Khamis, 26 Mei 2011

Jangan Potong Stim...


Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jangan potong stim! Rakyat seluruhnya termasuk puak pembangkang sebenarnya menarik nafas lega dengan keperihatinan dan kebijaksaan pihak Kerajaan dibawah pentadbiran YAB PM DS Najib yang mengekalkan harga minyak Ron95 semalam.

Kita difahamkan Menteri KPDNKK Dato Ismail Sabri telah menghurai panjang lebar kepada YAB PM akan keperluan kerajaan mengekalkan harga minyak Ron95 ini. Terima kasih tok!

Sebenarnya bukan kerja mudah bagi Tok Mail nak berhujah memandangkan pihak Kementerian Kewangan yang hanya berotak dan berfikir akan ringgit dan sen agak TEGAS dengan saranan mereka!
Begitu juga dipihak PEMANDU yang dari sejak mula ditubuhkan hingga dibubarkan kelak lah nampaknya hanya tahu, reti dan mampu menggunakan otak dalam memotong, mengerat dan mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat!

Mentaliti jual bangunan nampaknya masih bugar didalam kepala otak Menteri yang menjadi
driver kepada PEMANDU ni. Apa sebenarnya KPI PEMANDU ni pun kita tak pasti...kalau cuma tahu menyarankan pemotongan subsidi tanpa berusaha untuk mencari alternatif baru kepada pendapatan negara apa faedah kumpulan elit ni ditubuhkan!

Esok akan ada satu lagi keputusan yang bakal menyentuh poket rakyat, jangan pulak tetiba Kerajaan akur kepada kehendak TNB yang saban tahun menggapai keuntungan hingga melebihi 1 bilion ringgit! Kalau TNB untung RM 1 pun dan masih boleh beroperasi dengan berkesan kepada rakyat dan negara apa yang kita malukan! Nak untung duit ke untung sokongan?

Pembangkang jelas dah terpijak tahi dalam isu minyak! jelaslah kalau puak haramjadah pembangkang yang memerintah negara maka minyak akan naik 20-30 sen seperti mana yang disabdakan mereka selama seminggu dua ni! jelaslah pembohongan dan penipuan pembangkang serta tomahan kepada Kerajaan BN meleset!

Pembangkang ni pun sama sajer macam Amerika dan Yahudi yang menghancurkan Iraq yang kononnya menyimpan senjata pemusnah besar besaran sedang hakikatnya langsung tiada senjata pemusnah besar besaran yang ditemui malah isu emas hitam yang sebenarnya menjadi keutamaan!

Pembangkang lebih dahsyat lagi bila berjaya menggelapkan jiwa dan raga rakyat malam dan siang kerana menyalakan kekuatiran yang jelas tidak berasas! Lebih teruk dari Yahudi!


Hakikat yang kehidupan rakyat terganggu, merisaukan rakyat dan pambangkang tak peduli! yang penting bagaimana mahu membangkit rasa marah rakyat kepada BN...Tipu pun tipu laa...


Pembangkang beb...depan belakang boleh!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Ini apa cerita.. nak naik lagi tariff tu? Semalam balik dari kerja terima bil TNB macam biasalah setiap bulan... Tapi yang pelik tu ada charge baru tambahan cagaran sebanyak RM 130.00 Apa cerita... ada sesiapa tahu...? Nak kata tukar meter baru tak pulak...? Takan nak untung pun masih nak menyusahkan rakyat...

    BalasPadam