Ahad, 24 Februari 2013

BN Akan Bentang Manifesto 9 Mac?


Khabarnya YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN akan membentangkan manifesto Barisan Nasional pada Sabtu, 9 hb Mac yang akan datang...apa pun berita ini masih lagi belum dapat disahkan...Ianya masih menjadi cakap cakap dikalangan orang politik.

Banyak sangat cakap cakap mengenai pilihanraya sekarang ini. Namun jika benar berita tersebut, bermakna pembubaran Parlimen akan dibuat lebih awal dari tarikh 9hb itu kerana selalunya BN membentangkan manifesto setelah Parlimen dibubarkan.

Apa pun rakyat sudah tidak sabar sabar mahu memberikan mandat mereka semula kepada Barisan Nasional agar rakyat dan negara akan kembali menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara yang bermaruah..!


Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat 'sentuhan terakhir' dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong.

"Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.

"Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki," katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.

Mengenai manifesto pembangkang yang bakal dilancarkan Isnin depan, Tengku Adnan berkata beliau hairan mengapa mereka masih mengeluarkan manifesto sedangkan mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan.

"Tak perlu ada manifestolah, sebab kerja mereka hanya menipu. Apa yang dijanjikan di Selangor pun tak dapat ditunaikan  sehingga ibu-ibu tunggal semua menyuarakan ketidakpuasan hati," katanya.

LU FIKIR LA SENDIRI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan