Khamis, 28 Februari 2013

SPR Dicadang Khamis Sebagai Hari Mengundi..!

 

Tujuan SPR mencadangkan teks khutbah yang seragam bagi digunapakai oleh Khatib setiap masjid bagi mengelakkan penyelewengan khutbah dan menutup ruang mimbar dari dijadikan gelanggang politik adalah sesuatu yang perlu disambut dengan baik, berlapang dada, bijaksana dan bertanggungjawab.

SPR dan kita semua tahu bahawa jika hari pengundian dibuat pada Sabtu atau Ahad maka khutbah Jumaat seakan akan dijadikan medan akhir, peluru ampuh untuk mengikat dan menjalankan dakyah politik pembangkang terutama hamPAS.

Maka cadangan dari SPR itu perlu difikirkan bagi mengelakkan khutbah, mimbar, masjid dan tentunya  agama dijadikan bahan politik PAS dan puak pembangkang. ATAU SPR juga boleh menetapkan hari pengundian di buat pada hari Khamis..dengan sendiri selera puak PAS dan pembangkang untuk menghina agama dan jemaah Jumaat akan kendur walaupun tak hilang langsung.

Sebab? sebab kalau kalimah Allah dan Nabi pun PAS jadikan bahan dagangan murahan mereka untuk menarik sokongan politik apatah lagi mimbar dan khutbah jumaat beb..! tetap tu tetap!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji cadangan supaya diadakan teks khutbah khas berkaitan pilihan raya untuk dibacakan di semua masjid seluruh negara pada Jumaat terakhir sebelum hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata teks khutbah khas itu hanya menerangkan proses pilihan raya dari SPR dan nasihat kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya berkenaan.
"Khutbah khas ini berbentuk nasihat, bukannya untuk kempen bagi menyebelahi mana-mana parti, ia hanya memberi penerangan apa yang patut dibuat oleh pengundi pada hari mengundi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata cadangan untuk mengadakan teks khutbah khas itu disuarakan wakil NGO terbabit yang mendakwa pada pilihan raya lalu terdapat di kalangan imam atau khatib yang mengambil kesempatan berkempen bagi sesuatu parti politik yang bertanding melalui khutbah Jumaat yang dibacanya.

Beliau berkata, mengadakan teks khutbah khas Jumaat untuk dibacakan khatib atau imam di seluruh negara bukan perkara ganjil kerana selama ini sudah ada amalan menyampaikan teks khutbah berkaitan jenayah, dadah dan isu rakyat Palestin.

"Kita akan bincang dahulu di peringkat panel SPR dan jika mereka bersetuju untuk melaksanakan khutbah khas ini, kita akan berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing agar memberi kerjasama kerana perkara berkaitan agama ini di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan