Jumaat, 11 April 2014

Kalau Bukan Kotak Hitam MH370…Kotak Hitam Siapa???


Berbelit belit..! itu hari bukan main lagi berkata bahawa isyarat yang ditemui ialah isyarat kotak hitam dan bukannya isyarat dari haiwan atau tumbuhan didalam laut..! Baca sini..!

Tetiba hari ini kata…

PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370”  kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

Dah kalau takde kena mengena dengan pesawat MH370 kena mengena dengan pesawat mana? berapa banyak pulak pesawat yang pernah terhempas kat situ? Bila? Siapa pulak mangsa?

Isu baru ke ni? atau isu bola PINg pong.! PING pong..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. dulu tuduh Malaysia sembunyi maklumat, ni lagi teruk...australia membelitkan maklumat...kenapa takde media asing tuduh australia mcm diorg tuduh kita? renung-renungkan

    BalasPadam
  2. Kalau gitu isyarat ping dalam radar Malaysia pun betulke MH370. Kalau guna pesawat lain buat ping. Mungkin boleh juga. Apa apa la.

    BalasPadam
  3. Semuanya berlakun saja talibarut amerika bukan boleh percaya sgt australia ni hanya nak mengalih pandang an ke diego garsia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ker mh370 tu berakhir kat sana?isyarat kotak hitam pun pasti x pasti jer

      Padam