Jumaat, 18 Disember 2020

Apa Cina Ni Cakap..???

 

Sedarlah para pemimpin..!

Pesan pantun Tan Sri Aziz Tapa -

Pohon nyior di tepi laut 

Dimakan kumbang pucuknya layu 

Kepada UMNO kita berpaut 

UMNO tumbang hilanglah Melayu 

Kemelut politik: Rupanya pemimpin sibuk nak lepaskan diri…Kepentingan diri hanya sementara, kuasa serta harta tak dibawa ke mana.

KITA dok fikir setengah mati nak satukan umat, sehinggakan nyawa menjadi gadaian. Malangnya pemimpin politik dok fikir nak lepaskan diri sendiri. Sedangkan mereka sudah menjadi kaya raya, hidup senang lenang, bergenerasi…

Insaflah wahai pemimpin negaraku, amat hina sekali, hanya kerana pentingkan diri, mahu lepaskan diri, kepentingan agama, bangsa dan negara, menjadi taruhan dan gadaian.

Kepentingan diri hanya sementara, kuasa dan harta tidak dibawa ke mana. Tetapi salah percaturan terhadap agama, bangsa dan negara, kita akan dipandang hina buat selama-lama, apabila sudah tergadai semuanya. Insaflah.

Sesungguhnya, aku tidak tahan lagi melihat percaturan umat Melayu Islam ini. Setiap kali tangan bergerak, menaip bait-bait kata, tanpa disedari air mata mengalir di pipi, seorang diri, teringatkan apa akan jadi dengan negara ini, anak cucu cicit yang akan mewarisi.

Tidakkah boleh dihayati, walaupun sedikit, titah ucapan Sultan Perak untuk politik dan masa depan yang lebih baik.

Sampai bilakah setiap pemimpin parti politik Melayu mahu berubah demi agama, bangsa dan negara.

Saya merayu kepada semua pemimpin PN, MN dan PH, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hayatilah titah ucapan Tuanku Sultan Perak, ketika pelantikan Menteri Besar Perak yang sudah masuk kali ketiga sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Titah sultan, tiga kali pelantikan ini adalah cerminan kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli politik, bukan kejayaan.

Sama juga yang sedang berlaku di peringkat pusat. Sedang mencipta kegagalan. Perebutan kuasa sangat aktif berlaku, saling jatuh-menjatuh, demi kuasa, demi diri.

Ketika rakyat sedang dihimpit kesempitan hidup akibat wabak COVID-19 dan krisis ekonomi, sepatutnya sebagai pemimpin, kita bercakap soal kebajikan rakyat, untuk senangkan rakyat.

Ini tidak, pemimpin terus mencipta masalah demi masalah. Setiap hari fikirkan, bagaimana untuk mendapat lebih undi, bagi menjatuhkan sesama sendiri, sesama saudara, sebangsa dan seagama.

Sedangkan tugas wakil rakyat itulah yang dipilih oleh rakyat, membawa amanah rakyat, menjaga kebajikan rakyat.

Malangnya, rakyat marhaen yang tidak berdosa, terus menjadi mangsa, akibat percaturan politik dan percaturan untuk melepaskan diri.

Wakil rakyat tidak susah apa, kaya dah. Paling kurang dapat pencen wakil rakyat. Tetapi rakyat bagaimana? Makankah mereka? Berasapkah dapur mereka?

Titah Sultan Perak amat benar dan tepat sekali.

Gajah sama gajah berantakan, pelanduk mati di tengah-tengah.

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Saddam Hussein, politics is when you say you are going to do one thing, while intending to do another. Then you do neither what you said, nor what you intended

Dalam kata-kata Saddam Hussein walaupun beliau dilabelkan sebagai ‘diktator’ tetapi sudah dapat mendalami hakikat orang politik sebenar. Kata-kata orang politik ini semuanya pembohong.

Kajian yang dibuat oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) ternyata benar, daripada 15 profesion yang boleh paling boleh dipercayai dari segi integritinya, sehingga yang tidak boleh dipercayai iaitu paling korup,

1. Doktor yang merawat pesakit (paling boleh dipercayai)
2. Guru
3. Profesor
4. Paderi/Imam
5. Saintis
6. Hakim
7. Pembaca berita
8. Wartawan
9. Persatuan Sekerja
10. Polis
11. Penjawat awam
12. Orang biasa (jalanan)
13. Menteri-menteri
14. Ahli perniagaan
15. Pemimpin politik/orang politik (paling tidak boleh dipercayai)
(BEIM, 2006)

Lihat pada angka ke 15, paling tidak boleh dipercayai, adalah orang politik. Pembohong, kata Saddam Hussein. Sama juga berlaku di negara maju seperti Britain.

Inilah akibatnya apabila berpolitik tanpa iman. Berpolitik tidak takutkan mati, tidak takutkan Allah SWT.

Politik untuk diri sediri, penuhkan poket dan buncitkan perut.

Masa, tenaga dan wang ringgit terbuang begitu sahaja, sedangkan rakyat ternanti-nanti sumbangan mereka.

Tidakkah lebih elok, jika masa, tenaga dan wang ringgit digunakan bagi tujuan membantu rakyat marhaen yang memerlukan?

Justeru, marilah semua, kita hayati titah ucapan, Sultan Perak, yang mahukan kita sebagai pemimpin menumpukan fikiran dan tenaga, mentadbir urus negeri/negara secara terbaik bagi kepentingan rakyat.

Amat meloyakan, apabila melihat telatah pemimpin yang menjadi wakil rakyat, sibuk nak bangunkan kawasan masing-masing. Tidak langsung terfikir kawasan di luar daerahnya. Kerana dalam pemikiran dia, kawasan dia perlu dimajukan dan dibandarkan.

Biasalah berlaku, siapa yang menjadi MB maka, kawasan dialah yang akan nampak maju dan pesat membangun.

Semua kawasan di bawah pengawasannya mahu dibandarkan, walaupun kadangkala tidak perlu dibandarkan.

Seolah-olah membandarkan sesuatu tempat itulah petanda maju. Tujuan tidak lain, untuk kekal berkuasa, bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa dia buat kerja.

Akhirnya, ada projek tidak berdaya maju dan menjadi gajah putih

Sedangkan petanda maju bukan membandarkan kampung, tetapi melengkapkan kampung dengan segala kemudahan, itulah salah satu tanda maju

Insaflah wahai pemimpin-pemimpin negara politik, pemimpin negeri, pemimpin bahagian, daerah dan kampung. Fikirlah di luar kotak.

Banyak sudah bukti dan aduan diterima, salah guna kuasa. Tiba-tiba tanah hilang begitu sahaja, termasuk rizab Melayu.

Rupa-rupanya telah menjadi tanah Musang King. Hebat kamu menjaga negeri, menjaga tanah, menjaga daerah dan kampung.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Sebelum melabuhkan tinta, kita mahu lihat, kalau boleh, dalam PRU15 akan datang, pilihlah calon yang berkaliber untuk dibawa masuk bertanding, bukan dalam kalangan orang yang sudah menjadi dinasor, berpuluh-puluh tahun dalam politik dan tak pernah mahu pencen. Tibalah masa untuk menjadi mentor dengan memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Amat sedih sekali melihat pemimpin politik yang tidak pernah rasa cukup. Bermula dengan dirinya, lepas itu, diwarisi oleh anak-anak dan menantunya. Tidak cukup lagi, diperturunkan kepada cucu cicitnya, kerana mahu terus menongkat langit kuasa.

Saya noktahkan di sini, kerana terlalu letih memikirkan masalah umat, empat rangkap pantun dariku, hamba yang hina ini..

Pemimpin dahulu berjalan kaki
Bertemu rakyat untuk berbakti
Kita fikir setengah nak mati
Pemimpin sibuk nak lepaskan diri

Kajian kata pemimpin itu tak suci
Mereka tidak boleh dipercayai
Akibat nafsu menguasai diri
Iman tercabut dari sanubari

Jika mahu pemimpin dipercayai
Sematkan iman di dalam hati
Ingatlah! suatu hari kita kan mati
Harta, wanita dan takhta tak berguna lagi

Segala di dunia tidak bererti
Hanya amalan dibawa mati
Wahai pemimpin muhasabahlah diri
Moga hidup diberkati Ilahi

-Mohd Ridhuan Tee Abdullah

/sumber.

Lagi pesan Tan Sri Aziz Tapa...

Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang tetapi orang sekarang berjuang mula-mula cari menang, sudah menang cari wang. Lepas itu jatuhkan orang , hidup diawang-awang , jatuh terlentang.    

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

Khamis, 17 Disember 2020

HOT ~ Ghairah Kotey Berair..!


Ini namanya dongengan baru, penipuan baru. Lancapan baru untuk kuda belang bagi terus berair. Aljub sudah tidak relevan, kotey bengkok aljub sudah tidak mampu memuaskan nafsu DAPig. DAPig perlukan kuda baru, kuda tunggangan yang boleh memuaskan kehendak mereka.

Selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat semalam, tiga ahli parlimen wanita DAP memberi isyarat bahawa gabungan pembangkang perlu membuat perubahan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin, dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, mereka memberi gambaran bahawa pembangkang perlu memberikan harapan baru setelah melalui kekecewaan kebelakangan ini.

"Ketika kita hampir melabuhkan tirai tahun ini, kita perlukan impian yang baharu. Harapan baru. Pengorbanan daripada diri sendiri wajib dilakukan oleh kita semua dengan meletak tepi semua agenda peribadi demi membina sebuah impian yang kolektif. sumber

Pengorbanan...! tentu ada yang perlu dikorbankan..! Aljub sudah tidak ada wow faktor. Bagi DAPig Aljub sekadar hamba sahya yang sudah kehabisan kederat. Aljub sudah boleh kena kerat..!


Dalam masa yang sama sudah ada pulak pemimpin melayu yang main bangsat. Semakin ghairah kepada DAPig. Di lihat sedang cuba menjilat dan menghisap jari kaki DAPig. 

Hakikat bahawa mereka yang bercakap ini kalah dalam PRU dan cuba mencari jalan baru untuk menagih sokongan pengundi DAPig. Kalau berjaya dia juga yang akan untung dalam pilihanraya. Parti perlu di korbankan demi kelansungan politik diri mereka. Malang MT UMNO sebegini.

Umat Melayu kena buang pemimpin bangsat yang menggadai maruah bangsa demi kepentingan diri mereka. Tiba tiba mereka sebut new norm, tiba tiba mereka kata dinamika politik tak mustahi UMNO boleh berkawan dan bergandingan dengan DAPig..!

Cukuplah para bangsat dan macai mereka melelong parti. UMNO kena buang pengkhianat bangsat ini. Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 16 Disember 2020

Anwar Mohon Masuk Penjara..?

 

Alhamdulilah...urusan kerajaan dalam mempastikan kehidupan rakyat terjaga dan terbela di samping pelbagai pembangunan yang di rancang akan dapat dilaksana dengan kelulusan Bajet 2021 semalam.

Jelas bahawa, ketaatan kepada Titah SPB YDPA juga dapat dibuktikan sekali gus menjaga maruah Institusi Beraja. 

Anwar kalah dan Muhyiddin kekal PM. Cukup dulu buat masa ini. Buat kerja bantu rakyat dan bangunkan negara. 

Lepas ni masuk PRU bergasak la. Rakyat muak dengan politik sempit yang hanya berkisar kepada siapa yang layak bergelar PM. Tunggu PRU, kita saksikan siapa sebenarnya yang layak dan benar benar rakyat mahukan.

Ujian keyakinan: Muhyiddin berjaya, mampukah Anwar?

Pada 23 September, presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa bahawa dia telah memperoleh sokongan ahli parlimen yang "kuat dan meyakinkan".

Ramai yang dilihat tidak yakin dengan dakwaan itu, memandangkan barisan pembangkang sendiri berpecah, yang seterusnya menimbulkan spekulasi bahawa Anwar harus bergantung pada sokongan beberapa ahli parlimen Umno sekiranya dakwaannya benar.

Dalam situasi ini, tumpuan orang ramai terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 adalah apakah Anwar akan menggunakan Parlimen sebagai pentas untuk akhirnya membuktikan sokongan yang dimilikinya, seperti yang dilakukan di Perak.

Terdapat ketegangan ketika Anwar, sebagai pemimpin pembangkang, memerintahkan ahli parlimen Pakatan Harapan untuk tidak melakukan undi belah bahagi di peringkat dasar, menyebabkan banyak anggota parlimen dikecam.

Ketika undian peringkat jawatankuasa pula, beberapa anggota parlimen kerajaan tidak hadir, yang menimbulkan spekulasi kemungkinan mereka akan beralih sokongan.

Ketika RUU itu dibawa ke bacaan ketiga dan terakhir hari ini, 111 daripada 220 ahli parlimen, atau 50.45 peratus menyokong.

Di pihak pembangkang, 108 anggota parlimen membantah. Ini adalah jumlah undi tertinggi dimiliki pembangkan sepanjang pembentangan Belanjawan 2021.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) tidak hadir semasa pengundian.

Kini, setelah Belanjawan PN berjaya melepasi undian, kredibiliti Anwar mula dipersoal kemungkinan akan menyebabkan pembangkang mempertikai sama ada dia masih layak memimpin barisan pembangkang.

Ujian keyakinan pada Anwar

Setelah memerintahkan anggota parlimen pembangkang untuk tidak menyokong undi belah bahagi di peringkat awal, ahli parlimen yang marah berdepan dengan Anwar. 

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan secara sukarela menawarkan diri untuk mengundurkan diri sebagai ketua pembangkang jika dia tidak dapat membuktikan majoriti.

Tarikh akhir untuk Anwar membuktikan majoriti tamat dua minggu lalu. Namun, tidak jelas apakah tawaran meletakkan jawatan itu dianggap serius.

Mereka yang tidak tahu mengenai tawaran peletakan jawatan Anwar dalam pertemuan itu mengatakan bahawa beberapa ahli parlimen telah berusaha meyakinkannya sebaliknya.

Jawatan ketua pembangkang dianggap penting. Ia dinyatakan dalam Aturan Mesyuarat 4A. Parlimen memberi pejabat dan kakitangan untuk ketua pembangkang, yang tugasnya adalah untuk menyelaraskan pembangkang bagi agar dapat menyediakan semak dan imbang yang mencukupi.

Walaupun kebanyakan tidak menyangka Anwar akan berjaya membuktikan majoriti, dakwaannya yang dibuat secara terbuka - masing-masing pada 23 September dan 13 Oktober - telah menimbulkan keraguan sama ada Anwar mempunyai kredibiliti untuk memegang jawatan ketua pembangkang.

Ahli Parlimen boleh memilih pemimpin pembangkang baru jika mereka mahu, sebelum parlimen ditangguhkan pada hari Khamis.

Kegagalan Anwar membuktikan majoriti juga mungkin menyebabkan dia dicabar sebagai presiden PKR ketika pemilihan parti itu diadakan tahun depan.

Pada 2018, Anwar memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding walaupun kubu lawan yang diketuai oleh timbalannya ketika itu, Mohamed Azmin Ali menyapu sebahagian besar jawatan.

Sesiapa yang dilantik sebagai presiden PKR berikutnya akan mempunyai kawalan ke atas blok kedua terbesar di bangku pembangkang dan akan diberi nama sebagai calon perdana menteri ketika pilihan raya akan datang.

PKR ketika ini tidak kekurangan calon pengganti, seperti naib presiden Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung Saifuddin Nasution.

Muhyiddin selamat

Bagi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kemenangannya dalam meluluskan belanjawan hari ini, walaupun tipis, akan memberi sedikit ruang untuk bernafas, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

Ini kerana sebarang percubaan untuk menyingkirkannya, paling tidak pada tahun berikutnya, tidak lagi dapat dilakukan melalui Dewan Rakyat.

Parlimen tidak perlu bersidang hingga April, dan ketika itu terjadi, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun telah menjelaskan bahawa dia tidak akan membiarkan usul undi percaya Muhyiddin dibentangkan jika tidak disokong oleh kerajaan.

Ini bermakna satu-satunya cara untuk mengalahkan Muhyiddin di Dewan Rakyat adalah melalui undi belanjawan dan yang berikutnya, paling awal, adalah pada Oktober 2021.

Belanjawan tersebut dianggap sebagai undi keyakinan kerana kerajaan tidak akan dapat berfungsi jika peruntukannya tidak dipersetujui.

Setelah berbulan-bulan berusaha menangkis ancaman Anwar untuk menyingkirkannya sebagai perdana menteri, tumpuan kini kembali pada Anwar sama ada dia akan mampu melepasi ujian keyakinan daripada pembangkang.

Namun, Muhyiddin belum sepenuhnya boleh menarik nafas lega. Dengan hanya 111 ahli parlimen yang menyokongnya, dengan hanya dua ahli parlimen beralih sokongan, sudah cukup menjatuhkan kerajaan.

Gerakan politik seperti itu perlu mempunyai akuan bersumpah dan mampu meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong.

Pada masa itu, pilihan raya umum mungkin telah diadakan.

Muhyiddin telah menyatakan bahawa dia merancang untuk mengadakan pilihan raya umum segera setelah pandemik Covid-19 reda dan penduduk Malaysia diharapkan akan diberi vaksin seawal Februari tahun depan.

sumber

Bagi mempastikan Aljub tak terus gila. Bagi menghindarkan rakyat negara ni dari terus sakit kepala melihat politik berebut kuasa sesama mereka, maka adalah lebih elok sementara menunggu PRU15 Aljub mohon berehat di tempat lama. 

Tempat yang dia selesa, dan pastinya bukan sahaja Aljub malah negara juga aman dengan ketiadaannya di persada politik negara.

Mana? Lu Fikir La Sendiri..!

Selasa, 15 Disember 2020

Angan Angan-Berangan-Beragan..!


Semua orang ada angan angan. Malah boleh berangan apa pun kerana ianya percuma. Itu sebab ada orang biasa yang berangan nak jadi Puteri Raja. sila. Tak de masaalah. Ada ramai orang yang berangan nak menjadi Putera Raja pun boleh...sila. Juga takde masaalah. Selagi ianya sekadar di dalam benak dan tidak melanggar undang undang takde siapa yang boleh menyekat angan angan tersebut.

Namun, angan angan yang di susuli dengan tindakan akan bertukar kepada cita cita. Di usahakannya. Contoh cita cita nak beli cincin, rantai, beg dan jam tangan yang harganya berjuta juta ringgit. Maka di usahakan dengan menabung sejak kecil.

Itu sebab apabila terbongkar kisah duit dan segala macam barang kemas yang bernilai jutaan ringgit di sita, ramai juga yang membela dengan berkata ianya hasil dari tabungan sejak kecil.

Cita cita mahu berkahwin dengan pemimpin, seterusnya cita cita menjadi wanita pertama atau FLOM pasti sesuatu yang di impikan oleh setiap wanita. Jadi, jika ada yang tak dapat merasa nikmat tersebut jangan pula hasad dan dengki dengan keberhasilan angan angan dan cita cita orang lain. Rezeki dia murahhhh...tak gitu?


Ada juga yang berangan mahu berkawan dengan Raja Arab, kerana berkawan dengan Raja Arab akan menjadikan orang tersebut kaya raya. Berangan bahawa akan mendapat derma dari Raja Arab berbilion bilion. Berangan untuk menjadi perompak dan pencuri pun tak salah. Kerana di Malaysia hari ini orang yang di dapati bersalah di mahkamah pun ramai yang masih memuja muji, mencium dan menjilat tapak kaki. Jadi jangan dengki. Itu rezeki.


Tak kurang juga yang berangan nak menjadi Raja di dalam negeri. Kalau tidak masakan boleh menolak apabila dipanggil mengadap Raja Negeri? Tentu ketika itu akal dan budi mereka sedang berangan merasakan bahawa mereka lah Raja di mata, mereka lah sultan di hati. Rupanya apabila tersedar dari lamunan angan angan baru lah mengerti jauhnya beza langit dan bumi. Baru nak faham kuasa Sultan di dalam negeri. Tapi apalah sangat Titah Sultan mahu pun Baginda Agung bagi mereka yang berangan nak memerintah negeri. Itu sebab bagi mereka Titah Agung dan Sultan yang panjang lebar mengenai kerosakan budaya politik hari ini semuanya boleh ditolak ke tepi. Sebab? Berangan nak jadi Perdana Menteri tetap beraja dan bertahta di hati.   

Berangan nak jadi Perdana Menteri di Malaysia hari ini sudah sampai ke tahap ngeri. Sudah tidak ada adab budaya malah dah takde makna SD. SD boleh dibuat sesuka hati. Sebab apabila beg mari penuh berisi hilang lah hak dan timbul lah kehendak hati. 

Baik yang menjadi calon PM paling lama atau yang dah jadi PM tapi nak jadi lagi. Berlagu lunak kerana nak menyelamatkan negara dan rakyatnya yang tak reti reti. Rakyat yang termakan hasutan dan dedak yang di hidang selama ini. Konon mereka sahaja lah  penyelamat dan hero yang negara cari. Tak boleh tidak mesti di angkat dan di jadikan penyuluh jalan yang berduri agar rakyat dan negara keluar dari kesusahan dan cengkaman hidup hari ini.

Kepada Allah kita berserah. Allah jua lah yang membimbing dan menyelamatkan rakyat dan negara dari segala musibah. Kita tengok apa yang akan berlaku di pentas kuasa petang ini. Manusia merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allah lah yang terbaik dan pasti berlaku.

Apa yang kita gundah dan susah hati? Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 14 Disember 2020

Anwar/Najib ~ Siapa Tunggang Siapa..?

 

Anwar tunggang Najib - Najib kuda Anwar..! Hakikatnya rakyat dan negara ini tidak seharusnya terjerat dengan permainan politik sempit kedua dua mereka. Cukup la Anwar. Sudah la Najib.

Takkan nak tulis BIJAN/RAWNA baru faham? mungkin orang Kuala Nerang faham la kan..?

Dah terlalu banyak kerosakan yang mereka berdua ni buat. Banyak dah yang bukan bukan keduanya lakukan. Kedua duanya ada satu persamaan. Iaitu ada kuda belang. Ada pentaksub gila. Ada mahachai yang buta hati, buta akal pertimbangan hanya kerana ketaksuban yang maha melampau.

Kesannya rakyat dan negara rosak pun mereka tak peduli.


Waktu Najib memerintah dulu siapa yang tak tahu bagaimana berkuasanya Najib dan bini menentukan perjalanan kerajaan. Sekarang ni uruskan lah masaalah yang membelit leher keduanya, jangan di heret lagi rakyat dan negara ini ke kancah yang memalukan negara. Kita doakan kedua laki bini ni 'selamat' dan terus menikmati udara segar untuk dihirup. Jangan sebok dengan parti, rakyat dan negara.

Bagi Anwar Aljuburi, sebagai calon PM paling lama dalam dunia pasti tidak akan memberhentikan Aljub untuk terus menggasak, mendesak dan menggunakan apa jua peluang untuk mencapai cita citanya. Aljub tahu jika persidadangan dewan rakyat hari ini dan esok yang hanya berbaki 4 hari ini tidak dilakukan sesuatu pasti peluang malapnya akan terus kelam dan kusam. 

Matlamat mesti mengahalalkan cara, apa jua mesti di lakukan. Ingat tuhan sikit brother. Setakat ini tuhan tak restu lagi apa yang kamu rancangkan. Cuba fahamkan apa yang di tulis oleh Tun Hanif di bawah ni..ingat balik dan fikir fikir kan la.

Daripada: *Tun Hanif Omar* Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan

*1. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar_ luangkan lah sedikit masa membaca tulisan saya ini.*
*Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP 'forward'lah kepada mereka.*

*2. Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa ahli parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdan Menteri.* 

*Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.*
*Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.*

*3. Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwat nya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik.*

*"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."*

*Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010.* 

*4. Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat- sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar?*

*5. Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini.*
*Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? Sudah hilang pertimbangan agama ke?*

*6. Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri.* 

*Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?*
*Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik?* 
*Ingat lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia.*

*7. Saya juga telah berulang- ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk.* *Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?*

*Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang 'rakan-rakan' asing Anwar bertakhta di negara ini.*

*8. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai.* 
*Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu 'membakulsampahkan' ketuanan Melayu. Jangan LUPA!*

*9. Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.* 

*10. Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukan lah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Dajjal.*
*Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar.*

*11. Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu.*

*12. Insyallah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang, jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka- muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.*


Ini tulisan *Tun Hanif Omar*
Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan

Dua dua ekor ni akan terus berusaha, kita sebagai rakyat juga berusaha dan berdoa agar anasir jahat tidak terus membelenggu negara. Kita mahukan kerajaan yang stabil dan bertanggungjawab. InsyaAllah apabila PRU di adakan nanti rakyat akan memilih dengan bijaksana akan kerajaan yang seharusnya di angkat untuk mengemudi negara.

Kerajaan yang bersih dan ikhlas dalam menentukan hala tuju rakyat dan negara terus dipelihara dan berdaulat.

Siapa jua yang terpalit dengan kedua mereka ni perlu ditolak dan di humban jauh dari pesada koridor kuasa pemerintah. Jangan di beri peluang untuk mereka kembali menjajah. Sesungguhnya kita sebagai rakyat negara ini bermaruah dan merdeka. 

Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri..!

Ahad, 13 Disember 2020

Pengkhianatan Abad Ini..!


Menurut yang ampunya cerita...

Episod talam pelbagai muka: Zahid khianat UMNO demi Anwar?

Pada 9 Disember 2020 Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin, Hadi Awang menandatangani satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN menolak Anwar dan DAP; pada 10 Disember Zahid dikatakan bertemu Anwar kononnya untuk mengangkat Anwar menjadi PM ke-9.

(EKSKLUSIF)

Oleh Cuit Zaini Hassan

BENARKAH Isnin 14 Disember 2020, Anwar Ibrahim akan memanggil sekali lagi sidang akhbar tergempar untuk mengumumkan beliau sudah ada jumlah?

