Alhamdulilah..! selesai.
Titah Tuanku tegas, bernas dan tajam, 'kuasa boleh menukar sifat insan. Watak sebenar insan akan terjelma apabila terlalu berkuasa dan kaya, menukar hitam ke putih dan di kelilingi oleh orang tamak yang mempunyai agenda tersirat. Semakin tinggi kuasa dimiliki, semakin jauh kaki berpijak ke bumi. Semakin tinggi melangit semakin lama tidak di sirami hujan. Amalkan sifat syukur, amalkan budaya berterima kasih.'
'3 kali istiadat mengangkat sumpah yang tidak pernah berlaku. Bukan sejarah yang dibanggakan. Akan tercatat di dalam sejarah sebagai sejarah kegagalan. Kegagalan ahli politik mendapat jaminan padu secara konsisten bagi mentadbir negeri demi kepentingan rakyat.'
'Jaga kepentingan rakyat, semua agama dan kaum rakyat negeri Perak mahukan kerajaan negeri yang aman lagi makmur dengan pemerintahan yang adil demi kesejahteraan rakyat. Jangan jadikan rakyat kancil yang kecil, tersepit kerana gajah yang beradu kekuatan. Amanah bukan sahaja dipertanggungjawabkan di dunia malah akan dipersoalkan di depan Rabbul Jalil.'
Cari dan baca secara keseluruhan titah baginda. Hadamkan. Ahli politik yang baik akan menerima dengan sepenuh hati akan titah Paduka Tuanku Sultan Perak Raja Nazrin sebentar tadi.
Pemimpin UMNO terutamanya boleh mengambil semangat Mad Maslan dibawah ni..
Apa jua perkara boleh dirunding dengan kepala sejuk. Letak kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara di depan. Bukan kepentingan peribadi dan puak puak sendiri.
Jangan ingat negara ini hanya berkisar kepada diri mereka semata. Pemimpin tak penting. Pemimpin datang dan pergi. Hidup biar berjasa bukannya membinasa..!
Faham? Lu Fikir La Sendiri..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan