Khamis, 28 Februari 2013

TERKINI..Penjelasan Nik Aziz Berkenaan Ayam, Itik, & Lembu...!


Menteri Kesihatan mengulas berkenaan manifesto @ janji palsu pembangkang yang menyatakan bahawa mereka mahu memberikan rawatan dan wad percuma bagi kelas 2 dan 3 di hospital kerajaan. Hujah Menteri ada dibawah.

Cuma yang penulis nak kongsikan disini ialah..sebenarnya rakyat kita malah rakyat warga asing pun menumpang semangkuk akan nikmat yang Kerajaan BN sediakan bagi setiap rakyat dalam hal sakit, ubat dan rawatan hospital. Cuba kita fikirkan cerita dibawah ni..!

Setiap Ibu mengandung yang mendapat rawatan di Klinik ibu mengandung hanya perlu membayar RM1 bagi tujuan pendaftaran. Lepas tu Ibu tadi diberikan rawatan berkala selama dia mengandung, setiap suntikan dan ubat dibekalkan secara percuma. Lepas tu Ibu tadi beranak! Beranak di Hospital Kerajaan, kalau takde komplikasi atau pelbagai kesulitan ibu tadi hanya perlu membayar RM18 jika dikira ibu tadi duduk di hospital selama 3 hari.

Balik rumah, nurse klinik akan datang membuat lawatan ke rumah, memandikan bayi, melihat perkembangan bayi dan Ibu dan seterusnya memberikan tarikh temujanji bagi tujuan suntikan dan penjagaan bayi dalam tempoh tak kurang 3 tahun sebelum anak tadi dibuat rawatan susulan bila masuk ke sekolah rendah pulak.

Senang citer...dari dalam perut lagi Kerajaan BN dah jaga! dah bagi rawatan agar bayi yang bakal lahir boleh menjalani kehidupan normal dan berjaya sebagai rakyat kelak! TAPI...apa yang kita nak panggil kepada seorang rakyat yang telah dijaga dengan penuh bertanggungjawab oleh kerajaan namun bila dewasa memaki dan menghina kerajaan yang menjaganya? 

Jadi apa pulak kena mengena dengan ayam, itik, lembu yang disebut oleh Nik Najis? Sebenarnya Nik Najis mengatakan ayam, itik, lembu itu khusus ditujukan kepada pengikut hamPAS dan pembangkang yang tak reti berterima kasih dan tak tahu bersyukur! Itu diperingkat prebet! peringkat awam ! peringkat pengikut ! peringkat penerima BR1M..!

Tapi bila tahap pemimpin hamPAS dan pembangkang yang menikmati nikmat hidup dibawah kerajaan BN selama hidupnya pulak tentulah lebih tinggi dari ayam, itik, dan lembu...macam tahap tok tok guru@tok garu mesti tahap biawak, tenok, kuda, anjing waima babi..!

Yang peringkat babi ni mesti yang dah dapat tahap penerbangan ihsan! kerajaan BN hantar doktor pakar! bagi penjagaan rapi yang mendapat rawatan secara pakar selama sakitnya..tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Kira-kira 98 peratus bayaran pesakit di hospital kerajaan diberi subsidi dan sungguhpun begitu, kesemua mereka mendapat layanan serupa tanpa mengira kelas wad, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kami tidak pernah mendiskriminasi dari segi kualiti penjagaan. Ini bermakna Kementerian Kesihatan memberi penjagaan terbaik tanpa mengira kelas pertama atau kedua. Kementerian Kesihatan memberi penjagaan sama rata kepada semua pesakit," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai manifesto pilihan raya pembangkang yang menjanjikan perkhidmatan wad percuma di semua hospital kerajaan bagi pesakit kelas kedua dan ketiga.

Beliau berkata manifesto itu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai pemahaman lemah mengenai sistem kesihatan di Malaysia.

"Kita mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik berbanding mana-mana negara di dunia. Bayaran hospital Malaysia antara terendah. Sungguhpun mereka tidak mampu bayar, kami akan beri rawatan secara percuma," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh, pesakit hanya dikenakan bayaran masuk RM5 dan bayaran bagi perkhidmatan wad kelas kedua tidak melebihi RM500.

3 ulasan:

  1. Budak sekolah langsong xdikenakan cas....anak sy accident patah kaki ..sebulan dok kat wad kelas 2...org kampong kata masok besi kat paha ...bila discharge igt kene bayo..ghope2nyer F.O.C...adess untongnye jadi anak Malaysia....rawatan susulan pon pree..jumpa dr pakar lagi...makasih kjaan Malaysia...,

    BalasPadam
  2. Tapi gua tak puas hati kat Sarawak. Semua kena bayar, tak kira orang miskin atau orang kaya. Kalau orang miskin alamat mati la jawapnya. Ni yang gua tak puas hati ni. Sebab Sarawak bukan Satu Malaysia lagi.

    BalasPadam