Khamis, 22 Disember 2011

Betulker Sidek Hasan Nak Gulingkan Najib?


Rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs akan diadakan esok bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

"Perdana menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan Cuepacs sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.
-Presiden cuepacs Datuk Omar Osman.

Nampaknya ada yang tak kena dengan pihak JPA ni..! Ada yang tak kena dengan pihak yang menggubal dan melaksana dasar kerajaan kini! Apakah ada dalang dalang yang sengaja mahu memperlihatkan kepada dunia akan kurangnya upaya Kerajaan dibawah pentadbiran YAB PM DS Najib dalam merangka dan melaksana dasar yang sedia ada mahupun yang baru digubal!

Bulan lepas kita dikejutkan dengan keputusan yang membenarkan pegawai tertinggi kerajaan diperingkat JUSA dan TURUS boleh 'diterbangkan' dari sektor swasta..! Sekaligus menafikan akan kebolehan dan kewibawaan penjawat awam yang selama ini bertungkus lumus berkerja apabila terpaksa akur menerima 'bos' dari luar..! Benar kita perlukan kepakaran! dan kepakaran boleh dibeli walau dimana sahaja...tetapi bolehkah kita membeli kesetiaan dan ketaatan?

Nampaknya ada pelbagai unsur jahat yang menghurungi Kerajaan kini, dan yang lebih malang bila adanya pengkhianat dan petualang dikalangan kita sendiri..!!!

Blog Sanggah Tok Janggut ada kupasan menarik mengenainya di sini

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan: