Lajim tahu umur politiknya hampir padam..nyawa politiknya sudah di halkum, hari ini Lajim sudah takde muka nak berjalan di Beufort, kalau di Beufort pun Lajim dah hilang kepala apatah lagi nak pusing satu Sabah...Lajim duduk dalam lobang tandas lagi bagus..! sebab itu jer tempat yang sesuai bagi pengkhianat dan penderhaka untuk menyorok...!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis
mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air di
Beaufort dalam usaha membela nasib rakyat dan memajukan daerah itu.
Najib yang mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini berkata, ia adalah pelaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi program pembangunan Bandar Baharu Beaufort.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 orang itu, perdana menteri turut meluluskan pembinaan Kolej Islam Beaufort yang akan diusahakan bersama antara kerajaan persekutuan selain pembinaan sebuah 'middle school' untuk kemudahan masyarakat Cina.
Najib berkata usaha berterusan BN dalam membela nasib rakyat terbukti apabila kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan pemasangan paip baharu bernilai RM49 juta dari Limbawang ke Kayul untuk kemudahan penduduk di sini.
Projek itu kini 59 peratus siap, kata perdana menteri yang turut menandatangani plak bagi pelaksanaan rancangan pembangunan Bandar Baharu Beaufort.
Perdana menteri berkata banyak kemajuan dan pembangunan dicapai di daerah ini sepanjang di bawah pentadbiran kerajaan BN.
"Kita sudah buat banyak di sini di mana Beaufort sudah ada hospital, kompleks sukan, sekolah vokasional, kolej komuniti dan sebagainya," katanya sambil mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang.
Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga adalah usaha berterusan kerajaan BN dalam membantu rakyat dan diteruskan dengan BR1M 3 selepas mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13.
"BR1M 2 lebih baik daripada BR1M 1 dan BR1M 3 kita tunggu siaran akan datang kerana hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.
Beliau berkata rakyat harus memberi masa yang lebih kepada kerajaan BN untuk terus membawa perubahan di negara ini kerana proses perjalanan untuk mencapai transformasi yang lebih berkesan dan status negara maju akan mengambil masa.
Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun. BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan