Rabu, 4 Mei 2011

Osama Atau Obama Yang Mati...!



Persoalan berkenaan kebenaran akan kematian Osama ada dituliskan pada isnin yang lalu ada di disini.

Ada yang meraung sedih! ada yang terbahak gembira! ada pulak yang pengsan!!! dahsyat...

Dunia nampaknya terus dijajah oleh Yahudi melalui tangan Polis Dunia iaitu Amerika... semua orang tahu bahawa seseorang yang menjadi Presiden Amerika mestilah mempunyai hati perut, pandangan, fikiran dan gerak Zionis!!! Itu sebab Pelobi Pelobi Yahudi yang cukup berpengaruh dalam menentukan siapa badut pilihan mereka !!!

Obama yang begitu disanjung tinggi oleh penduduk dan rakyat amerika hingga menjadikan beliau satu satunya rakyat kulit hitam yang mampu duduk dan mentadbir Rumah Putih sedang melalui saat sukar dalam pentadbirannya...!

Banyak janji dan visi yang disuarakan oleh beliau setakat ini tidak berjalan seperti yang diungkapkannya, kesediaan jutawan donald trumph untuk bertanding juga merupakan satu persoalan yang cukup membelenggu dalam mempastikan Obama mampu mempertahankan jawatannya bagi penggal ke 2. rupanya soal warna kulit juga masih lagi menjadi isu dikalangan orang putih ni!

Kita tahu bahawa kewujudan Osama Ben Laden atau Al Qaedah juga datang dari Amerika! tidak semena mena nama Osama dan Al Qaedah begitu hangat dibibir dan lamunan mimpi ngeri rakyat amerika bila berlakunya september 11. Rupanya tumbang nya 2 menara yang 'kebetulan' lebih 3000 rakyat Amerika berbangsa Yahudi bercuti pada hari itu telah menjadi lesen kepada bush untuk menghalalkan tindakan amerika dan sekutu menyembelih dan memperkosa rakyat dan negara Iraq.

Soal Iraq, Saddam, Weapon Mass Destruction, IAEA, paip gas, penguasaan loji minyak, negara paksi keganasan, menambah tekanan keatas Korea Utara, merosak imej Islam dengan keganasan, pengaruh generasi muda yang menentang Ahmadinejad di Iran, meyakinkan dunia bahawa Indonesia dan rangkaian militan Islam berputik di Asia Tenggara dan yang sewaktu dengannya telah berjaya dan begitu diyakini oleh sebahagian besar dunia.

Kini polis dunia ini mesti beralih arah dan metodologi dalam menambah cengkaman keatas dunia. Ini boleh kita lihat apabila dikembalikan semula tanah jajahan British di Hong Kong kepada china pada 1997 maka selepas itu timbul anutan dan agama baru yang diserukan kepada dunia! Dunia bertemu kitab baru yang dipanggil hak asasi manusia! hak sejagat! dunia tanpa sempadan! perkongsian kekayaan dunia kearah dunia yang lebih aman!

INI SEMUA TIDAK BERLAKU KETIKA BARAT BEGITU LAHAP MELAPAH HARTA DAN KEKAYAAN KITA, SUMBER ALAM DAN HARTA KITA DIHIRUP SEHINGGA KONTANG TERUTAMA NEGARA ASIA! walhal baru beberapa minit mereka meninggalkan negara kita menjajah!!!

Baru beberapa masa yang lalu, satu Order Baru Dunia telah dimulakan di dunia arab! usaha untuk menjatuhkan kuasa Raja Raja ( Islam dan Minyak ) sedang giat dijalankan! bermula seruan menolak kuku besi! pendemokrasian pemerintahan! Mesir sebagai permulaan, diikuti Libya seteru lama yang masih gagal dijinakkan, Syria, Jordan, Yaman sedang menunggu giliran! yang pelik bila kekecohan tercetus di Oman dan Saudi Amerika menyebelahi pemerintah tidak di negara yang disebutkan tadi!!!

Kini Obama tahu bahawa beliau memerlukan momentum dalam mengukuhkan pengaruh dan kuasa serta meletakkan Amerika Jajahan Zionis Yahudi ini terus mendapat tepukan gemuruh dan disanjung sebagai penyelamat dunia! Tidak dijemput semasa majlis perkahwinan Putera Wiliam baru baru ini merupakan tamparan kepada Obama dan Amerika bahawa pengiktirafan dunia keatas mereka agak sedikit kendur...dan ini merbahaya kepada kepentingan Amerika dan Yahudi terhadap dunia!

Kelancangan mulut Donald Trumph tentu membuatkan Obama mengigau didalam tidurnya, tapi yang membuatkan kita lebih mengigau ialah lumpuh sama sekali Al Qaedah diseluruh dunia! Tidak pulak kita dengar mana mana Kedutaan Amerika dibelahan dunia diceroboh, diusik malah dibom...sesuatu yang pasti berlaku apabila adanya pertembungan diantara Amerika dan Al Qaedah sebelum ini...!!! hebat!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan