Isnin, 18 Mac 2013

Lahad Datu...Video Tun M Di Zon Perang...


Tun M turun berjumpa pasukan keselamatan untuk memberikan kata kata semangat dan peransang..! Terima Kasih Tun M, syabas para pejuang dan penglima negara..! Doa kami tetap bersama mu..!


Lu Fikir La Sendiri!!!


Op Daulat yang diteruskan hari ini dengan usaha  memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan.
   
Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang.
   
Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu.
   
"Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu.
   
Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu petang ini dan diserahkan kepada pihak forensik.
   
Dalam pada itu, Hamza berkata, 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat.
   
Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini.
   
Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Februari lepas.
   
Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
   
Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis.
   
Sementara itu pengorbanan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dihargai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kunjungan singkat ke daerah itu hari ini bagi memberi sokongan moral. - Bernama

2 ulasan:

  1. syabas pemimpin BN/UMNO dan kerajaan.. kehadiran amat mengharukan rakyat jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang... sekor pun tak nampak muka.. malah menghina lagi.. PRU nanti BN adalah pilihan kami di sabah dan hendaknya di seluruh negara..

    BalasPadam
  2. Inilah Pahlawan Sejati yang berani ke barisan depan bersama-sama perajurit kita. Sebelum ini, beliau juga ke Bosnia sewaktu perang sedang hangat di sana bersama-sama dengan komando kita. Begitu juga di bumi Palestin.

    Nik Aziz, Hadi Awang, Anuwar & Lim Kit Siang yang jauh lebih muda pernahkah berbuat demikian? Ulamak-ulamak songsang, Sheikh Pluralisme @ Al Juburi dan Si Ketua Komunis mana ada telur nak berbuat demikian...????

    BalasPadam