Anwar bukan gila seperti ramai orang kata. Beliau benar-benar tekad, ini kalilah. Beliau masih mahu menjadi Perdana Menteri walau apa pun terjadi.

Zahid Hamidi, Presiden UMNO pula terlalu gelabah, mahu menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Beliau kena menyokong Anwar, walau apa pun terjadi.

Najib pun sama.

Persetankan persefahaman yang ditandatangani antara Muhyiddin Yassin, Hadi Awang dan Zahid pada 9 Disember 2020 lalu. Bagi Zahid dan Najib untuk selamatkan diri, pengkhianatan tidak menjadi hal.

Persefahaman itu difahamkan mengenai kerjasama politik untuk kemelut Perak, tetapi dengan understanding satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN akan dibuat di peringkat nasional dengan teras tanpa Anwar tanpa DAP.

Bagi Zahid tiada erti talam pelbagai muka. Pengkhianatan tidak berkesudahan.

BebasNews difahamkan pada malam Khamis 10 Disember 2020, dua malam lepas, iaitu sehari selepas Persefahaman Politik BN-PN ditandatangani, hadir beberapa orang di sebuah rumah agam di Jalan U-Thant membincangkan satu rancangan besar, grand design bagi mengangkat Anwar sebagai PM Malaysia Ke-9!

Antara yang hadir kononnya, seorang kerabat Pahang, Najib, Zahid dan Anwar.

Difahamkan dalam pertemuan itu, Anwar maklum yang beliau sudah mempunyai Surat Akuan Sumpah (SD) daripada beberapa Ahli Parlimen PH yang menyokongnya menjadi PM.

Namun, Anwar memaklumkan jumlah SD belum mencukupi dan beliau memerlukan tambahan terutama daripada UMNO dan BN.

Najib kononnya memberitahu beliau sudah ada beberapa SD yang sudah ditandatangani oleh MP UMNO/BN iaitu: Najib, Zahid, Tajudin Rahman, Shahar Abdullah Paya Besar, Nizar Parit, Nazri Aziz, Bung Mukhtar, Ahmad Maslan, Richard Riot, Jazlan Machang, Mohamad Alamin (Kimanis) dan Mazlee Malik (keluar Pejuang dan kini calon Bebas sokong Anwar).

Kenyataan Najib itu kononnya disahkan oleh Zahid.

Mereka juga kononnya memberitahu boleh mendapatkan dalam 10 ke 15 lagi SD daripada MP UMNO/BN.

Dalam pertemuan itu, mereka juga dikatakan meminta Anwar supaya mendapatkan lagi sokongan tambahan terutamanya daripada MP Parti Warisan ataupun PBB di Sarawak.

BebasNews diberitahu kononnya Anwar melalui seorang runnernya sedang membuat kerja di Sabah untuk mendapatkan tandatangan SD itu.

Dalam pertemuan itu, kerabat Pahang itu pula kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan antara mereka dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hari Khamis 17 Disember 2020 sebelum YDPA berangkat ke UAE pada 18 atau 19 Disember 2020.

Namun BebasNews dimaklumkan, jika dokumentasi SD yg mencukupi dapat dibuat dalam sehari dua ini, kerabat itu kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan itu pada hari Isnin 14 Disember 2020.

Anwar menyatakan dia akan mengatur untuk membuat satu sidang media pada hari Isnin 14 Disember untuk mengumumkan (sekali lagi) dia mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik menjadi PM.

Lebih menarik lagi dalam pertemuan itu, kononnya disebut perancangan mereka apabila Anwar menjadi PM dan membentuk kerajaan iaitu:

Anwar akan menjadi PM, Najib akan dilantik sebagai Menteri Mentor; Zahid sebagai TPM 1; Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin pula akan dilantik sebagai TPM-2 mewakili Sabah/Sarawak.

Malah, kononnya lagi, kesemua kes-kes mahkamah berkaitan Najib, Zahid, kes-kes melibatkan 1MDB dan pimpinan UMNO dan BN akan dibatalkan.

Mereka juga kononnya bersetuju sebaik menjadi PM Anwar akan dengan serta-merta menamatkan perkhidmatan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Hakim Negara, Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Risikan ATM dan membuat lantikan baru.

Antara nama disebut akan menggantikan Peguam Negara adalah Tan Sri Dzulkifly Ahmad.

