Seorang lagi yang terkenal di dalam kumpulan barua pengkhianat Zahid ialah Sabry. Mamat ni cikgu kepada Zamri looser. Itu hubungan diaorang nih. Kononnya hanya mamat ni sahaja yang boleh membentuk naratif dalam parti. Ialah naratif orang kalah la katakan. Itu yang semua naratif ameno para empty serah pada mad juih ni. Maka di jual la kepada ahli parti durian make people happy..! Durian brings happiness. Yang jelas tokey durian yang happy, rakyat terutamanya ahli cium bau ajer la. Digelek luka nak di langgar apatah lagi..huhu.
Dalam kesebokkan Mad Juih mengecat dan menjilat segala pekung dan karat tokey nya, pengkritik Aljub dari PKR Hassan Karim MP Paasir Gudang dilaporkan membalas hujah mamat ni dengan puisi...
Demi daulah ini
atas nama kestabilan
jangan digoncang perahu ini
jangan, jangan
nanti karam semua.
Ingat ya,
jambatan kamu
bukan Jambatan konkrit
ingat itu.
Lalu, diam semua kamu
sebaiknya
jangan lagi
jangan lagi bicara hal-hal rasuah.
Jangan, jangan
jangan diungkit-ungkit
ketirisan itu
kebocoran ini. Jangan
jangan disebut lagi
kes itu
kes ini.
Perkataan-perkataan kluster dan mahkamah
semua itu, sensitif waktu kini.
Membisulah kamu sebaiknya saudara
jangan
jangan bising-bising lagi
nanti karam perahu ini
nanti tercabut skru-skru
jambatan bailey ini.
Ini petua dariku saudara
membisu itu baik di kala ini
ya, membisu itu pilihan terbaik kini.
Jangan
jangan kamu terlalu idealis saudara
pragmatislah sedikit
apoligislah sedikit
kita kan terpaksa segalanya
hidup lemas dalam dilema ini?
Ya, terimalah hakikat saudara
timbulnya kamu
tenggelamnya aku
kan kita kembar siam?
Jangan
jangan digoncang perahu ini
nanti kita semua karam
lemas dan tenggelam.
Option kita saudara
hanya satu atau dua saja.
Pekakkan telingamu
buat-buat tidak dengar
mereka memunggah harta negara.
Jangan
jangan saudara
jangan buka matamu
buat-buat buta saudara
pura-puralah tak kelihatan
mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island.
Nah, ini saja pilihan yang ada
untuk selamat bernyawa
ayuh, matikan segera nuranimu
kita korbankan segalanya
demi kestabilan daulah ini. sumber
Cakap mudahnya Hassan bagi tahu jadi lah bodoh macam telor. Tahu bodoh macam telor Mad Juih? buat pekak badak, jadikan diri bangsat yang hanya tahu senyum dan senyap dengan makan minum yang di hidang..!
Perjuangan? semua boleh di humban ke parit. Itukan pegangan utama menjadi barua pengkhianat. Cium tangan dan ponggong ajer la.
Cuba tengok apa pejuang tulen lakukan di bawah ni.
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta meneliti usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, baru-baru ini.
Desakan itu dibuat menerusi dua ahli UMNO yang menyerahkan surat aduan kepada ROS hari ini (20 Januari 2023), sambil mendakwa kelulusan usul itu bertentangan dengan perlembagaan parti.
Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, berkata perkara itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.
“Peraturan UMNO, Perenggan 10 menyatakan semua usul perlu disampaikan selewatnya 14 hari sebelum hari persidangan dan tujuh hari jika diusulkan oleh Majlis Tertinggi (MT).“Dalam UMNO ada klausa, boleh masukkan usul pada hari persidangan tapi dengan dua syarat iaitu MT mesti menerangkan usul terbabit, tapi ini tidak berlaku… MT tidak langsung menerangkannya, keduanya, usul itu mesti ‘public interest’, tapi usul berkenaan tidak, ia hanya untungkan dua orang sahaja.
“Sebab itu hari ini kita bawa ke ROS kerana kita rasa memang apa yang diputuskan pada PAU betul tetapi apabila ia bercanggah dengan perlembagaan parti ia tidak boleh diguna pakai,” katanya memetik laporan BH.
Turut bersama beliau ialah ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Muhammad Aizat memaklumkan mengadakan pertemuan dan menyerahkan aduan berkenaan kepada Pengarah Bahagian Siasatan ROS.
“ROS kata mereka akan siasat, kalau ada asas mereka akan panggil pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau juga menegaskan, usul tambahan terbabit tidak membawa suara hati akar umbi sebaliknya dikemukakan oleh wakil UMNO Negeri Sembilan pada PAU terbabit.
“Kita minta kelulusan usul itu pada PAU di lihat semula, cara aturan usul itu dibawa tidak betul. Kita ahli UMNO yang punya suara dan saya minta juga kepada ahli di luar sana yang mana rasa takut, segan tidak payah segan, ini suara kita,” katanya.
Ditanya sama ada tidak takut berdepan tindakan tatatertib parti kerana membuat laporan kepada ROS, beliau berkata perkara itu terserah kepada parti.
“Kami tidak ada masalah (berdepan tindakan) kerana kami berjuang untuk perkara yang benar,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Fiqri Firdaus berkata, terdapat elemen kemandulan demokrasi UMNO pada usul tambahan terbabit.
“Apabila ada usaha sebegini, kaji balik. Daripada kuota, terus kepada 160,000 perwakilan, ia bersifat progresif. Jadi sekurang-kurangnya ia perlu di bawa ke 191 bahagian. Itu adalah salah satu rasional kenapa kami bawa ke ROS bagi memeriksa jika ada pertikaian terhadap usul berkenaan,” katanya.
PAU 2022 baru-baru ini meluluskan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan, walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden.
Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.
Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, turut mendakwa bahawa usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang diluluskan di PAU 2022 tidak sah kerana melanggar peraturan parti itu sendiri.
Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata usul tambahan berkenaan bukan usul haram seperti didakwa sebaliknya kaedah usul itu dibawa dibolehkan seperti mana Perkara 20 Peraturan Persidangan UMNO yang berkaitan dengan pindaan usul. sumber
Akai ada kaa? Akai apa? Akai mangkuk..! Lu Fikir La Sendiri..!