasti ramai yang akan menolaknya. Kerana cerita atau alasan kejadian yang besar besar ini berlaku hanya telah ditulis didalam.kitab kitab lama atau yang terdahulu saja.

    Bagi mereka yang mengkaji, inshaallah, mereka pasti tahu apa maknanya.

    Kepada semua, ambil perhatian!!!!

    Bermula dari 14hb Disember 2020 sehingga 27hb December.. nantikan!!!!

    Bergegar kah dunia????

    Utara, Selatan, Barat dan Timur'!!!

    Demi Tursina!!!!

    Inshallah, ini adalah peringatan !!!


    Semua muausia di setiap inci bumi semuanya bakal terkesan.

    BalasPadam
  2. Takde pun dimana-mana perenggan mantan KPN menyebut nama Najib diantara yang menyokong Anwar.

    Yang disebutkan *1. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar...

    Aiseyman....admin ni pun nak jugak buat kerja fitnah dan tohmah. Buat kerja menghasut membatu api je la. Biarlah Atoq Kau je yang buat kerja fitnah-memfitnah.

    BalasPadam
  3. Selagi puak walaun tak puas hati nak laga laga dan fitnah membatu api kan bossku dengan Bang Non selagi itu walaun atok tak puas hati... sebab agenda atok dan walaun nak mengusir bossku dan menguasai UMNO tidak tercapai...

    mudah sangat nak baca fitnah jijik puak atok kau ni...

    cuba lagi... batu api kurang power

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..Terbaek ayat kamu ni "cuba lagi...batu api kurang power".

      Padam
    2. Dua ekor penjenayah ni elok la didamaikan. Kalau boleh dya ekor ni buat parti baru. Najib dn nuor.

      Padam
  4. Bang non nak bentang ka.. nak terkangkang ka.. nak terlentang ka.. nak bercabang tanduk ka... lantak pi la sama dia... lantak pi lah sama PKR melayu dlm PKR dah lokos kena kencing nanti ramai yang joint UMNO balik


    insyallah... walauan batu api mana haahh...!! batu api mana..!? cepat sket membatu api tuhh..!!

    BalasPadam
  5. PH memang rakyat sudah meluat dan phobia kerana 22 bulan pemerintahan yang mengeri kan.PN pulak ialah roh PH yang meresap kedalam Maufakat Nasional.Jadi pru 15 ni nampak nya menjadi tiga penjuru lah yang terbaik.Sekarang ni rakyat betul2 rindu zaman BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman bn yang takde perasuah perompak, takde Kaki shopping berbillion guna duit tak logik dgn gaji. Memang rakyat rindukan sangat.

      Padam
    2. ...satu dunia kata Najib PENCURI, PENYAMUN, PEROMPAK tapi saya (atok) takla kata...kihkihkih

      Padam
  6. bekas banduan cuba tunggang bakal banduan. Bakal banduan pun cuba tunggang bekas banduan! Maka penyokong banduan pun tunggang langgang. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...namun TUSUKAN Haziq Aziz 4 Point Sandakan tetap jadi PUJAAAANNNN...bekas banduan Mahkamah Atok, bakal banduan Mahkamah PH bukan Mahkamah Malaysia

      Padam
  7. Sekali-sekala melawat facebook,twiter ahli-ahli politik saja nak tengok kalau ada apa-apa ide,saranan atau peranan yang boleh dimainkan mereka dalam membantu negara.Ternyata macam langit dengan bumi beza antara status facebook najib razak berbanding ahli-ahli politik lain dari segi lontaran buah fikiran dan pengetahuan.Patut la orang panggil bossku....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus idea najib sekarang. Cuma tu lah kalau tak bedal duit rasuah, geng jo lo, tak ikut ckp bini shopping beratus juta, bayar cukai sebenarnya Najib ni ok.

      Padam
  8. Bedal duit rasuah kena cukai juga ke.Berikan lah penjelasan berfakta biar ramai orang faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bedal duit haram masuk penjara dulu. Tak bayar cukai najib kata pengkhianat negara. Sebagai pengikut imam najib kita kena sokong dia. Haha

      Padam
  9. Jawapan ikut sondol macam tu ramai payah nak faham

    BalasPadam
  10. Marilah belajar cara Atok berjimat cermat menyimpan duit.

    Link disertakan dibawah ni.

    https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/lovemoney-anggar-kekayaan-mahathir-pada-nilai-usd45-bilion/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus.. Ada jugak umat islam orang melayu kaya raya dengan duit halal. Kalau haram dah lama kena tangkap sejak zaman paklah lagi.

      Padam
  11. Pengikut Imam suci atok mana lah nak baca link tu tuan.Mereka hanya diajar ratib najib najib najib... yang menyamun. Atok kan suci.Itu lah yang selalu pun yang diajarkan pada pengikut nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaya raya tak apa. Janji jangan rasuah dan merompak duit rakyat. Tak hensem takpe.. Janji kaya raya hasil usaha sendiri. Jangan gubahwang haram. Rasuah.. Simpan emas duit beg beratus juta dgn duit haram.
      Kahkahkah

      Padam
    2. Utk pengetahuan tuan, saya ni terer matematik, tapi bila saya compute, jawapannya tak tally.

      Contoh : Seorang bisnes man yang sangat berjaya. Jika dia simpan 1 Bil USD setahun. Jika 22 tahun, baru 22 Bil USD.

      Betul kan!

      Camana Atok dapat simpan sampai 45 Bil USD ? Atok bukannya bisnes man. PM je selama 22 tahun. Gaji pun dibayar dalam RM.

      Takkan Atok bedal. Penyembah2 Atok percaya Atok suci kan.

      Mmmmmmm...

      Padam
    3. Atok simpan bawah bantal ke? Memang la tak bertambah. Cuba simpan dalam kondo mcm bini perompak jibby. Makin tinggi bunganye. Kahkahkah

      Padam
    4. malangnya yg menuduh hanya 22 bulan menghumban longkangkan diri sendiri akibat FITNAH makan diri manakala yg dituduh dijulang 12 juta +++ followers Gelombang Bossku, FB selebriti, King of Troll & diratib nama Najib laksana artis oleh kawan & lawan...

      Padam
    5. Melayu takde maruah dan iman boleh la sokong penyamun.

      Padam
    6. kiki suma cucu tok wan anak beranak julang politik toksik plakad seksuality merdeka COMANGO lgbt lisbo ada maruah jugak ka..!? kikiki

      Padam
    7. Alhamdulillah.najib ada 12 juta followers. Dah jadi fb selebriti dan dapat gelaran raja troll. Syukurrr.lamlulilahhh
      Err..tapi jangan lupa 12 juta pengikut dan gelaran raja tu tak boleh hapuskan tarikh 14hb dis ni masuk balik kes 1mdb dgn 21 pertuduhan. Berpuluh juta pengikut pun tak boleh hapuskan hukuman 12 tahun jail kes src. Kahkahkahkah

      Padam
  12. Pengikut Atok memang tersohor taraf taksub nya.... semua nya harum semua nya suci kalau cakap bab atok.Mujur lah sekarang ni hanya tinggal beberapa ketul saja lagi.Yang lain semua sudah sedar setelah bau hapak hancing yang tak tertahan selama 22 bulan.

    BalasPadam
  13. Tun yang sangat terdesak dan mengelabah. Sebenarnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

    Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

    Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sebaliknya PH mmelalui Pembangkang Anwar bersatu tidak menyokong dan menolak kali ke 3 esok. Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

    Seperti biasa Tun yang sangat terdesak dan mengelabah memainkan sentimen Kerajaan Perpaduan bersama KuLi sidang media petang tadi. Tun sudah menghidu Anwar sudah mendapat 113 majority mudah untuk menjatuhkan Mahyuddin. Dalam keadan cemas terdesak dan kelam kabut Tun menyusun strategi cuba menghalang Anwar dari menjatuhkan kerajaan PN proksi Tun@ Mahyuddin

    Sentimen rakyat di dolukan seperti biasa " Atok dan KuLi dah tak kisah tak bagi gajinpun tak apa apa yang kerajaan bagi dah cukup", kata Atok untuk menyedapkan hati yang sangat cemas dan terdesak menjelang hari esok.

    Masih lagi nak percaya lagi kah dengan si lidah bercabang ni..!?

    BalasPadam
  14. Pengikut dajjal mestilah kata dajjal tu tuhan.yang sondol belakang yang menyamun pun dijulang...

    BalasPadam
  15. dekat nak mati dah... rakyat dah naik meluat menyampah ade lerrr..

    BalasPadam
  16. Mahathir Mohamed pasti akan gagalkan aper sajer plan Anwar Ibrahim... tambah lagi memang dari dulu lagi gua dah kata... Mahathir Mohamed memang taknak Anwar Ibrahim jadi PM... walaupun Muhyiddin Yasin tu kayu dan lemau.... kalu itulah pilihan yang ader.. Mahathir Mohamed tetap akan suka, sokong dan bantu....

    Ader paham ka??

    BalasPadam