Selesai seminggu sidang Dewan Rakyat di peringkat Jawatankuasa. Setakat semalam sudah 11 Kementerian berjaya mengharungi debaran undian. Semalam Kementerian MITI yang diterajui oleh Ice cream semburit berjaya dengan kemenangan tipis 110 berbanding 104. Nampaknya puak PH berjaya keluar dari angka 95 apabila pihak Warisan juga turut sama menggasak untuk mengalahkan pemain utama penggerak langkah Sheraton.
Masih berbaki 16 lagi kementerian sebelum ianya dibacakan bagi kali ketiga untuk di setujukan. Kita tengoklah nanti 15 hb apakah kesudahan. Apapun kerajaan jangan mengambil mudah. Jauh sekali tak ambil kesah. Boleh buruk padah.
Dalam masa yang sama, perbahasan wakil wakil rakyat juga perlu lah terarah kepada isu pokok, iaitu kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. Jangan lah sampai Parlimen di lihat sebagai medan untuk menyokong dan menolak Bajet semata. Parlimen dijadikan gelanggang bermain politik syok sendiri. Parlimen dijadikan pasar mengukur hidung pemimpin mana yang paling tinggi.
Parlimen Institusi. Parlimen menentu hala tuju, untung nasib generasi ke generasi bukannya tempat melontar isu remeh seperti membudakkan wakil rakyat yang lain kerana merasa diri dah menjadi tua kutuk. Dalam dewan semuanya wakil rakyat yang dipilih. Soal dia panjat pagar dan lari pintu belakang serta main belon dalam bilik mandi atau belajar main golf dalam pejabat itu bukan isu yang nak di bincangkan sekarang.
Rakyat nak kan hasil wakil rakyat yang tua dengan jasa dan muda dengan idea serta tindakan lincah dan segera. Itu yang rakyat mahukan. Rakyat nak akal budi bukan pemimpin tak sedar diri..!
Seperkara yang kerajaan kena tengokkan juga isu KWSP. Nak bagi buat cara nak bagi. Jangan berhelah dan bertaici, menyusahkan rakyat kerana berasa macam kena buli. Kekadang ada otak juga Rani Kulop bila melontarkan pandangannya macam di bawah ni..
KWSP jangan rasa lebih besar dari Menteri. Akhirnya bajet yang baik akan dilihat buruk serta dibenci kerana kerenah birokrasi. Setakat semalam i-sinar sudah jadi i-kecewa, i-sedih, i-tipu dan macam macam lagi. Ini semua membantu rakyat? sudah tentu ia juga tidak membantu malah melemahkan kerajaan PN.
Kerajaan Midin belum selamat. Masih banyak belah bahagian yang menanti untuk kerajaan lalui. Contoh, Kementerian Komunikasi & Multimedia di bawah Saifuddin di jangka akan ada belah bahagian kerana isu JASA. Apa keperluan JASA ditubuhkan sekarang? Apakah dengan wujudnya JASA kembali nanti yang akan bertindak serta menjadi penyalur maklumat kepada rakyat akan membuatkan kerajaan PN ini jadi kuat? Apakah penstrukturan semula JASA akan menjamin PN menang besar dalam PRU yang akan datang? Atau ianya sekadar untuk mengisi poket orang orang bunga di cawangan dan bahagian mereka agar terus bekerja? Pudin kena tunggu dan tanggung 10 Disember ini.
Kementerian Pengangkutan, KDN, Perumahan antara yang dijangka panas. Mungkin ya mungkin tidak. Namun politik ada 1001 kemungkinan. Maka kerajaan kena peka dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan. Jangan di biar luka terus membengkak. Bertindak..!
Setiap tingkah dan tindak pemimpin akan memberi kesan kepada kewujudan seterusnya keteguhan kuasa yang ada. Dalam meniti titian rapuh ini, sebarang gerak yang tidak perlu hanya akan menambah cepat longgarnya ikatan sebelum merudum jatuh. Jadi hati hati. Perbaiki lagi.
Macam cerita Gombak, katanya yang sebelum ini tidak mahu masuk ke dalam bilik PNBBC atas alasan bau rokok dan lain lain lagi namun apabila berlaku isu 110/104 semalam, lama pulak dia ada dalam bilik tu kata sumber. Reti pulak dia duduk bergaul.
Seperti kata seorang sahabat sifu dalam FBnya, bagaimana Tajuddin yang di lantik sebagai Pengarah Operasi PRU15 UMNO akan berdepan dengan golongan yang Tajuddin panggil budak budak yang berjumlah lebih 7 juta pengundi tu nanti? Tak tahulah pulak kalau Tajuddin merasakan bahawa itu sebagai strategi mendekati pengundi..! Apakah cara Pasir Salak mengherdik Muar akan menyebabkan 7 juta pengundi muda tadi tunduk dan mencium kaki? Atau macam biasa mereka yang sedia jauh akan terus menghilangkan diri, manakala yang dekat beransur ansur berlalu pergi.
Kalau tak menyokong macam mana nak undi? Tak undi macam mana nak memerintah lagi?
Akai ada ker??? Lu Fikir La Sendiri..!
Camner Bersatu Yiddin@Atok buli UMNO di Persekutuan, camtu lah di Perak UMNO pulak buli Atok@Yiddin..
BalasPadamKita tunggu di Johor, N9 Melaka camner UMNO ajar atok@yiddin
fair n square
Mahaguru Bersatu Tun Mahathir guru lidah bercabang hanya 1 tahun,UMNO belajar dari Mahaguru yang sama 22 tahun 22 bolan baru khatam..
BalasPadamlu fikir lah sendiri..
sapa yg dolu maka garam...
kita tengok sapa yang kenaa..
kikikiki