Rabu, 16 Januari 2019

Zuraidah Ludah Anwar ?


Dulu, masa bang Non di dalam..bukan main mereka semua menyalakan lilin dibalik tembok..! rela berpanas terik, berhujan water cannon..! 

Namun apabila bang Non dah keluar penjara, dah jadi Ahli Parlimen, dah jadi Presiden Pigayaarr dansudah pun dinamakan sebagai calon PM dalam tempoh 2 tahun..lain pulak jadinya..!

Kenapa?

Zuraida: Saya berhak keluarkan pandangan

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin menafikan artikelnya yang diterbitkan Utusan Malaysia dua hari lalu merujuk kepada parti atau presiden parti itu, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia hanya merupakan 'pandangan umum' yang tidak merujuk kepada mana-mana parti politik mahupun pemimpin.
"Saya tak ada menuduh PKR kerana sebagai seorang ahli politik, sebagai warganegara Malaysia, saya berhak untuk keluarkan pandangan dan apakah visi saya.
"Jadi ini adalah visi politik untuk masa depan, jadi tidak semestinya menuding, menuju kepada sebuah parti tertentu, so pada saya pengamatan saya kepada keseluruhannya, pada amnya," katanya ketika ditemui di seminar politik di Petaling Jaya hari ini.
Pada 13 Jan, Zuraida dalam artikel di Utusan Malaysia berkata pelantikan mereka yang kalah oleh "parti -parti tertentu” nyata tidak menghormati hasrat akar umbi dan merupakan pengkhianatan kepada demokrasi
Beliau berkata perlembagaan parti itu membenarkan presidennya membuat keputusan mengenai perlantikan tertentu, tetapi ia perlu dilakukan melalui rundingan.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti politik atau pemimpin, pandangannya dilihat sebagai serangan terhadap Anwar.
Zuraida bagaimanapun berkata media sendiri menyimpulkan bahawa beliau merujuk kepada Anwar.
Perbalahan antara kumpulan timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli dilihat semakin ketara sejak pemilihan parti itu pada November 2018.
Selepas pemilihan parti yang rata-ratanya dimenangi kumpulan Azmin, Anwar melantik Rafizi dan Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai naib presiden parti dan setiausaha agung.
Anwar juga memilih anggota majlis kepimpinan pusat (MPP) parti itu dan melantik 14 pengerusi PKR negeri.
Sebahagian daripada mereka yang dipilih dalam MPP tidak bertanding pada pemilihan lalu atau kalah di peringkat MPP atau peringkat cabang.
Manakala ada pula yang dilantik menerajui PKR negeri adalah individu yang dianggap masih muda.
Zuraida dalam artikelnya menyatakan pelantikan itu dibuat oleh mereka yang mengkhianati demokrasi dan takut akan kalah.
PKR tertubuh pun kerana mahu melepaskan Anwar dari penjara..! Sekarang Anwar dah keluar..! makanya mereka berlumba lumba mahu menghapuskan PKR..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri..!

5 ulasan:

  1. Takkanlah sokong membawa re ah macma yang berlaku pada UMNO.

    BalasPadam
  2. Saya sokong zuraida!!!

    Saya dah beli spender beli sebagai langkah berjaga2.

    BalasPadam
  3. Apa yg berlaku boleh dibawa berbincang..zuraida nii antara otai reformasi dulu..tapi iyalah zaman dh berubah reformasi makin dilupakn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka ini hanya menepek dicelah anwar masa tak ada apa2. mcm parasite. skrg pkr dah ada kuasa skit, mula berebut.

      mula nampak kurng ajar dlm langkah kajang. semua pemimpin PH setuju kak wan sbg MB. tp ada mangkuk tu sanggup jumpa pas (musuh PH) utk dicalonkan. bila jadi mb (sbg balasan termakan budi) dia kekalkan 3 ekor adun pas sbg exco. hanya org gila yg lantik musuh dlm pentadbiran negeri. akibatnya, ustaz ahmad awang (ulama Amanah) kena ban dr 13 masjid surau di selangor. bygkan… Amanah - komponen PH diselangor, kena ban oleh exco pas (musuh PH).

      mainan tun pun canggih juga. dia lantik geng kartel jadi menteri2 penuh. tun nak pecah dan tadbir. tun nampaknya tak bertaubat lg…

      ingatlah… azab akhirat amat dasyat. api neraka warna hitam. kalau alam ini didedahkan sebesar lubang jarum, akan hangus semuanya.

      bagi org yg sangka diri beriman tu, kalau ada ruang di rumah yg bagai mahligai tu, buatlah satu liang lahad terpencil dan cuba2lah baring dlm tu... ada berani???

      Padam
    2. Anon 16 Januari 1:41 petang, betul tu. saya sangat setuju.

      Padam