Ahad, 8 Mei 2011

Tun M Tak Mahu No 11.11.11


KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012.

"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini.

Dr Mahathir berkata ramai orang masih tidak memahami akan "keadaan Malaysia".

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan," katanya.

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini."

Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya.

Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan Barisan Nasional (BN) yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas.

Pandangan TDM tu perlu dihalusi... tentu ada sebab kenapa beliau berkata demikian... sebagai seorang yang amat berpengalaman pasti ditemukan apa maksud negarawan tersebut...!

Kalau melihat kepada apa yang berlaku di Sarawak dalam PRN yang lalu, BN dilihat agak terlewat dalam menyusun calon...winable candidate yang dimaksudkan oleh YAB PM itu tidak begitu jelas terutama kepada jentera parti.

Kesannya ada jentera yang tidak berjalan seperti mana yang dirancang! ada jentera yang dilatih dan disediakan tidak bergerak hanya kerana calon mereka tidak dipilih semula bertanding! Ada calon yang sabotaj parti! Ada calon yang sudah mengumumkan tidak mahu bertanding dipilih semula... ini semua menimbulkan 'gawat' kepada jentera parti yang sekaligus mempengaruhi pengundi!!!

BN juga dilihat tidak 'agresif' dalam berdepan dengan pihak pembangkang yang sememangnya liar!!! Ketumpulan dari sudut pemidato yang berkaliber, juga susunan jentera yang ampoh sedikit sebanyak mewarnai siri kempen PRN Sarawak baru baru ini...

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. aku setuju dengan pandangan Tun M. BN belum sedia untuk menang lagi.Lebih baik dahulukan pemilihandalam parti sekurang-kurangnya kita dapat menilai "winable candidate" dengan lebih baik dari peringkat akar umbi. Parti komponen pun buat pemilihan dulu.Baru nampak siapa calon

    BalasPadam