Ahad, 29 Mei 2011

Nik Najis Masuk Hospital!


PARLIMEN BELIA akan diwujudkan.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di depan puluhan ribu hadirin di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya petang Sabtu.

Penubuhan sebuah parlimen belia itu adalah antara enam perkara penting yang diumumkan oleh Najib di situ.

Lima yang lain ialah mewujudkan Youth Park sekitar Putrajaya untuk kemudahan belia jalankan pelbagai aktiviti, mewujudkan laman web belia,Youth Icon,My Corp Sukarelawan Belia,konsep mentor mantee bidang keusahawan dan lain-lain.

Katanya di Parlimen Belia nanti para pemimpin belia boleh membahaskan usul-usul dan buat cadangan dimana kerajaan akan memberi pertimbangan sebaiknya. Mengenai portal atau laman web belia ia akan menghimpunkan pelbagai aktiviti belia untuk dipaparkan melaluinya.

Youth Icon pula akan menonjolkan tokoh-tokoh belia yang boleh dijadikan sebagai idola dan role model kepada golongan belia. My Crop pula adalah untuk memupuk semangat sukarelawan kalangan para belia untuk mereka jalankan berbagai aktiviti sukarelawan.
'
Sebanyak 200 acara diadakan sepanjang Himpunan Sejuta Belia, antaranya kegiatan seni, hiburan, pameran, sukan lasak, futsal, konsert dan sebagainya. Kawasan aktiviti Himpunan Sejuta Belia merangkumi kawasan Presint 2, 3, 4, 6 dan 18.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL Agenda Daily..

Melihat kepada sambutan hangat yang diberikan oleh golongan muda para belia harapan bangsa di Putrajaya siang tadi jelas menampakkan sokongan dan dokongan padu mereka kepada Kerajaan BN yang selama ini memberikan mereka peluang hidup yang baik...

Mereka pasti akan mempertahankan Kerajaan BN yang baik ini...
Nik Najis boleh masuk hospital kalau dibuat selalu perhimpunan sebegini...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan