Buang yang keruh, buang yang kotor..!
Buang dewa dewa politik..!
Kembalikan UMNO ke landasan sebenar..!
Kembalikan semangat Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas presiden Umno. Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. Umno kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti.
Pada masa ini, Umno memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti.
Sebelum membentangkan iltizam baru Umno untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia tentang arah baru yang akan diambil parti kita.
Yang pertama, membangunkan semula Umno akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah.
Justeru saya meminta semua ahli Umno, rakan dan taulan Umno, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
Sabar jodoh bahagia
Cuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia.
Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan Umno akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan.
Yang kedua, dalam membangunkan semula Umno sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’.
Umno memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong.
Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru Umno.
Gejala politik lama yang telah melemahkan Umno dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari.
Ramai yang tertanya-tanya ke mana Umno akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini. Oleh itu, di bawah, saya menggariskan lima iltizam Umno untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan.
Suburkan demokrasi
Pertama, Umno akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang.
Umno mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula. Umno hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.
Kita tidak akan merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak, atau hijack keputusan PRU-14 dengan kembali membanjiri dan menyibuk dalam pasukan kerajaan.
Iltizam baru bagi Umno adalah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem dwiparti dan politik berprinsip.
Rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baru tidak akan dikhianati oleh Umno.
Pembangkang disegani
Kedua, kita akan membangunkan wibawa Umno sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani.
Selama empat setengah tahun yang berbaki ini, Umno akan menjadi wadah semak dan imbang yang tegas dan benar-benar efektif.
Umno akan memberikan alternatif yang baik kepada segala yang dijanjikan oleh pihak kerajaan, dan terus menyuarakan pendapat dan menyatakan sebarang kelemahan yang didapati.
Ketiga, Umno akan memerangi politik wang.
Politik kewangan telah menjerumuskan Umno ke tahap sekarang. Ia bukan sahaja menyebabkan Umno tewas, tetapi menjadikan rakyat semakin lemah dan tidak berketahanan.
Kepada semua ahli, sedarlah bahawa politik wang adalah keji pada agama, dan keji pada adat dan amalan.
Saya dan rakan-rakan dalam parti akan membersihkan parti sebersih-bersihnya. Sesiapa yang tidak ingin bersama dalam perang ini, berpindahlah ke parti seberang sana, atau ke mana-mana pihak yang boleh memberikan anda habuan yang diharapkan.
Umno yang baru hanya untuk mereka yang bersih, berjuang dan mengasihi bangsanya. Kita akan menghentikan politik wang sebelum ia menghentikan Umno.
Modal politik
Keempat, idea akan dijadikan modal politik Umno.
Umno akan menjadi ‘a learning political party’ yang menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun daripada rakyat yang bersedia menyumbang kepada tanahair.
Perjuangan politik kurun ke-21 adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan Umno akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju.
Lebih penting, menjadikan idea sebagai modal politik Umno akan membenarkan berlakunya perubahan generasi atau generational change yang sangat diperlukan oleh parti ini.
Kita tidak akan menjadikan usia sebagai kelebihan mana-mana pemimpin Umno. Parti ini akan digerakkan secara bermakna oleh generasi semasa, yang lebih mengerti akan tuntutan dan keperluan terkini.
Semak agenda Melayu
Kelima, Umno beriltizam untuk menyemak kembali agenda Melayu.
Memperjuangkan bangsa Melayu tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain dalam apa jua cara. Sudah tiba masa agenda Melayu Umno disemak. Ia mesti direkayasa dan diberikan lonjakan baru.
Seperti yang saya ungkapkan dalam ucapan sulung sebagai timbalan presiden, Umno mesti menggalas usaha ‘the Malay Renaissance’.
Langkah yang konkrit dan berkemajuan akan diambil agar bangsa Melayu dalam dekad pencerahan ini akan lebih kompeten, berdaya saing dan maju.
Dengan semakan semula agenda Melayu ini, Umno akan ada tawaran baru atau a new deal kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Inilah iltizam baharu Umno yang akan dijadikan pedoman dalam perjalanan ke hadapan. Saya berharap bahawa semua pendukung Umno berkongsi dalam iltizam ini.
Seruan ke arah kebaikan adalah seruan yang mesti kita bangunkan bersama. Dengan kerjasama kita semua, akan bermulalah episod pengislahan sebenar Umno, insya-Allah.
InsyaAllah..Ameen Ya Rabb..!
Lu Fikir La Sendiri..!
Gambar tajjudin rahman paling lahanatt sekali..bagi aku mat hasan bknlah org yg boleh pulihkn umno..makin hilg umno..
BalasPadamYg tudung biru tergedik2 tak sabar nak cium tangan! OMG, Disgusting
PadamYang pompuan cium tangan jugak ke?
PadamApa hukum pompuan sentuh lelaki dan sebalik nya?
Orang PAS tak tengok, kot makruh saja.
Yg tudung biru tu bini dia. Takkan tak cam set2 perangai macam sial tu. Satu lagi keluarga berperangai sial. Sial sama sial tu yang ngam sangat tu.
PadamYa la ted sbb ko cuma caya kat guan eng, kit siang, madey je..sbb tu ko xkan caya kat mat hassan ke sapa ke yg dr umno..itu mmg satu malaysia dah tau ted psl ko percaya kat sapa tu..biarlah tok mat buat kerja dia dulu..
BalasPadamAku setuju jika umno melantik tansri lim kit siang sebagai presiden umno..nii bkn nk troll tapi umno perlukn sentuhan luar tabie@biasa jika mahu sokongan rakyat..
BalasPadamHahaha, Tan Sri Kit Siang.
PadamNajib bila nak jadi Tun?
Tunjib. Tunjol.
Haaahaaa...
PadamTed Red Bean...banyak dapat elaun..
Sibok kat semua blog...
Bagus Ted komen2 kamu buat rakyat lagi menyampah dengan Tun M dan DAP...
Teruskan.perjuangan anda Ted Manoff.
Dap bagi duit ambik ...
BONGOK!
PadamSiapa cakap "buat rakyat lagi menyampah dengan Tun M dan DAP"?
PadamTak gitu, buat lebih popular ada ler.
Setuju, Teruskan.perjuangan anda Ted Manoff.
Yang di gelar Geng Najib memang tak reti buat komen membantu Najib. Di maki nya "Bangan hamjadah" di Pru13, "Kepala Bapak Korang" di Pru14.
Lingkup Najib. Otw to penjara. 4-5 tuduhan mahkamah dia sangkut.
Semoga berjaya Tok Mat Hassan. Saya percaya, Anda boleh. Kembalikan integrity UMNO. UMNOakan jadi party alternatif untuk Pru15 dgn syarat jgn ada bayangan Najib atau Zahid Hamidi. Pru15 mereka tak boleh jadi calon party. InshaAllah, Umno akan kembali
BalasPadamUlas dengan akaun Google anda untuk membolehkan anda mengurus ulasan anda pada masa hadapan. Jika anda mengulas secara awanama, anda tidak akan dapat mengedit atau memadamkan ulasan anda.
PadamNo way DNA umno akan berubah. Dasar melayu umno nak hidup mewah cara mudah tanpa titik peluh, malas dan tak pandai berusaha. Minta maaf tapi itulah realitinya
PadamMana boleh Najib atau Zahid tak tunjuk muka di kempen Pru15.
PadamKalau tak boleh jadi calon, sekurang kurang nya tunjuk muka mengempen, atas kepercayaan akan membawa ratusan ribu undi.
Hero2 dizaman Najib merintah, kan?
Ya semoga berjaya tokmat. Langkah pertama ialah menang di rantau. Kalau kalah hmmmmm malulah presiden umno dun pun fail. Kalau kalah kena resign jugak ke?
PadamHidup umno .. Umno lah wadah untuk org melayu yg sebenar juga parti yg layak memerintah negara ni
BalasPadamKalau layak, awat kalah Pru14?
PadamSilap hitung ke? Silap haribulan ke?
HIDUP TOK MAT!
PadamOrg melayu masih kuat sokong umno..tapi agak mengecewakn bila mesyuarat cawangan pun tk dibuat..umno xde duit cawangan xjalan kerana dh terbiasa begitu sejak dulu lagii..
BalasPadamHaaahaaa...
BalasPadamTed Red Bean...banyak dapat elaun..
Sibok kat semua blog...
Bagus Ted komen2 kamu buat rakyat lagi menyampah dengan Tun M dan DAP...
Teruskan.perjuangan anda Ted Manoff.
Dap bagi duit ambik ...
Ted Manoff..LARI... drp komen pasal.minyak di blog Cucu Tok Selampit..
BalasPadamKenapa Ted?? Red Bean semua takut ker komen pasal harga minyak??
Boss Ah Pua tak kasi komen dulu
Hihihihihi...
Malu lah macam nie Ted Manoff, Cik Minqh, Anom2 Red Bean!!
Tak kan masuk 2019....Red Bean dah ngaku kalah????
Tak syok laaa...hihihihi
Red Bean ke, Hang Tuah ke, Hang Jebat ke .. yang penting Najib dah lingkup, Wak Jahid dah kena balun puak2 Umno hingga serah tugas, Tok Mat dah mengeluh sebelom coba pun tugas Presiden Umno.
PadamKorang patut maki Najib ajer, berterusan, supaya dia diam, shut up prim and proper. Tak payah nak iri hati, dlm FB pun.
Dia yang bikin Umno terjunam bila mencuri duit rakyat di 1MDB.
12.16...ADA AKU KESAH!
PadamKAMU TAK MASUK BUKU PUN.
BalasPadamSIAPA PEDULI KAMU KISAH TAK KISAH.
KOT KAMU DI LANGGAR KERETA TERBARING DI TEPI JALAN PUN TAKDA SIAPA YANG KISAH SEBAB ADA CAP GENG MENJILAT NAJIN DI DAHI.
KO JILATLAH JUBOQ KELING TUA TU!
Padam