— BebasNews /sumber/
Selama ini beberapa kali MP Parit YB Nizar menafikan penglibatan beliau. Namun dalam politik seni seribu satu kemungkinan tidak menyebabkan seseorang itu bersih dan suci hanya dengan penafian. 
Nama lain seperti Aziz mamak MP Baling yang merupakan sekutu rapat bossLu, Hassan Ariffin MP Rompin dikatakan masih bersahabat baik dengan Anwar Aljub serta Tg KuLi Gua Musang yang mengambil sikap memulaukan pengundian Bajet kali ini juga di katakan akan menyumbang kepada kekurangan undi di pihak PN.
Namun nama seperti Shahar MP Paya Besar, Alamin MP Kimanis, Nizar, Bung Mokhtar masih kuat di perdebatkan sehingga kini sama ada  sudah bertukar arah, mengalih kasih sayang kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Apapun kita tunggu Isnin sama ada benar berlaku PC yang di katakan akan di lakukan oleh Aljub atau selewat lewatnya selasa apabila RUU Perbekalan 2021 & Anggaran Perbelanjaan 2021 (Bajet) akan dibacakan bagi kali ke 3 akan diluluskan atau sebaliknya.
Namun begitu ramai MP yang terlibat dengan kuarantin baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Tentu ia boleh menyebabkan Muhyiddin berpeluh dingin dengan keadaan mutakhir ini. Apa pun kita percaya semua pihak sedang mengatur langkah untuk mengekalkan kuasa masing masing. Menjaga kepentingan diri dan puak sendiri.
Soal rakyat dan negara?
Lu Fikir La Sendiri..!


Sabtu, 12 Disember 2020

HamPAS vs HamZah ~ Sekadar Menampal Spender Koyak..!

 

PAS ni dari dulu, kini dan selamanya hanya akan hidup dengan penipuan. Ini semua bahana kerana sejak dari dulu lagi modal bagi pemimpin hamPAS ni hidup dalam politik ialah menipu dan memutarbelitkan fakta. Selagi ada kuda belang hamPAS yang boleh ditunggang maka selagi itu lah parti lebai kuat sex ini akan terus bertahan.


Apabila mendengar pemimpin hamPAS bercakap, ianya sekadar mendengar ulangan penipuan dan pembohongan yang mereka zikirkan sebelum ini. Cuba tanya mereka mana pergi hukum hudud? mana pergi hukum haram dan kafir yang mereka jatuhkan kepada musuh politik? mana pergi segala tipu daya yang bertopengkan agama sejak dari zaman Ahmad Fuad menubuhkan hamPAS hingga lah sekarang?

PAS hanya akan berkawan dan mengaut untung semata. Bagi hamPAS matlamat menghalalkan cara. Itu sebab masa dia tolak menyembah mengadap Tuanku tak pulak dia fikirkan kesannya. Tapi hari ini apabila jawatan EXCO boleh hilang atas tindakan tersebut, maka PAS bertindak secara semula jadi seperti mana yang seharusnya mereka lakukan sebelum ini. Kalau minta maaf boleh untung, minta maaf, kalau halang kereta tuanku boleh untung, halang kereta, kalau apa jua yang boleh memberikan nikmat pasti akan mereka lakukan.


Kalau aruah aruah geng Memali tahu la feel pemimpin PAS, mahu di karate nya tengkok lebai lebai hamPAS sekarang ini.

Seperkara lagi yang menjadi isu semalam ialah kenyataan Hamzah Zainuddin yang menegaskan bahawa lompat parti bukan pengkhianat.


Hamzah tak payah la nak menegakkan benang basah. Rakyat melihat dan menilai situasi politik. Rakyat tahu dan memahami erti khianat. 

Hamzah juga merupakan guru terbaik yang telah menunjuk ajar kepada rakyat apa erti lompat, khianat, dengki dan membuli di dalam politik. 

Cuma dalam kenyataan terbaru Hamzah ini, Hamzah sedang menyelak helaian baru, helaian besar kepala, helaian bodoh sombong di samping helaian menutup kelemahan dengan memperlihatkan kuasa yang Hamzah miliki. Itu ajer. 

Rakyat pun bersedia dengan helaian seterusnya, helaian dimana rakyat berkuasa untuk memilih, Rakyat di berikan ruang di dalam PRU untuk membuang segala perosak politik negara dengan menggantikan ahli politik yang benar benar ikhlas, jujur dan mengutamakan rakyat dan negara.

Masa tu Hamzah di mana? Lu Fikir La Sendiri..!