Isnin, 18 Mac 2013

Laporan Semasa Lanun Lahad Datu & Kejadian Amukan Lanun Darat Di Penang Malam Tadi...!


Gambar mamat mamat penyokong Anwar Aljub @ Algay ni yang ditahan polis ketika menyerbu dan mencetuskan kekacauan didalam suatu majlis ceramah di Penang malam tadi..!

Tapi sebelum tu baca dulu sidang media berkaitan keadaan semasa di Lahad Datu...

Kampung Tanjung Batu akan dibersihkan daripada saki baki pengganas, menjadikan tiga kampung sudah berjaya dibersihkan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat yang memasuki hari ke-13 hari ini. 


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum ini Kampung Tanduo dan Kampung Sungai Nyamuk sudah dibersihkan tetapi penduduk belum dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.  Beliau berkata demikian pada sidang media sebentar tadi. 

Penembak curi pengganas tidak melemahkan semangat pasukan keselamatan untuk terus memburu mereka di Kampung Tanjung Batu dan kampung lain di Gugudan Labian. 


Panglima 1 Divisyen Tentera Darat, Mejar jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata, pasukan keselamatan bersedia menghadapi mereka dan yakin mampu menghapuskan ancaman mereka tidak lama lagi. Beliau berkata demikian pada sidang media di FELDA Sahabat 16 dekat sini, sebentar tadi.

Operasi Daulat yang diteruskan hari ini dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan.

Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang.
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu.

"Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu petang ini dan diserahkan kepada pihak forensik.
Sementara itu kejadian amukan lanun darat juga berlaku di Penang malam tadi... 

Polis menahan seorang lelaku kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.

Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya. - UTUSAN

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

6 ulasan:

  1. Nak pertahankan Kalimah Allah dan Kedaulatan Negara pun kena baling telur...

    hebat sungguh dugaan jadi orang Islam di Malaysia ni...sebelum 'manusia' tu ujud dlm politik Malaysia, negara kita tak kacau-bilau macam ni.

    BalasPadam
  2. Itu lah pasal banyak Si Aljuburi dah doktrinkan mentalnya menjadi mentel.Susah pak,susah pak,

    BalasPadam
  3. SAMSENG TAIK KUCING..NI SMUA DIBAYAR NI..PENJILAT BONTOT ANWAR..INI SEMUA POYO!!!SETAKAT BAWAK 60 ORG NK POYO..DTG SORANG2 LA BARU BRUTAL..PTUIH!!!

    BalasPadam
  4. Kalau kita layan orang bodoh, kita pun akan jadi bodoh. Kalau kita layan orang gila, mungkin kita juga akan macam orang gila. Mereka ni sudah jadi bodoh, tak boleh lagi berfikir dengan waras, Bahkan mereka juga akan jadi gila, kerana yang baik dikatakan buruk, yang buruk disanjung dan dipuja, Ya Allah berilah mereka hidayah.

    BalasPadam
  5. Ala..budak yg depan ni jambu je masa kt sekolah..org slalu main bontot dia..mcm la aku tak kenal..sudah2 la nk berlagak samseng..anta kt lahad datu,kompem terkencing..ngan org biasa berani la..ini semua poyo!!!

    BalasPadam
  6. AKU TGK DLM VIDEO TU,ABG BOTAK YG BADAN SASA TU PIKIR YG DIORANG NI MELAYU JE..KALAU TAK,LAMA DH PECAH MUKA ANJING2 ANWAR NI..DIORANG KALAU BG DUIT RM50,SURUH LARI SAMBIL BOGEL PUN DIORANG SANGGUP..ANJING LA KATAKAN..TAKDE MARUAH..MELAYU BODO..

    BalasPadam