Kerap kali juga lah kita dihidangkan dengan soalan, makan untuk hidup atau hidup untuk makan? begitu juga bila diberikan perbandingan duit yang menguasai otak atau otak yang memandu duit? Ia memberi makna bahawa kehidupan ini memberikan kita pilihan. Bagaimana kita mendorong sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu perkara.
Cakap mudahnya, apakah matlamat akan menghalalkan cara atau cara yang akan menentukan matlamat? Tepuk dada tanya hati. Apakah kita benar benar ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita semua lakukan.
Dalam isu MB Perak, dari satu sudut, UMNO telah berjaya membuat langkah. InsyaAllah takde aral Dato Shaarani akan mengangkat sumpah pagi ini di Istana Kinta. Zahidi sebagai MT juga telah mengesahkan akan mandatnya. Mudah mudahan DYMM Tuanku memberi perkenan. Ahli UMNO tentu memandangnya dengan perasaan syukur dan lega kerana insyaAllah berjaya. InsyaAllah esok juga Dewan Negeri sambung bersidang, bajet akan di bentang dan dilulus bagi kesejahteraan rakyat jelata.
Rakyat tak minta banyak, ahli UMNO di bawah tak banyak cekadak. Lepas ni dema harap kerajaan negeri yang di pimpin oleh MB baru mula berjalan dan terus berlari untuk sampai ke puncak.
Ropernya dalam kegembiraan rakyat dan ahli parti terutama di Perak, ada puak di Kuala Lumpur yang menepuk meja, marah dan kecewa kerana usaha tidak berjaya, kerja sekerat langsung tak menjadi. Ingatkan puting beliung boleh meruntuhkan gunung tapi rupanya tinggal angan angan yang menyebabkan mereka semua termenung. Niat jahat mana nak jadi.
Rakyat Johor terutama ahli UMNO di selatan bertepuk tangan kerana bajet negeri berjaya diluluskan. Mat Datsun pun akhirnya mengangkat tangan tak perlu undi belah bahagian. Menyembur nyembur air liur puak puak ini beratib mengatakan yang konon selepas Perak, Johor akan menyusul sama, seterusnya Parlimen pun berantakan dengan Kementerian Pengangkutan sebagai punca kegagalan. Kehendak Allah jua yang akan dan pasti berlaku. Bukan kehendak kutu. Nasib baik pengkhianatan ini tidak direstui.
Sebab itu PH merancang mesyuarat Majlis Presiden. Kononnya mahu menyambut kejayaan dan mengatur strategi yang masih berbaki. Akhirnya cuma boleh kata - PH mahu undi tak percaya terhadap Perdana Menteri di bentang di Parlimen dalam mesyuarat kali ini. Itu ajer yop.
Malangnya ada pemimpin UMNO yang terlibat sama, menjadi broker untuk menjayakannya. Bagi puak ini soal bajet rakyat baik di Perak, Johor mahupun negara tidak penting. Yang utama dan maha penting ialah tembolok kuasa mereka dan keresahan atas masa yang semakin singkat agar tangan tidak bergari jauh sekali duduk di balik tembok besi.
Anwar tentu tidak betah untuk bertempoh lagi. Juak juak Anwar yang berada di dalam UMNO juga tidak akan selesa untuk membiarkan kerajaan ini terus berdiri. Sesuatu mesti di buat untuk menyelamatkan diri, sesuatu perlu di laksana untuk mereka terus kekal sebagai YB. Itu sahaja yang menjadi perhitungan utama dan perlu di buat sekarang ini.
Demi rakyat? demi agama bangsa dan negara???
Lu Fikir La Sendiri..!
Round 1 : Ini 13 senarai nama ini comfirm akan melingkup PRU15 nanti,
BalasPadamRound 2 : Hanya menunggu senarai nama nama pemimpin selepas Langkah Perak pemimpin UMNO yang akan turut dilongkangkan sekiranya bersekutu dengan DAP akan ditambah lagi...
Senarai 13 Poli'Tikus' sanggup memilih mati berdiri menentang Budget 2021 secara Membuta Tuli untuk menderhaka Titah Yang DiPertuan Agung.
Senarai 13 orang diatas yang mahu mati berdiri. Yang sanggup mati berdiri ini, majoritinya adalah Melayu (Islam) setelah di belek belek samada untuk di 'timbang kati atau timbang tahil' oleh pengundi pada PRU15 akan datang.
