Menurut Ketua Polis Sabah...
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata tiada pertempuran terbaru antara pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu berdekatan Kampung Tanduo dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Datuk Hamzah Taib juga sebentar tadi mengesahkan mayat ketua pengganas Sulu yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, semalam adalah Haji Musa.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Seramai 3,500 penduduk di sekitar Felda Sahabat di sini yang terjejas ekoran pencerobohan pengganas Sulu telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara setakat ini.
Sementara itu...
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said berkata, kesemua penduduk dari sembilan buah kampung berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan Cenderawasih, Embara Budi dan Fajar Harapan.
"Kita sentiasa memantau keadaan mereka dan bantuan diberikan secara berterusan termasuk makanan, tilam, selimut dan sebagainya.
"Pada masa ini, semua bekalan mencukupi dan kita cuma mengalami masalah kekurangan air dan perlu tambahan tandas di pusat berkenaan," katanya di sini hari ini.
Mudah mudahan segera lah berakhirnya episod duka dalam negara ini...kembalikan la keamanan warganya...amin
Lu Fikir La Sendiri!!!
Lagi kenyataan bukti penglibatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam komplot di Lahad Datu. Plot yang dirancang cukup kemas namun terbongkar jua.
BalasPadam“Pengambilan anggota polis baru akan dibekukan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum ke 13”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak Sabtu, 1 Dis. 2012. Esoknya; 2 Dis. 2012, Anwar ligat nyanyi “Tanya Sama Pokok...Sabah Nak Hilang”!
“Anggota Polis itu dah cukup, tapi semuanya tak payahlah hendak jadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot!... Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim - ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak pada Sabtu, 1 Dis. 2012.
“Semua polis itu ramai, kebanyakkan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk lawan komunis dulu…you do not need!” – Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah PKR di Lucky Garden, Bangsar, KL Sabtu, 16 Feb. 2013 – 2 hari selepas pembongkaran cerita penceroboh Lahad Datu oleh media!