Kali ini penulis nak mengajak...nak merayu..nak memohon..! Khas @ Khusus kepada pengikut PAS..! Ketahuilah bahawa kamu semua masih lagi ada ruang dan peluang.. ada masa.. ada kesempatan..! Maka penulis dan semua orang Islam mendoakan semoga taufik hidayah Allah akan menyinari lubuk hati dan akal fikiran kamu semua InsyaAllah..!
Wahai orang PAS...buangkan perasaan marah, kecewa, dendam dan dengki khianat yang ada didalam jiwa dan perasaan kamu itu. Cuba layan video dibawah ni...
Kalau ada keimanan..pasti kita akan shahdu, terharu dan begitu merindui Khatamal Ambia', Penghulu segala Nabi dan Rasul, Junjungan Besar Rasullulah S.A.W. yang kita semua mendambakan shafaat Baginda di Yaumil Mahsyar kelak.
Tapi cuba pula kamu semua orang PAS tengok video di bawah ni..tengok dengan mata hati, tengok dan fahami dengan penuh keimanan....tergamak ke kamu membenarkan kata kata Nik Aziz ini..!
Wahai saudara seagama ku orang PAS..kamu tak payah keluar PAS! tak perlu masuk UMNO! tapi cukup la kalau kamu semua wahai orang PAS menolak apa yang dihujahkan oleh Nik Aziz itu..! Semoga Allah merahmati kamu dan kita semua...amin.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Aku pn terkejut dgn ucapan die tu. X sangka boleh keluar dr mulut seorg yg digelar ulama'. Tp org2 PAS ape die heran. Ucapan tok guru semua nya kira ucapan keramat. Betul belaka.
BalasPadambila la pulak nik aziz ulamak? tok guru title pun dapat melalui surat pekeliling dia bagi sendiri kat org pejabat.
BalasPadamWalau apa sekalipon orang2 Islam mesti bersatu dan tolak individu2 yg berpenampilan alim ulamak tetapi berkelakuan keji memperalatkan Agama suci Islam untuk kepentingan duniawi demi Agama Bangsa dan Negara!!
BalasPadamBenar......kita berdoa...mohon illahi buka dan tunjukkan jalan...
BalasPadamBenar......kita berdoa lagi...ditingkatkan keimanan dan waraskan akal serta fikiran.
Benar.....kita teruskan berdoa lagi..meminta-minta agar mereka benar benar melihat jalan bagaimana sedang mereka menuju...
Malang dan malang lagi didoakan kepada kebaikkan lagi bersungguh mereka doakan kerosakkan...kebinasan....kesesatan..... itulah mereka yang sebenar benarnya....melihat kebenaran sebagai kesalahan dan kesalahan sebagai kebenaran. Tunjukkanlah apa bukti sekalipun mereka tetap benar dengan kebenaran mereka bukan benar sebenar sebenarnya.
Lihat hari ini...dikatakan 'ugama menjaga kita, bukan kita menjaga ugama" betapa lancapnya akal dan fikiran mereka....ugama bukan barangan saling perlu memerlukan---kita hidup kerana ugama bukan ugama hidup kerana kita....ugama kita tidak sahaja memandu selia kehidupan kita tetapi juga mentertibkan naluri manusia kita.
Jadi apabila ugama islam menjaga kita maka kita harus menjaga ugama islam kita bukan berkongsi dengan ugama lain. Islam tak suruh kita pegangan lilin waktu bertafakur,Islam tak label manusia sebagai haiwan dan islam islam islam ugama "ALLAH" tiga dalam satu. Benar dan benar... mereka-mereka hari ini ialah manusia yang tidak sahaja bergelumang dengan kecelakaan tetapi juga menjemput mereka yang lain lain nya berpesta kecelakaan.
"Allah" bukan tiga dalam satu.
Padam