Khamis, 3 Januari 2019

Subjek Sejarah 1MDB..!


Baca..! Ayat Quran yang pertama pun suruh baca..!
Baca dan faham dari mana 1MDB datang, dimana sekarang dan kemana pulak 1MDB nak dibawa pulang?

SEGALANYA bermula di Terengganu. 
1MDB ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada tahun 2008.

Ia merupakan sabuah badan pelaburan negeri itu.

Pada tahun 2009, ia diambil alih oleh kerajaan pusat dan telah diubah nama menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sejajar dengan penjenamaan ‘1Malaysia’ yang diasas oleh perdana menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut kertas pendakwaan kerajaan terhadap Datuk Seri Najib, penglibatan Jho Low dalam 1MDB telah bermula dari waktu ini.

Namun demikian, perkara ini disembunyikan oleh kesemua pihak yang terlibat, termasuk pihak pengurusan 1MDB ketika itu, dan pihak pentadbiran dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Suntikan RM11 bilion 
Pada bulan Januari 2009, sebanyak RM11 bilion telah disuntik ke dalam dana 1MDB. RM5 bilion merupakan bon TIA yang telah dijamin oleh kerajaan pusat. Manakala RM6 bilion lagi telah disuntik oleh Petronas. 
Bon sebanyak RM5 bilion, dengan kadar kupon 5.75 peratus telah dikeluarkan oleh 1MDB. Menurut Laporan Tahunan 1MDB 2010, 1MDB hanya mendapat 88 sen dari setiap ringgit yang dijanakan, menjadikan kadar kupon efektif meningkat sebanyak 6.71 peratus.

Menurut wartawan Wall Street Journal, Tom Wright “ini adalah pinjaman yang termahal untuk mana-mana dana pelaburan negara, dan tidak sepatutnya menjadi pinjaman mahal seperti ini kerana pinjaman ini dijamin oleh kerajaan. Apa-apa pinjaman yang dijamin oleh kerajaan lazimnya mempunyai kadar faedah yang rendah”.

1MDB dan PetroSaudi jalinkan hubungan
1MDB dan PetroSaudi International Limited menjalinkan hubungan perniagaan pada bulan September 2009. Selama sembilan tahun, butiran terperinci mengenai pembentukan Joint-Venture (JV) ini dirahsiakan. Pada lewat tahun 2018, kerajaan pusat menunjukkan dokumen bahawa sebanyak US$1 bilion (RM4.2 bil) disuntik oleh 1MDB ke dalam JV ini. Namun begitu, sebanyak US$700 juta (RM2.9 bilion) adalah hutang berbentuk pinjaman dari syarikat berkaitan dengan PetroSaudi Holdings (Caymans) Limited. Ini bermakna, hanya tinggal US$300 juta (RM1.2 bilion dari RM4.2 bilion) yang boleh digunapakai untuk kegunaan pelaburan. 
Pelaburan Lapangan Terbang Sungai Besi
Pada bulan Mei 2010, 1MDB mengambil alih tanggungjawab untuk membina semula lapangan terbang Sungai Besi. Ia diberi penjenamaan semula, dengan nama projek ini diubah menjadi ‘Bandar Malaysia’.
Lokasi ini sebesar 162 hektar, dan pada awalnya ia diberi visi untuk menjadi sebuah pusat perniagaan perbankan Islam dan juga pada awalnya akan ada penglibatan Qatar Investment Authority (QIA). Namun, setelah lebih tujuh tahun beroperasi, keadaan pembangunan di Bandar Malaysia belum mencapai visi yang ditetapkan pada awalnya.

Penambahan sebanyak RM6.69 bilion pinjaman
Lebih 85 peratus wang yang telah dipinjam 1MDB didapati hanya dipanjangkan ke PetroSaudi untuk kadar panjang. Sebanyak RM4.14 bilion dipanjangkan ke PetroSaudi untuk kadar 11 tahun dan sebanyak RM1.57 bilion dipanjangkan ke PetroSaudi selama lima tahun. 
Menurut penulis buku 1MDB: The Greatest Scandal that brought down a government, P. Gunasegaram “ini bermakna, setiap RM1 yang dipinjam oleh 1MDB, 85 sen telah pergi ke PetroSaudi”.
Bon Goldman Sachs Fasa 1
Pada bulan Mei 2012, sebuah bon yang diaturcakan oleh bank pelaburan Wall Street – Goldman Sachs telah terhasil. Satu bon 10-tahun hutang yang harganya hampir 6 peratus untuk keuntungan sebanyak 425 basis point diatur. Petronas sebagai contoh berdangang pada kadar 185 basis points atas harga 10-tahun US Treasury bonds.

Laporan menunjukkan pinjaman ini dijamin oleh International Petroleum Company (IPIC), sebuah badan milik kerajaan Abu Dhabi.
Tun Razak Exchange
Susulan pengaturcaraan bon ini, 1MDB telah menandatangani satu perjanjian bersama Abu Dhabi Mubadala Development Company untuk membentuk satu pusat kewangan bertaraf antarabangsa, dan diberi nama ‘Tun Razak Exchange’ atau TRX, sempana nama bapa perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama awal TRX adalah Kuala Lumpur International Financial District.
Bon Goldman Sachs Fasa 2
Sebuah bon sebanyak US$3 bilion (RM12.6 bilion) telah diaturcarakan, sekali lagi oleh Goldman Sachs. Tiada rekod rasmi tentang butiran bon ini diumumkan. Ini bermakna, tiada perincian boleh dilakukan pada ketika itu.

Laporan The Edge
Pada awal tahun 2015, akhbar kewangan Malaysia, The Edge, mula melapokan pembabitan Jho Low dalam 1MDB. Perkara ini juga disahkan oleh pemilik akhbar itu, Dato’ Tong pada tahun 2018 melalui sebuah rencana yang ditulis beliau, di mana beliau telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib untuk menerangkan kepada beliau bagaimana Jho Low telah ‘mencuri’ wang 1MDB selama ini. 
Setelah laporan kewangan ini dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri telah mendakwa The Edge Media Group sengaja menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat dan menyebabkan masyarakat tidak percaya kepada institusi kewangan negara.

Lu Fikir La Sendiri..!

5 ulasan:

  1. Ini semua pitnah utk jatuh kerajaan islam kata tok kedu..πŸ’ƒπŸ‘ΈπŸ’£πŸšŒπŸ’¨πŸ’¨

    BalasPadam
  2. Kami ahli umno tetapp yakin bahwa najib tak bersalah. Jho low tak salah. Datin yg terutama rosmah tak bersalah.
    Bedal duit simpan juta2 dlm rmh tak salah. Mrk mmg urang kaya. Apa ada hal.
    Kmi ahli umno tetap anggap jho low dan najib pejuang ekonomi org melayu. Mrk sgt bijak tau.

    Sekian

    BalasPadam
  3. Ada ahli umno percaya najib tidak mencuri wang 1 mdb kerana tiada pendakwaan curi wang 1mdb....najib hanye didakwa gubah wang haram...

    Bodooh betul puak umno...gubah wang haram tu kerana wang dari 1 mdb...dlm pejabat 1 mdb bukan ade wang untuk pegi.curi...kalo najib rompak wang 1 mdb di bank najib dituduh rompak bank..

    BalasPadam
  4. Najib mmg cilake

    BalasPadam
  5. Sebenarnya najip dan jho low tak bersalah,mamak kerala telah mempergunakan mereka

    BalasPadam