Makin sakit bang Non dengan kenyataan atok..!
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.
"Dia (Anwar) tak ada kata 'saya mahu jadi perdana menteri lebih awal' atau seumpamanya," kata Mahathir dalam wawancara dengan Sin Chew Daily,Isnin lalu
Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menepati janji untuk menjadi perdana menteri selama dua tahun.
"Mungkin lebih sedikit, tapi saya sudah janji, saya akan tunaikan janji," katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun enggan memberi pandangan sama ada beliau melihat Anwar sebagai calon terbaik menggantikannya.
"Bukan saya yang menilai perkara itu. Apa yang saya kata, ketika kita tubuhkan Pakatan Harapan (PH), kita sudah setuju bahawa dia akan menggantikan saya.
"Saya tidak pernah kata dia calon perdana menteri yang baik atau buruk. Mereka cuma mahu saya berjanji bahawa saya tidak akan jadi perdana menteri dalam tempoh yang lama.
"Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua," katanya.
Selain persetujuan dalam kalangan PH, jelas Mahathir, jawatan Anwar sebagai pemimpin PKR menjadikannya orang yang layak menjadi perdana menteri berbanding bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam atau veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Tambah Mahathir lagi, beliau hanya mahu membetulkan kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran sebelumnya yang kini, menurutnya, baru pada tahap 30 atau 40 peratus.
Meskipun Mahathir beberapa kali memberikan jaminan akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar, terdapat pihak termasuklah dalam Bersatu yang mencadangkan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Keh..keh..keh..
Karipap ada karipap?
Hilang selera ke bang Non..!
Lu Fikir La Sendiri..!
Kalau anwar terus terang nanti dikatakn gelojoh plk..tapi tun dh janji anwar penganti dn tk perlu dipersoalkn..
BalasPadamSetuju, walau pun tarikh Tun takda sebut, ha nya sebut di umur 95 dia tua sangat.
PadamTapi kalau Azmin calen Anwar dan menang jadi Presiden PKR, "the complex of things will change".
Anwar dah makin jadi old story la..tun lak dh byk silap lantik pengganti. Kali ni kalau anuar gagal perform bukan lagi salah tun tapi pkr ler terutama sekali kak wan anak beranak, rafizi dan yg dok sokong anuar. Apa2 pun kesempatan terakhir tun utk baiki negara jgn la sapa2 persoalkan sbb masa nak tumbangkan umno pon harapkan org tua tu jugak mau buat strategi...lain2 tu gebang je lebey..skrg dok sedap jadi menteri2 sampai ada yg prestasi tahap menteri passola dlm jamban.
BalasPadamSape merayu sape dan sape tumpang sape ?..
PadamMaszleee chapang dan saifuddin jerawat batu elok ltk jawatan saja..nga kor ming patut ganti maszlee chapang dn mustapa mohd ganti saifuddin..
BalasPadamApa pasal Saifuddn perl letak jawatan?
PadamDan mengapa Nga Kor Ming?
Setuju Maszlee perlu di gugurkan. Lagi lama lagi teruk keadaan di buat nya.
Ape masalahnye dgn penjelasan tun madey?...
BalasPadamSetuju, tiada masalah.
PadamHa nya penyokong2 Anwar mahukan cepat dia jadi PM. Ramai yang mengharapkan ganjaran dari Anwar dalam berbagai bentuk.
Terima lah hal bahawa bila Tun kata, "Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua," dia tak kata masa itu dia akan serah kuasa.
BalasPadamDan ahli2 PPBM di mesyuarat mereka yang lalu memutuskan kemahuan Tun meneruskan dalam jawatan nya sehingga Pru15.
Takda janji bila letak jawatan, ha nya janji akan serah kuasa kpd Anwar.