Ahad, 24 Februari 2013

Berita Yang Menyebabkan Khalid & Anwar Tak Lelap Mata..!

Berita yang menyebabkan Khalid gagap dan tuhan politik nya Anwar Ibrahim  tak lelap tidur menghitung hari menanti pembubaran parlimen yang semakin hampir kini..      


SHAH ALAM 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menjadi timbalan pengarah bagi memperkukuhkan gerak kerja jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohd. Zin yang mengesahkan perkara tersebut berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat BN Selangor di ibu kota malam tadi sekali gus menunjukkan Perdana Menteri memberikan perhatian serius untuk memastikan Selangor kembali ke pangkuan BN dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen