Selasa, 3 Mei 2011

Terima Kasih Dato Md Aziz, Bung & BNBBC...



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan.

Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM.

"Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Alhamdulilah...terima kasih kepada Ahli Ahli Yang Berhormat terutama YB Datuk Mohamad Aziz Ahli Parlimen Sri Gading dan YB Datuk Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang bersuara mengkritik syarikat insuran di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang lalu.

Suara rakyat yang dibawa oleh mereka telah didengar oleh pihak Kerajaan lalu menetapkan agar syarikat syarikat Insurans menerima apa jua kenderaan tidak kira baru dan lama serta tidak mengenakan sebarang harga yang karut marut yang selama ini cukup mencekik poket rakyat terutama rakyat marhaen yang banyak menggunakan kereta 2nd hand atau kenderaan lebih dari 10 tahun.

Terima kasih kepada pihak Kerajaan terutama Kementerian Kewangan yang diterajui oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mendengar dan merasai denyut nadi rakyat...

Terima kasih kepada Ahli Ahli Parlimen yang sentiasa mementingkan hak dan keutamaan rakyat, Ahli Parlimen beginilah yang sepatutnya kekal mewakili suara rakyat, berperang dengan pembangkang sudah satu kemestian dan terkadang terpaksa 'memukul' Kerajaan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara....Syabas!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Saya pun ucap terima kasih banyak pada mereka.Seperkara lagi yang menjadi musykil kenapa di kenakan bayaran tambahan (loading) kepada pemandu warga emas.Sedangkan rata-rata di ketahui warga emas ni bawa kereta perlahan dan persen kemalangan jauh lebih rendah berbanding orang muda.Apakah orang tua senasib kereta tua.

    BalasPadam
  2. cayalah Datuk! insurans ni macam nak dapatkan perlindungan kongsi gelap tapi secara halus ah...

    BalasPadam