1. Mahathir Mohamad PH - PPBM =18,954
Nawawi Ahmad (BN - UMNO) =10,061
Zubir Ahmad (PAS) = 5,512
Majority: 8,893
2. P5 JERLUN
Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
Majority: 5,866 - lu fikir lah sendiri..!!
3. P8 POKOK SENA
Mahfuz Omar (PH - AMANAH) = 28,959
Muhamad Radhi Mat Din (PAS) = 23,401
Said Ali Said Rastan (BN - UMNO) = 18,390
Majority: 5,558 - lu fikir lah sendiri
4. P111 KOTA RAJA
Mohamad Sabu (PH - AMANAH) = 90,697
Mohamed Diah Baharun (PAS) = 19,555
Gunalan Velu (BN - MIC) = 17,874
Majority: 71,142
5. P96 KUALA SELANGOR
Dzulkefly Ahmad (PH - AMANAH) = 29,842)
Irmohizam Ibrahim (BN - UMNO) = 21,344
Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) = 8,535
Majority: 8,498 - lu fikir lah sendiri
6. P101 HULU LANGAT
Hasanuddin Mohd Yunus (PH - PAN) = 49,004
Azman Ahmad (BN - UMNO) = 23,580
Che Rosli Che Mat (PAS) = 15,663
Majority: 25,424
7. P108 SHAH ALAM
Khalid Abd Samad (PH - AMANAH) = 55,949
Azhari Shaari (BN - UMNO) = 22,100
Mohd Zuhdi Marsuki (PAS) = 15,194
Majority: 33,849
8. P113 SEPANG
Mohamed Hanipa Maidin (PH - PAN) = 46,740
Marsum Paing (BN - UMNO) = 28,035
Sabirin Marsono (PAS) =15,882
Majority: 18,705
9. P74 LUMUT
Mohd Hatta Md Ramli (PH - PAN) = 21,955
Zambry Abd Kadir (BN - UMNO) = 21,555
Mohammed Zamri Ibrahim (PAS) = 10,135
Majority: 400 - hah lu fikir lah sendiri..!!
10. P88 TEMERLOH
Mohd Anuar Mohd Tahir (PH - PAN) = 23,998
Sharkar Shamsudin (BN - UMNO) = 22,094
Md Jusoh Darus (PAS) = 14,734
Mohd Khaidir Ahmad (IND) = 178
Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (IND) = 46
Majority: 1,904 - lu fikir lah sendiri!!
11. P133 TAMPIN
Hasan Bahrom (PH - AMANAH) = 22,435
Shaziman Abu Mansor (BN - UMNO) = 21,433
Abdul Halim Abu Bakar (PAS) = 4,598
Majority: 1,002 - lu fikir lah sendiri..!!
12. P161 PULAI
Salahuddin Ayub (PH - AMANAH) = 55,447
Nur Jazlan Mohamed (BN - UMNO) = 26,523
Mohd Mazri Yahya (PAS) = 4,332
Yap Keng Tak (IND) = 591
Majority: 28,924
13. P57 PARIT BUNTAR
Mujahid Yusof (PH - AMANAH) =16,753
AbdPuhat Mat Nayan (BN - UMNO) =13,655
Ahmad Azhar Sharin (PAS) = 12,312
Majority: 3,098 - haah lu fikir lah sendiri.!!
Senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa... tungguu
lu fikir lah sendiri
Setelah di checking kesemua 13 nama ni tak de sorang pun terlibat dan disabitkan melakukan jenayah dimana mana mahkamah. Tak ade terlibat dgn jenayah salahguna kuasa, samun duit rakyat, gubahwang haram dan jenayah seks jubur. Ok pass! Lulus utk jadi pemimpin.
Padamkiki calon no 1 & 2 kepala perompak negara. Kau tanya mat sabun dan bang non. certanya certanya..!!
PadamBila dia kena tangkap? Mhkamah jatuh hukum brp tahun? Takde pun. Check kat portal sprm pun takdo. Sapa bang non? mat sabun? Dia sapo?
PadamKalau Umno berkerjasama dgn DAP atau PKR.. Umno hilang 7 undi dari keluarga teman PRU 15 nanti.
BalasPadam