Apa hal yang berketul ketul...! satu dunia tahu bahawa puak dia orang ni miskin..! puak dia orang ni tak cukup makan! Setan Kiram@Karam dia orang pun dialisis dibayar oleh Kerajaan Philipine..man datang duit berlambak lambak, berguni guni..! Mesti ada orang sponsor ni...!
Seorang mangsa tebusan mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki mata wang Ringgit Malaysia dalam jumlah yang banyak sewaktu ditahan baru-baru ini.
Menurut Ajmain Mahmood, (gambar) pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.
Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpulan kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai penduduk kampung.
"Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, dan separuh daripadanya memiliki senjata api seperti M16. Kemudian salah seorang daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (sejenis senjata tajam).
"Selepas itu dia mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di sebuah penempatan peneroka di Lahad Datu.
Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.
Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah yang diarahkan.
Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.
"Semua kedai yang kami pergi tutup…masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri,” jelas Ajmain.
Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.
Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas mengunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.
Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.
” Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang berlaku..apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu ini.
” Nasib baiklah tindakan saya melarikan diri kena pada masanya, jika tidak, tak mustahil apa yang menimpa anggota polis berkenaan boleh terjadi ke atas diri saya,” katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Anu memang la Dalang
BalasPadamTakkan tak tau lagi
OFF TOPIC…..
BalasPadamKEMPEN BANTAHAN PERKUBURAN PENGGANAS SULU DI BUMI MALAYSIA.
Wahai Rakyat Malaysia !! Marilah ramai2 membuat bantahan kepada pihak kerajaan Malaysia supaya jenazah pengganas Sulu tidak dikebumikan di bumi Malaysia.
Kita ramai2 hantar nota bantahan kepada DS Najib, DS Zahid Hamidi. DS Hishamuddin Hussein, ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan juga kepada Ketua Editor Utusan Malaysa, Berita Harian dan BERNAMA serta RTM, TV3, Astro dan dll media.
Hantar juga kepada Majlis Raja2 Melayu serta para blogger2 sekalian. Begitu juga panggil TV3 dan RTM supaya menyiar bantahan rakyat Malaysia terhadap perkuburan pengganas Sulu.
Hantar nota bantahan melalui email, fax, telephone, by hand , facebook, twitter, sms serta apa saja mesj bantahan.
Teruskan perjuangan kita menentang Pengganas Sulu.
Kita desak Kerajaan Malaysia supaya hantar jenazah pengganas Sulu ke Filipina.
Note: Putera Merdeka !!! Aku minta tolong ko agar dapat hebahkan kepada semua kawan2 blogger ko…TK
Anti Sulu